backup og meta

8 Golongan Berisiko Tinggi Alami Kegagalan Jantung! Anda Mungkin Salah Seorang?

8 Golongan Berisiko Tinggi Alami Kegagalan Jantung! Anda Mungkin Salah Seorang?

Kegagalan organ jantung adalah salah satu daripada keadaan kesihatan yang paling berbahaya. Masalah ini boleh membawa maut jika ia tidak berjaya dikesan atau dirawat segera.

Mereka yang berisiko tinggi terhadap kondisi ini sudah pasti akan mengalami igauan ngeri kerana ia boleh menyerang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Persoalannya, siapakah mereka yang termasuk dalam golongan ini? Jom teruskan membaca!

Apa itu kegagalan organ jantung?

Kegagalan organ jantung atau heart failure (HF) adalah kondisi di mana organ jantung kanan atau kiri gagal berfungsi dengan baik lantas tidak dapat mengepam darah.

Darah yang sepatutnya dipam oleh jantung ke seluruh tubuh badan manusia, tidak akan dapat sampai sekali gus menyebabkan tubuh badan juga tidak dapat berfungsi.

Akibat darah yang tidak mencukupi, otak akan menghantar isyarat pada jantung agar bertindak balas dengan merenggang untuk menampung lebih banyak darah.

Walaupun tindak balas ini dapat membantu darah untuk bergerak, namun otot jantung kanan atau kiri akan menjadi lemah sehingga membawa komplikasi yang lain.

Menurut American Heart Association, terdapat 3 jenis kegagalan organ jantung termasuklah:

Apa simptom kegagalan organ jantung?

kegagalan organ jantung

Bagi mengesan dan merawat kondisi ini dengan lebih awal, adalah sangat penting untuk kita semua tahu simptom-simptom yang mungkin berlaku seperti berikut:

Sekiranya anda ada simptom-simptom ini ditambah pula dengan kondisi berkaitan organ jantung sedia ada, sila dapatkan rawatan segera untuk elak komplikasi.

Pun begitu, tubuh badan setiap penderita mungkin akan menunjukkan simptom-simptom yang bervariasi, jadi sila dapatkan pandangan doktor untuk lebih pasti.

Siapa yang mungkin berisiko tinggi?

Seperti mana yang telah kami nyatakan, kegagalan organ jantung adalah disebabkan oleh organ ini gagal untuk mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan efisien.

Ia sebenarnya didalangi oleh pelbagai penyakit lain terutamanya yang melibatkan jantung serta ditambah pula dengan faktor risiko seperti usia dan jantina.

kegagalan organ jantung

Berikut ini pula adalah golongan yang berisiko tinggi mengalami kegagalan organ jantung:

#1. Berusia tua

Risiko kondisi ini juga akan meningkat seiring dengan usia dan mereka yang dalam lingkungan umur 65 tahun ke atas adalah golongan paling berisiko.

#2. Berjantina lelaki

Meskipun lelaki secara umumnya dipercayai lebih tinggi risiko, namun golongan wanita pula mungkin lebih cenderung untuk mengalami gagal jantung jenis diastolik.

#3. Etnik Afrika-Amerika

Menurut kajian, mereka yang berasal daripada etnik ini adalah jauh lebih berisiko mengalaminya sebelum berusia 50 tahun dan maut akibat kondisi gagal jantung.

#4. Sejarah keluarga dengan kondisi sama

Genetik memainkan peranan yang sangat penting, dan mereka yang ada ahli keluarga dengan masalah kardiomiopati adalah lebih berisiko menghidap kondisi ini.

#5. Menghidap diabetes

Mereka yang ada kencing manis adalah tinggi risiko terutamanya jika mereka juga ada masalah arteri jantung koronari, tekanan darah tinggi dan/atau penyakit buah pinggang.

#6. Mengalami obesiti

Obesiti berkait rapat dengan masalah berkaitan kardiovaskular sekali gus menjadikan ia sebagai faktor risiko utama gagal jantung, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita.

kegagalan organ jantung

#7. Mengambil ubatan tertentu

Pengambilan ubat seperti steroid anabolik, ubat kanser imatinib, ubat kemoterapi doxorubicin dan lain-lain dalam jangka masa panjang akan meningkatkan risiko kondisi ini.

#8. Gaya hidup tidak sihat

Pengamalan tabiat seperti menghisap rokok, meminum alkohol serta menyalahgunakan dadah sudah tentu akan meningkatkan risiko gagal jantung dan pelbagai penyakit lain.

Wujudkah risiko gagal jantung yang lain?

Selain risiko mendapat penyakit yang boleh membawa maut ini, wujud juga beberapa lagi risiko lain berkaitan dengan kondisi kegagalan organ jantung ini.

Pertama sekali, anda sudah pasti akan menggunakan lebih banyak wang, masa dan tenaga bagi mendapatkan ubatan dan rawatan yang agak membebankan.

Selain itu, kualiti kehidupan anda juga akan berkurangan ekoran terpaksa menjalani hidup dengan penyakit ini lantas perlu menjalani kehidupan berbeza dengan orang lain.

Oleh itu, dapatkanlah sokongan daripada pihak tertentu seperti ahli keluarga, teman, pasangan atau kumpulan sokongan yang mampu memberi semangat dan motivasi!

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.heart.org/en/health-topics/heart-failure/causes-and-risks-for-heart-failure/understand-your-risk-for-heart-failure
  2. https://www.heart.org/en/health-topics/heart-failure/causes-and-risks-for-heart-failure
  3. https://www.universityhealth.org/heart-failure/risk-factors/
  4. https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=19256
  5. https://www.ahajournals.org/doi/10.1161/CIRCHEARTFAILURE.119.006472

Versi Terbaru

03/09/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Sejarah Dan Pemeriksaan Fizikal Untuk Kegagalan Jantung

Kegagalan Jantung, Bukan Isu Remeh


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan