Awasi Demam Denggi Jika Badan Panas Lebih 3 Hari

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019
Share now

Demam denggi adalah musuh utama di Malaysia. Iklim tropikal di negara ini menjadikan nyamuk mudah membiak dan menyebarkan virus denggi. Dengan mencatatkan angka melebihi 100,000 kes hampir setiap tahun, penyakit ini adalah sesuatu yang perlu diambil tahu oleh semua orang. Boleh jadi, anda pula akan terkena selepas ini.

Jumpa doktor jika demam lebih 3 hari

Demam denggi tidak menunjukkan simptom yang spesifik. Kadangkala, pesakit mengalami sakit pada bahagian abdomen menyerupai hepatitis atau apendiks. Semua ini tidak menunjukkan secara jelas kepada demam denggi. Namun, disebabkan kelaziman yang tinggi, doktor akan mengesyaki demam denggi jika demam berpanjangan.

Selain demam, awasi juga simptom-simptom berikut:

  • Sakit pada abdomen.
  • Muntah dan cirit birit berulang kali.
  • Sakit-sakit badan dan tidak bermaya untuk berjalan.
  • Pendarahan kulit, mulut, hidung atau di dalam air kencing, najis dan faraj.

Demam denggi tidak mengenal usia

Tidak kira sama ada muda atau tua, semua orang boleh terkena denggi. Penyakit ini tidak mengenal usia. Walau bagaimanapun, kanak-kanak adalah lebih berisiko untuk mengalami komplikasi.

Siapa yang pernah terkena demam denggi masih berisiko mengalaminya lagi. Ini adalah kerana terdapat 4 jenis virus denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4. Contohnya, apabila anda dijangkiti virus DEN 1, anda masih berisiko terkena jangkitan daripada virus DEN 2 dan seterusnya walaupun tidak akan dijangkiti DEN 1.

Cegah, cegah dan cegah

Tiada langkah yang lebih baik dan penting berbanding pencegahan dalam menguruskan penyakit ini. Langkah-langkah semudah membuang air bertakung, membersihkan laman rumah dan menutup bekas takungan air mungkin mampu menyelamatkan anda serta keluarga dan jiran daripada dijangkiti penyakit ini.

Anda perlu ingat, meskipun angka kematian adalah kurang daripada 1%, risiko masih ada. Ubah kebiasaan yang ada dan bersama-sama memastikan kawasan rumah anda tidak mesra nyamuk aedes. Tiada kos yang besar diperlukan untuk melakukannya. Malah, anda boleh mengelakkan denda sehingga RM500 ringgit yang dikenakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah jika rumah anda didapati mengandungi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    3 Penyakit Berjangkit Utama di Malaysia

    Penyakit dan beban kesihatan utama di dunia pada hari ini sudah beralih dari penyakit berjangkit kepada penyakit tidak berjangkit (NCDs) seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan strok ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan 21/12/2018

    Memahami Asas Epidemiologi: Endemik, Epidemik, dan Pandemik

    Epidemiologi ialah salah satu dari cabang terpenting dalam bidang kesihatan awam. Ia mengkaji tentang distribusi (kekerapan, pola) dan penentu (punca, faktor risiko) keadaan berkaitan dengan kesihatan dalam populasi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Chikungunya Terhadap Kanak-kanak

    Kanak-kanak aktif yang sering bermain di luar rumah selalunya terdedah kepada gigitan nyamuk. Walaupun ia satu perkara biasa, namun gigitan nyamuk juga kadang kala boleh mendatangkan bahaya. Walaupun penyakit ini ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Sakit Sendi Selepas Rawatan Chikungunya

    Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Bagi yang pernah menghidapinya, pernahkah anda mengalami sakit sendi selepas anda sembuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    Sup Ketam dan Demam Denggi: Adakah Ianya Membantu?

    Sup Ketam dan Demam Denggi: Adakah Ianya Membantu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 09/07/2019
    Wabak Chikungunya Kian Tular di Bahagian Utara Negara

    Wabak Chikungunya Kian Tular di Bahagian Utara Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/06/2019
    Denggi: 5 Soalan Lazim Mengenainya

    Denggi: 5 Soalan Lazim Mengenainya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 23/04/2019
    Denggi: 107 Kes Baru Dengan Peningkatan 300% di Kelantan

    Denggi: 107 Kes Baru Dengan Peningkatan 300% di Kelantan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 05/03/2019