Rahsia Keremajaan Kulit Rupanya Ada Pada Pegaga!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 3 minit bacaan

Jika dahulu, penggunaan tumbuhan dan herba untuk kesihatan dan kecantikan hanya berdasarkan petua yang diwarisi sejak turun-temurun. Kini, pelbagai kajian mula menunjukkan penemuan baharu terhadap tumbuhan purba yang telah digunakan selama berabad-abad. Malah, penggunaan terhad berdasarkan petua kini telah berkembang menjadi produk kecantikan yang dikomersialkan dan digunakan secara global.

Subjek terbaru yang hangat diperkatakan di dunia kecantikan global sekarang ialah pegaga, yang turut dikenali sebagai Gotu Kola, herba yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional Cina dan Ayurveda. Nama saintifiknya ialah Centella Asiatica dan didapati tumbuh di India dan sebahagian daripada Asia Tenggara. Juga dikenali sebagai Pennywort dan tiger grass (rumput harimau), ia terkenal dengan sifat penyembuhan luka dan digunakan untuk rawatan pelbagai masalah kulit.

Centella Asiatica adalah tumbuhan herba akuatik menjalar yang dipetik dengan tangan dan ditanam di kawasan rendah dan basah. Kira-kira 20 spesies tumbuhan ini tumbuh di kebanyakan kawasan tropika atau basah seperti sawah padi, dan juga pada tanah tinggi yang berbatu. Ia adalah tumbuhan tanpa rasa dan tidak berbau yang tumbuh subur dalam dan sekitar air. Tumbuhan ini terdiri daripada daun hijau yang berbentuk kipas kecil dengan bunga berwarna putih atau ungu ke merah jambu cair dan mengeluarkan buah bujur kecil.

Daunnya digunakan dalam perubatan Ayurveda dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan masakan terutamanya sebagai ulam. Ia biasanya dihidang mentah dan juga boleh dikeringkan serta dijadikan serbuk dalam kapsul untuk diambil sebagai makanan tambahan. Pegaga juga dijadikan ubat sapu dan minuman dalam tin.

Faedah saintifik pegaga

Penyelidikan menunjukkan bahawa Centella Asiatica mengandungi sebatian tumbuhan yang dipanggil saponin atau triterpenoids, bahan yang memudahkan pertumbuhan tisu penghubung seperti elastin dan kolagen, yang penting untuk penyembuhan luka. Empat sifat utama triterpena yang terdapat dalam ekstrak standard pegaga termasuklah asid asiatic, asid madecassic, asiaticoside dan madecassoside.

Ia digunakan dalam amalan perubatan India untuk merawat pelbagai keadaan kulit termasuk kusta, ulser varikos, dan ekzema. Perubatan Cina menggunakan pelbagai bahagian daripada tumbuhan ini. Daun digunakan untuk leukorrhea dan demam tertentu, manakala jenis demam lain dan bisul dirawat menggunakan pucuknya.

Pegaga sebagai rawatan anti-penuaan

Centella Asiatica telah terbukti memberi manfaat kepada penyembuhan luka. Luka yang dirawat dengan bahan ini mula membentuk kulit baru dengan lebih cepat dengan kesan penyembuhan yang memberangsangkan menggunakan gelnya. Keratinisasi, yang membantu menebalkan kulit pada kawasan jangkitan dapat digalakkan dengan penggunaannya. Asiaticoside, bahan triterpena dalam pegaga dilaporkan mempunyai aktiviti penyembuhan luka dengan meningkatkan pembentukan kolagen dan pembentukan saluran darah baru.

Pepatah Sri Lanka berkaitan pegaga yang berbunyi “Dua daun sehari menjauhkan usia tua,” menggambarkan populariti pegaga sebagai agen keremajaan. Cantella Asiatica kini digunakan dalam kosmetologi sebagai rawatan anti-penuaan, terutamanya kerana kesan penambahan kolagen jenis I yang jumlahnya berkurangan dengan usia.

Dalam percubaan klinikal melibatkan 20 peserta wanita dengan penuaan kulit, kesan penggunaan 0.1% madecassoside beserta 5% vitamin C pada kulit dikaji. Rawatan selama enam bulan menyaksikan perubahan ketara dalam keanjalan, ketegangan dan penghidratan kulit, yang disahkan melalui ujian tertentu.

Madecassoside, bahan triterpene Cantella Asiatica adalah antara bahan membantu perkembangan kolagen. Oleh kerana 5% vitamin C dapat membantu merangsang pembuatan kolagen dan mengawal enzim yang menghancurkan  kolagen, campuran vitamin C dan madecassoside adalah gabungan menarik dengan kesan efektif untuk anti-penuaan.

Krim cica, produk pegaga global

Kini, produk-produk penjagaan kulit yang mengandungi Cantella Asiatica dilabel sebagai krim cica (cica cream) dan dikenali sebagai pelembap anti-penuaan, selain berfungsi untuk meredakan kulit yang meradang. Pelbagai jenama produk penjagaan kulit terkemuka di pasaran kini menawarkan krim cica. Nama krim cica berasal dari Centella Asiatica (“c” dari Centella dan “ca” dari asiatica). Produk kosmetik yang mengandunginya akan ditulis dengan perkataan Centella Asiatica (atau Gotu Kola atau tiger grass) dalam formulanya. Cara menggunakannya adalah dengan menyapu krim cica diikuti dengan pelembap setiap pagi dan petang untuk hasil terbaik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Mandi Air Panas Atau Sejuk – Mana 1 Lebih Baik?

    Ramai antara kita yang gemar mandi air panas berbanding mandi air sejuk. Namun, kedua-dua jenis mandian ini mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 12/03/2020 . 4 minit bacaan

    JANGAN Ambil Mudah! Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Sebabkan MAUT Jika Tidak Cepat Dirawat

    Anda penggemar kacang tanah? Hati-hati jika anda juga adalah seorang yang mempunyai alahan kulit terhadap kacang tanah kerana ia boleh sebabkan maut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 12/02/2020 . 4 minit bacaan

    Awas! Jika Kulit Anda Seperti Ini, Anda Mungkin Ada Kencing Manis!

    Tahukah anda, masalah kulit akantosis nigrikan merupakan tanda awal kencing manis? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Diabetes 20/01/2020 . 4 minit bacaan

    Jangan Abaikan Keadaan Kulit Berikut!

    Tahap keterukan keadaan kulit setiap individu adalah berbeza. Namun, itu tidak bermakna anda boleh mengambil mudah akan keadaan-keadaan kulit yang lazim. 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Sihat Bergaya, Penjagaan Kulit 26/12/2019 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    ibu hamil

    Mak Buyung Gemar Bermekap? AWAS! Ada Kandungan BAHAYA Dalam Alat Solek PATUT Dihindari

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan
    produk hilangkan jeragat

    Nak Wajah Berseri Di Hari Raya? Cuba 5 Produk TERBAIK Ini Untuk Hilangkan Jeragat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan
    kulit jadi gelap

    Alami Jangkitan COVID-19 Teruk, Kulit Doktor Ini Berubah Jadi Gelap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 14/05/2020 . 3 minit bacaan