Menggunakan ventolin semasa puasa
Salah satu kebimbangan bagi pengidap asma iaitu jika harus menggunakan ubat inhalasi atau ventolin semasa puasa. Ventolin adalah sejenis ubat salbutamol. Fungsi ubat ini ialah membuka dan melemaskan otot-otot saluran pernafasan.
Cara menggunakannya ialah dengan menghirup semprotan ventolin menerusi mulut. Bergantung pada keadaan dan saranan doktor, anda mungkin harus memakai ventolin sebanyak empat hingga enam jam sekali.
Hingga saat ini, para penyelidik masih membincangkan adakah penggunaan ventolin membatalkan puasa. Perlu diketahui, ventolin tidak akan masuk hingga ke perut. Ubat ini hanya akan sampai di saluran pernafasan Aada. Disebabkan ini kebanyakan ahli agama menyatakan ubat ini boleh digunakan. Namun, jika anda tidak yakin dapatkan pandangan ahli agama terlebuh dahulu.
Jika kurang nyaman menggunakan ventolin semasa puasa, anda boleh menggunakannya semasa sahur, berbuka, dan sebelum tidur. Walau bagaimanapun, doktor tetap mengesyorkan anda untuk tidak menghentikan penggunaan ventolin atau anda tiba-tiba harus menggunakannya, jangan memaksakan diri untuk berpuasa.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen