L-Tirosin

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan L-Tirosin?

Tirosin merupakan salah satu daripada asid amino, yang membentuk protein.

Tirosin digunakan dalam suplemen protein untuk merawat penyakit genetik yang dikenali sebagai Phenylketonuria (PKU). Individu yang mengalami masalah ini tidak dapat memproses phenylalanine dengan betul, menyebabkan kegagalan membentuk tirosin. Bagi memenuhi keperluan harian bagi tubuh badan, suplemen tirosin akan diberikan.

Individu akan mengambil tirosin bagi mengatasi masalah kemurungan, Attention Deficit Disorder (ADD), Attention Deficit – Hyperactivity Disorder (ADHD), narkolepsi, dan meningkatkan kewaspadaan selepas kekurangan tidur. Ia juga digunakan pada keadaan stres, sindrom Pramenstruasi (PMS), penyakit Parkinson, penyakit Alzheimer, Sindrom Keletihan Kronik (CFS),sindrom penarikan  alkohol dan kokain, sakit jantung dan strok, ED (ereksi yang tidak berfungsi), kehilangan minat terhadap seks, skizofrenia, dan sebagai ejen suntan serta sebagai penekan selera makan.

Sesetengah individu juga menggunakan tirosin pada kulit untuk mengurangkan kedutan yang disebabkan oleh faktor usia.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada cukup kajian tentang bagaimana tirosin ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui tubuh badan manusia akan menggunakan tirosin untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh menghantarkan maklumat dalam keadaan yang melibatkan otak seperti kewaspadaan mental.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil L-Tirosin?

Sila berjumpa dengan doktor anda sekiranya:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap tirosin atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah L-Tirosin selamat digunakan?

Tirosin selamat jika diambil melalui oral mengikut jumlah makanan dan selamat apabila diambil oleh orang dewasa untuk jangka masa pendek mengikut dos ubat atau apabila digunakan pada kulit. Tirosin selamat apabila digunakan mengikut dos sehingga 150 mg / kg sehari sehingga tiga bulan.

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan atau dos yang efektif untuk kanak-kanak. Jangan berikan pada kanak – kanak tanpa pengawasan daripada pegawai kesihatan.

Langkah berjaga – jaga dan amaran yang khusus

Mengandung dan menyusukan anak: Tidak ada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui jika tirosin selamat digunakan semasa hamil dan menyusukan anak. Sila ambil langkah yang selamat dan elakkan penggunaan tirosin.

Tiroid terlalu aktif (hipertiroidisme) atau penyakit Graves: Tubuh akan memproseskan tirosin untuk membuat tiroksin, iaitu hormon tiroid. Mengambil tirosin tambahan akan meningkatkan tahap tiroksin menjadi terlalu banyak, menyebabkan hipertiroidisme dan penyakit Graves menjadi lebih teruk. Sekiranya anda mempunyai salah satu daripada keadaan ini, jangan ambil suplemen tirosin.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan L-Tirosin?

Tirosin boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mual, sakit kepala, keletihan, pedih ulu hati, dan sakit sendi.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan L-Tirosin?

L-Tirosin mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Produk yang menunjukkan tindak balas seperti :

  • Levodopa

Tirosin akan mengurangkan penyerapan levodopa dalam badan. Dengan pengurangan jumlah levodopa yang diserap oleh badan, tirosin akan menyebabkan penurunan keberkesanan levodopa. Jangan mengambil tirosin dan levodopa pada masa yang sama.

  • Hormon tiroid

Tubuh badan secara semulajadinya akan menghasilkan hormon tiroid. Tirosin akan menyebabkan peningkatan  hormon tiroid yang dihasilkan oleh badan. Mengambil tirosin dengan pil hormon tiroid boleh menyebabkan terlalu banyak hormon tiroid terkumpul di dalam badan. Perkara ini akan meningkatkan risiko kesan sampingan hormon tiroid.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos L-Tirosin yang biasa digunakan?

Dos yang berikut telah dikaji secara santifik:

Melalui oral

Untuk meningkatkan kewaspadaan akibat tidak tidur bagi jangka masa yang lama: 150 mg / kg / hari tirosin.

Untuk PKU: Cadangan  terkini bagi individu yang mempunyai PKU adalah penggabungan 6 gram tirosin setiap 100 gram protein. Walau bagaimanapun, suplemen tambahan yang bebas tirosin tidak disyorkan kerana ia boleh menghasilkan variasi yang begitu jauh bagi jumlah tirosin dalam darah dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Dos untuk tirosin ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan L-Tirosin?

Tirosin boleh tersedia dalam bentuk:

  • 500 mg kapsul L-tirosin.
  • Serbuk N-acetyl L-tirosin.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.