backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ada 4 Jenis Ubat Ibu Menyusu Badan TAK BOLEH Ambil, Nanti BAHAYA Pada Bayi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/01/2024

    Ada 4 Jenis Ubat Ibu Menyusu Badan TAK BOLEH Ambil, Nanti BAHAYA Pada Bayi!

    Ubat dan penyusuan saling berkait rapat. Tapi mengapa? Ini kerana ramai wanita takut nak makan ubat kerana bimbang ia boleh mengganggu penghasilan susu badan.

    Seorang wanita yang bergelar ibu memang layak dipanggil sebagai ‘wanita besi’.

    Manakan tidak, mereka mampu melakukan pelbagai perkara dalam satu masa termasuklah bekerja dan menguruskan isi rumah secara serentak.

    Pun begitu, janganlah kita beranggapan ibu seperti sebuah robot yang berfungsi menggunakan bateri kerana mereka juga boleh jatuh sakit.

    Ekoran itu, pengambilan ubat adalah sangat diperlukan bagi tujuan rawatan.

    Persoalannya, bagaimana jika mereka sedang menyusu badan? Adakah ia selamat untuk ibu dan anak?

    Ibu jangan ambil ubat dulu jika sakit ya, sila baca artikel ini lebih lanjut untuk mengetahui kaitan ubat dan penyusuan!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Ubat dan penyusuan

    Seperti yang kita semua sedia maklum, susu badan merupakan diet terbaik untuk bayi yang baru dilahirkan.

    Ia mengandungi nutrisi lengkap dan membekalkan antibodi semula jadi buat anak yang sedang membesar.

    Akan tetapi, ada kalanya si ibu juga perlu untuk mengambil ubat bagi merawat sakit tertentu.

    Ramai ibu dinasihati untuk berhenti menyusu badan seketika dalam masa mereka mengambil ubat kerana khuatir ia akan memberi kesan kepada anak yang disusukan.

    Ya, memang benar bahawa ada ubat yang boleh menjejaskan susu badan sekali gus meningkatkan risiko kepada anak yang disusukan namun tidak semua.

    ubat dan penyusuan
    Ibu hamil perlu berhati-hati dengan pengambilan sebarang ubatan.

    Bagaimana dengan ubat yang biasa kita ambil semasa demam iaitu paracetamol?

    Apa itu paracetamol?

    Bolehkah ibu menyusu makan ubat tahan sakit? Sekiranya anda belum tahu, paracetamol atau turut dikenali sebagai acetaminophen adalah sejenis ubat yang biasa digunakan untuk merawat demam.

    Ini ekoran sifatnya yang mampu menurunkan suhu badan tinggi serta sesuai diambil bersama ubat selesema atau flu – simptom biasa ketika demam.

    Ia mengandungi banyak jenis mengikut kesesuaian individu termasuklah:

    • Tablet
    • Kapsul
    • Cecair
    • Larutan

    Secara umumnya, paracetamol adalah selamat untuk diambil oleh setiap golongan sama ada kanak-kanak, orang dewasa atau warga emas.

    Bagaimana pula dengan ibu yang sedang menyusu badan? Bolehkah ibu menyusu makan ubat tahan sakit?

    Bolehkah ibu menyusu makan ubat tahan sakit?

    Menurut Dr. Zubaidi Ahmad, paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan dengan selamat dan boleh diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa serta ibu yang sedang hamil atau menyusu badan.

    Pun begitu, harus diingatkan agar ibu mengambil dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa pendek sahaja.

    Dos yang biasa disyorkan oleh doktor adalah hanya satu atau dua biji tablet (500 mg) bagi setiap 4 ke 6 jam.

    Ini sangat penting demi mengelakkan kandungan ubat tersebut memasuki susu ibu dalam kadar berlebihan sehingga mendatangkan mudarat kepada anak yang disusukan.

    ubat dan penyusuan
    Ubat boleh mempengaruhi penghasilan susu?

    Beliau turut menegaskan agar kalian lebih berwaspada sekiranya:

    Oleh itu, dapat kita simpulkan di sini bahawa pengambilan ubat paracetamol adalah selamat untuk ibu menyusu badan asalkan mengambil dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa pendek sahaja.

    Untuk lebih kepastian mengenai ubat dan penyusuan, sila dapatkan konsultasi dengan doktor terlebih dahulu.

    Selain paracetamol, adakah ubat lain selamat?

    Apabila berbicara tentang perihal ubat dan penyusuan, ia bukanlah setakat paracetamol semata-mata. Perlu tahu juga kesan makan ubat berhenti susu badan.

    Selain demam, terdapat banyak lagi penyakit lain yang boleh berlaku kepada ibu dan memerlukan ubat.

    Berikut merupakan beberapa jenis ubat untuk rawatan penyakit umum serta penjelasannya terhadap kesihatan ibu menyusu badan:

    Ubat dan penyusuan jika cirit-birit: Kaolin, Loperamid, Atropin dengan difenoksilat

    • Tiada kesan mudarat jika diambil mengikut dos

    Jenis ubat batuk untuk ibu menyusu dan selesema: Dekstrometorfan, Folkodein, Pseudoefedrin

    • Tiada kesan mudarat jika jenis ubat batuk untuk ibu menyusu diambil mengikut dos

    Ubat dan penyusuan jika ibu asma: Salbutamol, Terbutalin

    • Tiada kesan mudarat jika diambil mengikut dos
    ubat dan penyusuan
    Cara menyimpan ubat yang betul.

    Julap (bagi rawatan penyakit sembelit)

    • Boleh menyebabkan bayi cirit-birit
    • Ambil atas nasihat doktor sahaja

    Iodides (bagi rawatan penyakit tiroid)

    • Dilarang ambil dalam tempoh menyusu badan kerana kesan makan ubat berhenti susu badan
    • Jika perlu ambil juga, hentikan penyusuan badan

    Nikotin (bagi rawatan tabiat merokok)

    • Jangan ambil dalam tempoh menyusu badan
    • Boleh mengurangkan pengeluaran susu
    • Menyebabkan bayi muntah-muntah, cirit birit dan meragam.

    Vitamin ( A, B, C, D, E, K )

    • Vitamin A, B, C, K boleh diambil tanpa kesan mudarat
    • Vitamin D, E, piridoksin dan tiamin elak ambil dalam kuantiti yang banyak

    PERHATIAN: Sila berjumpa doktor terlebih dahulu sebelum ambil apa-apa jenis ubat!

    Bukan ubat sahaja yang perlu diberi perhatian oleh ibu semasa tempoh menyusu badan malah pemakanan juga.

    Oleh itu, kurangkan atau hentikan tabiat menghisap rokok, menghisap vape, meminum air beralkohol dan berkafein serta penyalahgunaan dadah.

    Ia bukan sahaja bahaya kepada anda malah anak yang sedang disusukan.

    Sayangilah diri anda dan orang di sekeliling anda untuk kesihatan semua.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan