Sindrom Radiasi Akut

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/12/2019 . 1 minit bacaan

Definisi

Apakah itu sindrom radiasi akut?

Sindrom radiasi akut adalah berkaitan dengan kesan berbahaya-akut, tertangguh atau kronik yang berlaku apabila terdedah kepada radiasi pengionan. Kesan radiasi ini boleh dilihat apabila terdedah kepada satu dos radiasi yang tinggi.

Umumnya, pendedahan kepada dos radiasi yang tinggi adalah satu perkara yang membimbangkan kerana ia memberikan kesan langsung ke atas badan (somatik), manakala tahap dos yang rendah pula turut mendatangkan kebimbangan kerana ia berpotensi untuk mewujudkan kesan somatik tertangguh serta kesan genetik jangka panjang. Kesan pendedahan radiasi kepada individu adalah kumulatif.

Apakah kebarangkalian sindrom radiasi akut?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom sindrom radiasi akut?

Tanda dan simptom biasa sindrom radiasi akut adalah:

  • Loya
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Aneroksia
  • Sakit kepala
  • Malaise
  • Dengupan jantung cepat (tachycardia)

Dengan sindrom radiasi akut yang ringan, ketidakselesaan itu akan hilang dalam tempoh beberapa jam atau hari. Walau bagaimanapun, terdapat tiga jenis sindrom radiasi akut yang teruk, yang boleh memberikan kesan seperti terdedah kepada dos radiasi yang tinggi, seperti letupan atom sehingga  pendedahan kepada dos radiasi kecil secara berulang, contohnya melakukan x-ray berulang selama beberapa tempoh atau berminggu.

Jenis sindrom radiasi akut yang teruk adalah bergantung kepada dos, kadar dos, bahagian badan yang terkena radiasi dan tempoh masa selepas pendedahan. Sindrom radiasi akut yang teruk adalah disebabkan penembusan sinar radiasi kepada kebanyakan atau keseluruhan badan dalam jangka masa yang singkat, biasanya beberapa minit. 

Seseorang individu yang mengalami sindrom ini pada sebarang tahap pendedahan sindrom radiasi akut yang teruk biasanya melalui tiga peringkat: peringkat prodromal, simptom klasik adalah mual, cirit-birit dan muntah. Tahap ini boleh berlangsung selama beberapa minit hingga ke beberapa hari. 

Di peringkat seterusnya, dipanggil peringkat laten (latent stage), keadaan kesihatan individu tersebut akan bertambah baik, pada tahap sihat sepenuhnya selama beberapa jam bahkan beberapa minggu. 

Peringkat terakhir, dipanggil peringkat overt atau tahap kesakitan spesifik. Ia melibatkan penyakit kardiovaskular / sistem saraf pusat, penyakit gastrousus, dan penyakit hematopoietik.

Penyakit  kardiovaskular / sistem saraf pusat adalah sejenis sindrom radiasi akut yang dihasilkan oleh dos radiasi badan yang sangat tinggi (melebihi 3,000 rads). Jenis ini adalah yang paling parah dan sering kali membawa maut.

Selain mual dan muntah di peringkat prodromal, individu dengan sindrom serebrum (cerebral syndrome) juga akan mengalami kegelisahn, kekeliruan, dan kehilangan kesedaran dalam masa beberapa jam, selepas itu peringkat laten akan berlaku. Lima atau enam jam selepas pendedahan radiasi awal, keadaan menggigil dan sawan akan bermula, dan akhirnya koma. Selalunya kehilangan nyawa akan berlaku dalam tempoh masa tiga hari.

Penyakit gastrointestinal adalah jenis sindrom radiasi akut yang boleh berlaku apabila jumlah dos radiasi lebih rendah tetapi masih tinggi (400 atau lebih rads). Ia dicirikan oleh simptom loya, muntah, ketidakseimbangan elektrolit dan cirit-birit. Keadaan ini mengakibatkan dehidrasi teruk, jumlah plasma berkurangan, keruntuhan vaskular, jangkitan dan komplikasi yang mengancam nyawa.

Penyakit hematopoietik (penyakit sumsum tulang) adalah jenis sindrom radiasi akut yang berlaku pada pendedahan radiasi di antara 200 hingga 1,000 rads. Pada mulanya ia dicirikan oleh kekurangan nafsu makan (aneroksia), demam, malaise, mual dan muntah, yang mungkin maksimum dalam tempoh masa enam hingga 12 jam selepas pendedahan. 

Gejala kemudian mereda dalam masa 24 hingga 36 jam selepas pendedahan. Semasa tempoh laten untuk jenis ini, nodus limfa dan sumsum tulang mula menjadi atrofi (atrophy), yang membawa kepada pengurangan jumlah pengeluaran semua jenis sel darah (pancytopenia). 

Di dalam darah periferi, kekurangan sel limfa (lymphopenia) berlaku dengan pantas, mencapai puncak dalam masa 24 hingga 36 jam. Kekurangan neutrofil, sejenis sel darah putih, penghasilan sel darah akan semakin berkurangan.

