Diet tanpa daging dan produk haiwan boleh meningkatkan risiko anemia. Walau bagaimanapun, anda boleh membekalkan kepada diri anda nutrien yang diperlukan oleh badan dengan mengambil makanan tambahan dan diet yang seimbang.
Terdapat pelbagai sebab kenapa orang menolak untuk memakan daging dan produk haiwan seperti telur, susu, keju. Walau bagaimanapun, hal ini membuatkan anda berhadapan risiko tinggi untuk mengalami anemia kurang zat besi, keadaan yang mungkin berbahaya di mana badan tidak dapat menghasilkan jumlah sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen.
Anemia boleh disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam kalangan vegetarian yang tidak mengambil daging. Manakala, anemia boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 dalam kalangan vegetarian yang betul-betul tidak mengambil sebarang produk haiwan seperti telur, susu, tenusu, dan bahkan madu.
Penyerapan Zat Besi
Badan mengguna semula zat besi berkali-kali; hanya sedikit sahaja jumlah zat besi yang dikeluarkan melalui urin, najis dan peluh. Jadi, berapa banyak badan anda memerlukan zat besi setiap hari ?