Apa itu Hipertiroid?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Hipertiroid?

Hipertiroid adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kelenjar tiroid yang terlalu aktif. Kelenjar tiroid terletak di leher dan berfungsi menghasilkan hormon tiroid yang mengawal banyak aktiviti di dalam badan kita. Antara fungsi kelenjar tiroid termasuk mengawal kadar kalsium di dalam darah, menguatkan metabolisme, merangsang aktiviti jantung, sistem saraf dan mengawal suhu badan. Hormon tiroid yang terlalu banyak, walaubagaimanapun, akan menyebabkan simptom-simptom hipertiroid.

Apakah kebarangkalian Hipertiroid?

Hipertiroid adalah penyakit yang biasa berlaku. Perempuan menghidapi penyakit ini 3 kali lebih banyak berbanding lelaki. Anda boleh mengurangkan risiko mendapat angin pasang dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Hipertiroid?

Antaranya simptomnya termasuklah kegugupan, berpeluh, letih, dan degupan jantung yang laju atau melangkau atau irama jantung tidak normal yang lain seperti fibrilasi atrium. Simptom yang lain adalah mata tidak selesa, penurunan berat badan, sensitif pada panas, dan pergerakan usus yang kerap atau cirit-birit. Mereka yang ada penyakit Graves mempunyai kelenjar tiroid yang besar (goiter) dan mata yang membonjol (exophthalmos).

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami penurunan berat badan yang tak dapat dijelaskan, degupan jantung laju, berpeluh tidak normal, bengkak pada pangkal leher atau simptom lain yang terkait dengan hipertiroid, sila berjumpa dengan doktor. Adalah sangat penting untuk menerangkan secara sempurna semua perubahan yang anda rasai kerana banyak tanda dan simptom hipertiroid yang terkait dengan kondisi lain.

Jika anda sudah dirawat atau sedang menjalani rawatan hipertiroid, sila berjumpa dengan doktor anda seperti yang dinasihatkan agar doktor boleh memantau keadaan anda.

Punca

Apakah yang mengakibatkan hipertiroid?

Punca yang paling kerap adalah disebabkan satu keadaan yang disebut sebagai penyakit Graves. Penyakit ini merangkumi 80% ke 90% daripada kes hipertiroid.

Punca lain yang kurang kerap termasuk tiroditis, adenoma toksik, dan penggunaan ubat tiroid secara berlebihan. Tiroditis adalah radang kelenjar tiroid. Adenoma pula adalah ketumbuhan tiroid yang menghasilkan hormon tiroid. Kadangkala puncanya tidak dapat dikenalpasti. Penyakit ini juga boleh berlaku dalam kalangan ahli keluarga tetapi ia bukan penyakit berjangkit.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hipertiroid?

Hipertiroid, terutamanya penyakit Graves, cenderung untuk berlaku dalam kalangan ahli keluarga dan lebih kerap berlaku kepada perempuan berbanding lelaki. Jika ahli keluarga anda mempunyai masalah kelenjar tiroid, sila berbincang dengan doktor anda tentang kesannya pada kesihatan anda dan sekiranya doktor anda ada sebarang rekomendasi untuk memantau fungsi tiroid anda.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Hipertiroid didiagnosis?

Doktor akan merawat hipertiroid dengan merendahkan tahap hormon tiroid di dalam badan anda. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan ubat-ubatan, radioterapi atau pembedahan.

  • Ubat-ubatan memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk menunjukkan hasil. Ubat yang menghalang produksi hormon tiroid adalah propylthiouracil (PTU) dan methimazole. Ia boleh digunakan sebagai terapi utama atau sebagai persediaan untuk rawatan yang lain.
  • Radioaktif iodin digunakan untuk menghapuskan kelenjar tiroid. Terapi ini paling berkesan untuk mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas dan mereka di bawah umur 21 tahun yang tidak dapat mengawal penyakit menggunakan ubat-ubatan.
  • Pembedahan pula adalah untuk mereka yang mempunyai kelenjar tiroid yang besar sehingga menghalang atau mengganggu struktur lain di leher. Mereka yang tidak mahu menggunakan radioaktif iodin boleh mendapatkan pembedahan. Perempuan mengandung juga mungkin memerlukan pembedahan.

Bagaimana pesakit Hipertiroid dirawat?

Doktor akan merawat hipertiroid dengan merendahkan tahap hormon tiroid di dalam badan anda. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan ubat-ubatan, radioterapi atau pembedahan.

  • Ubat-ubatan memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk menunjukkan hasil. Ubat yang menghalang produksi hormon tiroid adalah propylthiouracil (PTU) dan methimazole. Ia boleh digunakan sebagai terapi utama atau sebagai persediaan untuk rawatan yang lain.
  • Radioaktif iodin digunakan untuk menghapuskan kelenjar tiroid. Terapi ini paling berkesan untuk mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas dan mereka di bawah umur 21 tahun yang tidak dapat mengawal penyakit menggunakan ubat-ubatan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hipertiroid?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi hipertiroid:

  • Lindungi mata anda jika anda menghadapi komplikasi mata dari penyakit Graves. Gunakan cermin mata hitam, air mata tiruan dan gunakan pelindung mata pada waktu malam.
  • Sila ingat bahawa radioaktif iodin tidak boleh digunakan semasa mengandung. Ia boleh menyebabkan bayi mengalami kondisi tiroid kurang aktif.
  • Anda hendaklah sedar bahawa rawatan yang berjaya bermaksud anda memerlukan penjagaan seumur hidup. Doktor harus membuat pemeriksaan ke atas anda untuk mengesan permulaan tiroid kurang aktif selepas rawatan dan untuk mengesan kebarangkalian untuk berlaku pengulangan hipertiroid.
  • Hubungi doktor sekiranya anda menghadapi kegelisahan, kebimbangan atau perubahan emosi.
  • Jangan merokok kerana ia hanya akan membuatkan masalah mata lebih teruk.
  • Sila ingat bahawa komplikasi pembedahan termasuk kelumpuhan pita suara, tiroid kurang aktif (hipotiroid) dan masalah pada tahap kalsium dalam darah. Masalah kalsium boleh berlaku jika kelenjar paratiroid dibuang tanpa sengaja.
  • Sila ingat bahawa peratusan hipertiroid untuk berlaku semula selepas pembedahan adalah antara 10% ke 15%.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.