Vitamin C dan Anemia

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Vitamin C, vitamin boleh larut dalam air, tidak boleh dihasilkan di dalam badan kita. Anda hanya boleh menyerap vitamin C daripada makanan dan makanan tambahan.

Vitamin C mempunyai banyak manfaat penting kepada badan anda, salah satu antaranya ialah untuk meningkatkan penyerapan zat besi. Zat besi adalah salah satu elemen utama yang membantu menghasilkan hemoglobin, komponen sel darah merah yang mengandungi oksigen. Fungsi lain bagi vitamin C ialah untuk membantu menghasilkan sel darah.

Oleh itu, kekurangan vitamin C boleh menyebabkan anemia atau kiraan sel darah merah rendah.

Punca-punca

Terdapat banyak punca anemia. Anemia kurang vitamin C berlaku apabila jumlah vitamin C di dalam diet anda tidak mencukupi. Dengan memakan makanan yang kaya dengan vitamin C dan makanan yang banyak zat besi, perut anda boleh menyediakan persekitaran yang lebih asidik, membolehkan penyerapan zat besi meningkatkan.

Zat besi tidak mudah untuk diserap. Orang dewasa biasanya mengambil antara 10 dan 15 peratus zat besi daripada makanan mereka. Penyerapan zat besi heme daripada daging lebih mudah didapati daripada zat besi tanpa heme, yang mana boleh didapati daripada tumbuhan, dan penyerapannya sukar bergantung kepada makanan lain. Walau bagaimanapun, pengambilan diet lain seperti vitamin C boleh memberi kesan terhadap penyerapan zat besi tanpa heme.

Orang yang mendapat kebanyakan protein mereka daripada sumber tumbuhan dan orang yang dianggap kurang vitamin C akan berhadapan dengan risiko besar untuk mengalami anemia. Hipertiroidisme, malnutrisi, kanser, tidak boleh mengambil zat besi adalah penyumbang terbesar kepada kekurangan vitamin C yang mana boleh menyebabkan anemia. Jumlah vitamin C juga boleh berkurang akibat merokok.

Simptom-simptom

Berikut merupakan beberapa simptom biasa bagi anemia kurang vitamin C yang selalu dialami:

  • Pucat
  • Letih
  • Degupan jantung pantas apabila melakukan aktiviti fizikal
  • Rasa sejuk
  • Lebih cenderung kepada jangkitan
  • Lidah merah dan bengkak
  • Turun berat badan
  • Kebas
  • Mengelenyar pada tangan dan kaki
  • Cirit birit
  • Panas baran

Kekurangan vitamin biasanya berlaku secara perlahan-lahan dalam masa berbulan-bulan sehingga bertahun-tahun. Pada awalnya, simptom mungkin hanya sederhana, tetapi ia boleh menjadi semakin serius jika kekurangan ini bertambah teruk.

Rawatan

Beri badan anda makanan tambahan vitamin C bersama dengan makanan tambahan zat besi. Makanan tambahan ini boleh menyebabkan kekurangan vitamin C menjadi bertambah baik, begitu juga jenis anemia yang lain. Pastikan anda memakan makanan yang mengandungi vitamin C bersama dengan makanan yang kaya zat besi untuk meningkatkan serapan.

Anda tidak seharusnya menyerap zat besi dengan perut kosong kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan perut. Anda tidak seharusnya mengambil antasid semasa mengambil zat besi kerana paras asid di dalam perut berkurang akibat kesan daripada antasid. Perkara ini akan mengurangkan penyerapan zat besi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut