Siapakah berisiko mendapat sakit apendiks?
Sesiapa sahaja boleh mendapat apendisitis (keradangan pada apendiks vermiformis), tetapi ia paling kerap berlaku terhadap individu berusia antara 10 hingga 30 tahun. Kanak-kanak dan warga emas berisiko tinggi menghidapi apendisitis.
Punca apendiks
Apendisitis berlaku apabila apendiks disekat, biasanya oleh najis, badan asing, atau kanser. Penyumbatan juga boleh berlaku daripada jangkitan kerana apendiks boleh membengkak sebagai tindak balas terhadap sebarang jangkitan dalam tubuh.
Simptom apendiks
- Kesakitan berhampiran pusat atau perut bahagian atas yang menjadi tajam apabila ia bergerak ke bahagian bawah abdomen kanan. Ini biasanya merupakan tanda pertama.
- Hilang selera makan
- Mual atau muntah selepas sakit perut bermula
- Perut bengkak
- Demam 99-102 darjah Fahrenheit
Simtom lain yang mungkin berlaku:
- Kesakitan yang biasa atau tajam di mana-mana bahagian atas atau bawah abdomen, belakang atau rektum
- Sakit ketika membuang air kecil dan kesukaran untuk membuang air kecil
- Muntah yang mendahului sakit perut
- Kekejangan yang teruk
- Sembelit atau cirit-birit
Diagnosis apendiks

Diagnosis apendisitis adalah berdasarkan simptom dan penemuan semasa pemeriksaan fizikal pesakit. Seseorang yang mempunyai apendisitis biasanya mengalami kesakitan yang sederhana dan mendadak apabila doktor perlahan-lahan menolak ke bawah bahagian abdomen. Selain itu ia juga sukar untuk dikenalpasti kerana simptomnya yang sangat serupa dengan penyakit lain seperti masalah pundi hempedu, pundi kencing atau jangkitan saluran kencing, penyakit Crohn, gastritis, jangkitan usus, dan masalah ovari.
Antara ujian yang dilakukan untuk membantu diagnosis adalah: