Apa itu Duodenitis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Duodenitis?

Duodenitis adalah keradangan yang berlaku dalam duodenum, permulaan usus kecil. Keradangan dalam lapisan duodenum boleh mengakibatkan sakit abdomen, pendarahan, dan simptom-simptom gastrointestinal lain. Penyebab utama duodenitis adalah jangkitan perut yang berkaitan dengan jenis bakteria yang dipanggil Helicobacter pylori (H pylori). Organisma ini mengganggu halangan lendir yang biasanya melindungi lapisan duodenal yang halus dari kandungan asid perut. Kehilangan penghalang ini menyebabkan seseorang mendapat keradangan kronik dan ulser duodenal.

Apakah kebarangkalian duodenitis?

Sehingga 80 peratus orang di negara membangun dijangkiti Helicobacter pylori.

Namun, ini boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi duodenitis?

Duodenitis menyebabkan keradangan lapisan perut yang mungkin mengakibatkan beberapa simptom. Simptom adalah berbeza dalam dalam kalangan individu.

Anda mungkin mengalami simptom duodenitis setiap hari atau hanya seketika. Simptom-simptom sakit abdomen boleh menjadi teruk mengikut masa:

  • Abdomen kembung
  • Sakit perut
  • Angin
  • Hilang selera makan
  • Mual dengan atau tanpa muntah

Simptom serius yang mungkin menunjukkan keadaan mengancam nyawa

Dalam beberapa kes, duodenitis boleh mengancam nyawa. Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda, atau seseorang yang dengan anda, mempunyai mana-mana simptom yang mengancam nyawa termasuk:

  • Najis berdarah (darah mungkin merah, hitam, atau bertar dalam tekstur)
  • Kesakitan abdomen yang teruk
  • Muntah darah

Bila saya harus berjumpa doktor?

Diagnosis awal dan rawatan boleh menghentikan duodenitis daripada memburukkan lagi keadaan dan mencegah kecemasan perubatan lain, jadi cakap dengan doktor anda secepat mungkin untuk mengelakkan keadaan serius ini.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh badan adalah berbeza. Langkah yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apa yang mengakibatkan duodenitis?

Penyebab duodenitis yang paling biasa adalah bakteria yang dikenali sebagai Helicobacter pylori (H. pylori). Sejumlah besar bakteria yang menyerang perut atau usus kecil boleh menyebabkan keradangan.

Penyebab biasa duodenitis termasuk penggunaan jangka panjang ubat-ubatan tertentu, seperti aspirin, ibuprofen, atau naproxen,

Sebab-sebab kurang biasa termasuklah:

  • Penyakit Crohn (keradangan saluran pencernaan)
  • Satu keadaan autoimun
  • Refluks hempedu (apabila hempedu mengalir dari duodenum ke dalam perut)
  • Mempunyai jangkitan virus tertentu – seperti virus herpes simpleks – bersama dengan sistem imunisasi yang lemah
  • Kecederaan traumatik pada usus kecil
  • Diletakkan dalammesin pernafasan
  • Tekanan melampau yang disebabkan oleh pembedahan besar, trauma badan yang teruk, kejutan
  • Meminum bahan kaustik atau racun (bahan kuat yang boleh membakar atau menghancurkan tisu anda jika anda menelannya)
  • Rokok berlebihan
  • Terapi radiasi untuk kanser
  • Kemoterapi untuk kanser

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko duodenitis?

Sejumlah faktor meningkatkan risiko mengubati duodenitis. Tidak semua orang yang mempunyai faktor risiko akan mendapat duodenitis. Faktor risiko untuk duodenitis termasuk:

  • Penderaan alkohol
  • Sejarah terapi radiasi
  • Tekanan atau penyakit yang teruk
  • Penggunaan tembakau

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana duodenitis didiagnosis?

Terdapat beberapa ujian yang boleh digunakan oleh doktor untuk mendiagnosis duodenitis. H. pylori boleh dikesan melalui darah, najis, atau ujian pernafasan. Untuk ujian pernafasan, anda akan diarahkan untuk meminum cecair jenis tanpa rasa dan kemudian bernafas ke dalam beg. Ini akan membantu doktor mengesan sebarang gas karbon dioksida tambahan dalam nafas anda jika anda dijangkiti H. pylori.

Doktor anda juga boleh melakukan endoskopi atas dengan biopsi. Semasa prosedur ini, kamera kecil yang melekat pada tiub panjang, nipis, fleksibel (endoskopi) dipindahkan ke bawah tekak untuk melihat ke dalam perut atau usus kecil. Ujian ini akan membolehkan doktor memeriksa keradangan. Doktor anda mungkin mengambil beberapa sampel tisu kecil untuk ujian lanjutan jika sebarang keradangan tidak dapat dikesan secara visual.

Bagaimana  duodenitis dirawat?

Rawatan untuk duodenitis bermula dengan mendapatkan rawatan perubatan dari pembekal penjagaan kesihatan anda. Untuk menentukan sama ada anda mempunyai duodenitis, pembekal penjagaan kesihatan anda boleh meminta anda menyediakan darah, air kencing, dan sampel najis untuk ujian makmal. Endoskopi atasan membenarkan visualisasi duodenum dan pengumpulan biopsi mukosa kecil. Biopsi dikaji di bawah mikroskop untuk mengesahkan jangkitan H pylori.

  • Rawatan antibiotik untuk ulser duodenal: Ia adalah penting untuk mengikuti rejimen antibiotik anda dengan tepat untuk mengelakkan jangkitan semula atau berulang. Selalunya, dua antibiotik diberikan selama 14 hari. Contoh-contoh rawatan antibiotik termasuk:
  • Amoxicillin
  • Clarithromycin (Biaxin)
  • Metronidazole (Flagyl)
  • Tetracycline
  • Ubat-ubatan lain untuk merawat duodenitis: Ubat seperti penyekat pam proton dan antagonis reseptor-histamina H2, yang mengurangkan jumlah asid di dalam perut, juga boleh menjadi rawatan berkesan untuk duodenitis.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas duodenitis?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi duodenitis:

Ini adalah beberapa petua-petua berguna yang boleh membantu anda untuk mengelakkan duodenitis:

  • Elakkan merokok
  • Jangan minum terlalu banyak alkohol
  • Makan makanan kurang pedas, minuman berasid (seperti jus oren atau jus nanas), dan ubat-ubatan (seperti aspirin) yang keras pada usus.

Semua ini boleh membuat simptom anda menjadi lebih baik.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik tentang penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 6, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.