Apa itu Impetigo?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Impetigo?

Impetigo ialah jangkitan kulit berjangkit yang menyebabkan luka pada kulit. Luka tersebut kelihatan merah dan boleh berlaku di mana-mana bahagian badan anda. Dalam sesetengah kes, ia kerap berlaku sekitar hidung dan mulut, dan pada kaki dan tangan. Apabila merekah, ia mengeluarkan cecair yang kemudiannya membentuk kerak berwarna coklat kekuningan.

Apakah kebarangkalian Impetigo?

Impetigo adalah antara jangkitan kulit paling kerap berlaku kepada kanak-kanak terutamanya antara umur 2-5 tahun. Impetigo lebih jarang berlaku kepada dewasa. Ia kebiasaannya berlaku selepas penyakit atau jangkitan kulit yang lain dan lebih kerap dalam kalangan lelaki. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Impetigo?

Tanda-tanda dan simptom-simptom yang kerap bagi impetigo ialah:

  • Luka merah dan lecet yang cepat pecah, mengalirkan cecair selama beberapa hari dan membentuk kerak berwarna coklat kekuningan di atasnya;
  • Kulit luka sekitar hidung, mulut atau kawasan lain;
  • Gatal dan rasa sakit;
  • Dalam kes yang teruk, cecair yang sakit atau luka bertukar menjadi ulser yang dalam;
  • Nod limfa bengkak berhampiran kawasan jangkitan.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom yang disebut di atas atau sebarang persoalan, sila berhubung dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan cara yang berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah jalan yang terbaik untuk mendapatkan nasihat yang paling sesuai dengan situasi anda.

Punca

Apakah Punca Impetigo?

Bakteria ialah salah satu penyebab impetigo. Anda boleh mengalami jangkitan bakteria jika anda terdedah melalui sentuhan pada luka atau cecair yang tercemar dari lecet orang yang dijangkiti.

Antara bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan impetigo ialah bakteria strep (streptococcus) atau staph (staphylococcus). Bakteria tersebut datang ke kulit jika ada luka atau terbuka walaupun yang tidak boleh dilihat seperti ekzema, gigitan serangga, terbakar atau terpotong.

Selepas mengalami demam atau alahan yang membuatkan kulit di bawah hidung menjadi kasar, kanak-kanak boleh mengalami impetigo. Dalam sesetengah kes, impetigo masih boleh berlaku pada kulit yang sihat sepenuhnya.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Impetigo?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Kanak-kanak berumur antara 2 ke 5 tahun adalah yang paling berisiko;
  • Ini membuatkan penyakit tersebut lebih mudah tersebar dari seorang ke seorang yang lain seperti di sekolah dan tempat penjagaan kanak-kanak;
  • Cuaca hangat dan lembap. Cuaca sebegini ialah kondisi terbaik bagi bakteria untuk membiak dan merebak. Jadi, di musim panas, anda berisiko lebih tinggi mengalami impetigo;
  • Kulit terbuka. Bakteria boleh menyerang badan anda melalui luka kecil pada kulit atau hanya sekadar kawasan terbuka yang tidak boleh dilihat.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Impetigo didiagnosis?

Doktor kebiasaannya membuat diagnosis impetigo dengan melihat luka yang mempunyai karakteristik impetigo.

Jika keadaan anda tidak bertambah baik, sampel dari cecair pada luka perlu diuji untuk melihat jenis antibiotik yang terbaik bagi jangkitan tersebut. Sebahagian jenis bakteria yang menyebabkan impetigo telah menjadi kebal kepada sesetengah antibiotik. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mengambil sampel bagi mengelakkan ia berlaku.

Jika anda atau anak anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, anda mungkin perlu menjalani ujian darah atau air kencing.

Bagaimana pesakit Impetigo dirawat?

Anda boleh merawat impetigo dengan menggunakan salap atau krim antibiotik yang disapu pada tempat yang dijangkiti. Dalam sesetengah kes, anda mungkin perlu membuang kudis pada kulit dengan merendamnya di dalam air suam atau menekannya dengan kain basah. Selepas ia telah dibuang, antibiotik boleh meresap ke dalam kulit dengan baik.

Anda boleh menggunakan ubat antibiotik yang diambil melalui mulut ketika anda mengalami banyak luka impetigo yang tak boleh dirawat menggunakan salap atau krim antibiotik. Adalah sangat penting untuk anda mengikuti semua ubat-ubatan walaupun luka tersebut sudah pulih. Jika anda berhenti menggunakannya kerana melihat kulit anda telah pulih, anda mungkin menglamai pembalikan dan daya tahan bakteria ke atas antibiotik akan bertambah.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Impetigo?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi impetigo:

  • Sentiasa pastikan kulit bersih. Anda boleh melakukannya dengan membasuh luka, gigitan serangga dan kecederaan lain serta merta.
  • Basuh baju, linen dan tuala orang yang dijangkiti setiap hari dan jangan berkongsi dengan orang lain.
  • Potong kuku kanak-kanak yang dijangkiti untuk mengelakkan luka disebabkan garu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.