Kanser Prostat Antara 5 Kanser Yang Kerap Menyerang Kaum Adam, Ini 4 Cara Kurangkan Risikonya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/05/2020

Bolehkah pemakanan mencegah kanser prostat? Ini mungkin pertanyaan yang sering kali diajukan oleh pesakit apabila didiagnosis mereka mempunyai kanser prostat.

Tiada strategi pencegahan kanser prostat yang terbukti. Tetapi anda boleh mengurangkan risiko kanser prostat dengan membuat pilihan yang sihat seperti bersenam dan makan makanan yang sihat.

Pilih pemakanan sihat

Terdapat beberapa bukti bahawa makanan sihat yang rendah lemak dan penuh dengan buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin menyumbang kepada risiko kanser prostat yang lebih rendah, walaupun ia belum terbukti secara kukuh.

Jika anda ingin mengurangkan risiko kanser prostat, pertimbangkan untuk mencuba:

  • Diet rendah lemak

Makanan yang mengandungi lemak termasuk daging, kacang, minyak dan produk tenusu seperti susu dan keju.

Dalam beberapa kajian, lelaki yang mengambil jumlah lemak tinggi setiap hari berisiko meningkatkan kanser prostat. Walaupun belum ada bukti bahawa lemak yang berlebihan menyebabkan kanser prostat, mengurang jumlah pengambilan lemak setiap hari juga mempunyai manfaat lain seperti membantu mengawal berat badan dan jantung anda.

Untuk mengurangkan jumlah pengambilan lemak setiap hari, hadkan makanan berlemak atau pilih makanan jenis rendah lemak. Sebagai contoh, kurangkan jumlah lemak tambahan pada makanan semasa memasak, pilih daging yang dipotong nipis dan produk tenusu rendah atau kurang lemak.

  • Makan lebih banyak lemak tumbuhan berbanding lemak haiwan

Dalam kajian yang melihat pengambilan lemak dan risiko kanser prostat, lemak daripada haiwan kemungkinan besar dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat. Produk haiwan yang mengandungi lemak termasuk daging, lemak khinzir dan mentega.

Anda mungkin mempertimbangkan penggunaan lemak berasaskan tumbuhan dan bukan lemak haiwan. Sebagai contoh, memasak menggunakan minyak zaitun dan bukannya mentega. Taburkan kacang atau bijih pada salad anda dan bukannya keju.

  • Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan nutrien yang dianggap dapat mengurangkan risiko kanser prostat, walaupun penyelidikan tidak membuktikan bahawa nutrisi tertentu dijamin untuk mengurangkan risikonya.

Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran juga cenderung menjadikan anda mempunyai mengurangkan pengambilan makanan lain seperti makanan tinggi lemak.

Anda mungkin mempertimbangkan untuk meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari dengan menambah hidangan tambahan buah atau sayuran untuk setiap hidangan. Pertimbangkan untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek.

  • Makan ikan

Ikan berlemak seperti salmon dan tuna mengandungi asid lemak omega-3, sejenis asid lemak yang dikaitkan dengan penurunan risiko kanser prostat. Sekiranya anda tidak makan ikan, anda boleh mempertimbangkan untuk memasukkannya ke dalam diet anda.

  • Kurangkan pengambilan produk tenusu setiap hari

Dalam kajian, lelaki yang memakan produk susu paling banyak seperti susu, keju dan yogurt setiap hari mempunyai risiko kanser prostat. Tetapi hasil kajian telah bercampur-campur, dan risiko yang dikaitkan dengan produk tenusu dianggap kecil.

Mengekalkan berat badan yang sihat

Lelaki yang obes dengan indeks jisim badan (BMI) 30 atau lebih tinggi mungkin mempunyai risiko kanser prostat. Sekiranya anda berlebihan berat badan atau obes, cuba kurangkan berat badan. Anda boleh melakukan ini dengan mengurangkan pengambilan jumlah kalori harian dan meningkatkan jumlah senaman.

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang sihat, cuba untuk mengekalkannya dengan bersenam dan memilih diet sihat yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian.

Bersenam

Kajian mengenai senaman dan risiko kanser prostat kebanyakannya menunjukkan bahawa lelaki yang bersenam mungkin mempunyai kurang risiko kanser prostat.

Senaman mempunyai banyak manfaat kesihatan lain dan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser lain. Senaman juga boleh membantu anda mengekalkan berat badan atau membantu anda menurunkan berat badan.

Sekiranya anda tidak bersenam, buat temujanji dengan doktor anda untuk memastikannya selamat anda memulakannya. Apabila anda mula bersenam, buat secara perlahan-lahan. Tambahkan aktiviti fizikal harian anda dengan meletakkan kereta anda lebih jauh dari tempat anda pergi dan cuba menggunakan tangga bukannya lif.

Tetapkan sasaran selama 30 minit senaman bagi kebanyakan hari dalam seminggu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lelaki Mandul Berisiko Untuk Mendapat Kanser Prostat – Kajian

    Kajian mendapati bahawa lelaki yang mandul mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser prostat. Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Benign Prostatic Hyperplasia: Prostat Bengkak Bukan Kerana Kanser

    Benign prostatic hyperplasia (BPH) ialah satu keadaan yang berlaku kepada lelaki apabila kelenjar prostat membesar. Keadaan ini sangat kerap berlaku apabila semakin meningkat dewasa. Kedudukan prostat Prostat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Kanser Prostat: Adakah Risiko Kematian Sama Dengan Atau Tanpa Rawatan

    Lelaki dengan kanser prostat setempat, yang tidak tersebar dari prostat, tidak mungkin mati dalam 10 tahun selepas diagnosis. Tidak kira sama ada mereka memilih pembedahan, radiasi atau tanpa intervensi sama sekali. Apa ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Wira tidak didendang: kanser bukan alasan, selagi bernyawa bakti terus disemai

    Sempena November – Movember, Bulan Kesedaran Kesihatan Golongan Lelaki, kami menemubual Dass Santhanam, Presiden Kumpulan Sokongan Kanser Prostat yang juga seorang pejuang kanser prostat. Dalam bidang penjagaan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser

    Artikel lain untuk anda

    kesan melancap

    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    movember

    Wahai Lelaki, Jangan Bercukur Di Bulan November

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/11/2019
    Wanita Movember

    Movember: Apa Peranan Wanita Dalam Menyokong Pasangan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/11/2019
    kanser prostat

    Betul Ke Minum Susu Boleh Menyebabkan Kanser Prostat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/11/2019