Anemia merupakan keadaan perubatan yang mana jumlah sel darah merah yang normal di dalam darah anda rendah. Anemia pernisius, jenis kekurangan vitamin B12, disebabkan oleh kurang kebolehan untuk menyerap vitamin B12 yang mana diperlukan oleh badan anda untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat dengan cukup. Walau bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku.
Nama “pernisius” berasal daripada fakta yang dahulunya penyakit ini dianggap boleh membawa maut disebabkan kekurangan rawatan yang ada pada masa itu. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang rawatan untuk penyakit ini lebih mudah berbanding dahulu dengan suntikan atau makanan tambahan B12. Kekurangan vitamin B12, jika dibiarkan tanpa rawatan, boleh meninggalkan komplikasi yang serius.
Punca-punca Anemia Pernisius
Vitamin B12 adalah elemen yang diperlukan dalam menghasilkan sel darah merah. Kerang-kerangan, daging, telur, burung, dan produk tenusu kaya dengan sumber vitamin ini yang boleh anda dapati.
Protein khusus, dipanggil faktor intrinsik, membantu usus anda dalam menyerap vitamin B12. Sel di dalam perut bertanggungjawab dalam menghasilkan protein ini. Jika perut tidak dapat mengeluarkan faktor intrinsik yang mencukupi, usus akan gagal menyerap vitamin B12 dengan baik.
Punca-punca biasa bagi Anemia Pernisius
Salah satu punca yang paling biasa menyebabkan anemia pernisius ialah keadaan autoimun yang mana sistem imun anda tersalah menyerang protein faktor intrinsik atau sel yang menghasilkan faktor intrinsik. Selain itu, lapisan perut yang telah lemah (gastritis atrofik) juga boleh menyumbang kepada penyakit ini.