Kekurangan platelet darah (thrombocytopenia) akan terjadi dalam tempoh masa tiga atau empat minggu. Peningkatan kerentanan terhadap jangkitan berkembang disebabkan penurunan granulosit dan limfosit, ketidakseimbangan pengeluaran antibodi dan penghijrahan granulosit, mengurangkan keupayaan badan untuk menyerang dan membunuh bakteria, rintangan berkurangan terhadap penyebaran dalam tisu subkutaneus, dan pendarahan (hemorrhagic) pada bahagian kulit dan usus menggalakkan kemasukan dan pertumbuhan bakteria. Pendarahan berlaku terutamanya disebabkan oleh kekurangan platelet darah.

Kesan radiasi yang tertangguh boleh menyebabkan kesan perantaraan, kesan somatik dan kesan genetik. Kesan perantaraan dari pendedahan berpanjangan atau berulang kepada dos radiasi yang rendah daripada pelbagai sumber boleh menyebabkan tiada haid (amenorrhea), penurunan kesuburan pada kedua-dua jantina, penurunan libido pada wanita, anemia, penurunan sel darah putih (leukopenia), menurunkan platelet darah (thrombocytopenia), kemerahan pada kulit (erythema), dan katarak. 

Pendedahan lebih teruk atau setempat boleh menyebabkan kehilangan rambut, atrofi kulit dan ulser, penebalan kulit (keratosis), dan perubahan vaskular dalam kulit (telangiectasia). Akhirnya ia boleh menyebabkan sejenis kanser kulit yang dikenali sebagai squamous cell carcinoma.

Perubahan fungsi buah pinggang termasuk pengurangan aliran dalam plasma buah pinggang, kadar penapisan glomerular (glomerular filtration rate – GFR), dan fungsi tiub. Peringkat laten yang berlaku untuk enam bulan sehingga setahun selepas terdedah kepada dos radiasi yang sangat tinggi, cenderung menyebabkan peningkatan protein dalam urin, kegagalan fungsi buah pinggang, anemia dan tekanan darah tinggi.

Apabila buah pinggang terdedah secara kumulatif kepada tahap radiasi lebih daripada 2,000 rads dalam tempoh masa kurang daripada lima minggu, kegagalan buah pinggang dengan pengurangan penghasilan air kencing sering kali berlaku dalam hampir 37 peratus kes.

Pengumpulan dos radiasi yang besar pada otot boleh mengakibatkan myopathy dengan kesakitan atrofi dan penyerapan (calcification).

Keradangan pada kantung di sekitar jantung (pericarditis) dan otot jantung (myocarditis) boleh terhasil disebabkan radioterapi yang tinggi pada bahagian tengah antara paru-paru (mediastinum).

Myelopathy boleh berkembang selepas segmen saraf tunjang menerima dos radiasi secara kumulatif lebih dari 4,000 rads. Keadaan ini diikuti dengan pengembangan beberapa masalah seperti nodus limfa perut untuk seminoma, limfoma, karsinoma ovari, atau ulser kronik, fibrosis dan perforasi usus.

Kesan radiasi bagi akhir somatik dan genetik boleh mengubah gen dalam sel badan dan sel kuman. Dalam sel-sel badan kesan somatik yang diketahui boleh berlaku adalah seperti kanser (leukemia, tiroid, kulit, tulang), atau katarak

Satu lagi jenis kanser, osteosarcoma, mungkin muncul selepas tertelan radioaktif nukleida (radioactive bone-seeking nuclides) seperti garam radium. Kecederaan kepada organ yang terdedah boleh berlaku selepas terapi radiasi berpanjangan untuk rawatan kanser.

Apabila sel terdedah kepada radiasi, jumlah mutasi meningkat. Jika mutasi diturunkan kepada kanak-kanak, ini boleh menyebabkan kecacatan genetik kepada anak.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jadi sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai simptom yang dialami, sila dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda jika anda menyedari bahawa anda telah terdedah kepada radiasi secara berlebihan.

Sekiranya terdapat sebarang tanda atau simptom yang dinyatakan di atas atau pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Ini kerana setiap badan bertindak balas secara berbeza. Jadi cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan sindrom radiasi akut?

Sinaran adalah tenaga yang dikeluarkan dari atom sebagai gelombang atau zarah kecil. Sindrom radiasi berlaku disebabkan oleh pendedahan kepada dos radiasi yang tinggi, seperti sinaran dos yang tinggi yang diterima semasa kemalangan industri. Pendedahan biasa kepada sinaran dos rendah, seperti pemeriksaan sinar-X, tidak menyebabkan sindrom radiasi.

Sumber radiasi dos tinggi

Kemungkinan sumber radiasi dos yang tinggi termasuk yang berikut:

  • Kemalangan di kemudahan perindustrian nuklear
  • Serangan terhadap kemudahan perindustrian nuklear
  • Letupan peranti radioaktif kecil
  • Letupan alat peledak konvensional yang menyebarkan bahan radioaktif (dirty bomb)
  • Pengeboman senjata nuklear standard

Sindrom radiasi berlaku apabila berlakunya radiasi tenaga tinggi menjejaskan atau memusnahkan sel-sel tertentu di dalam badan anda. Bahagian-bahagian badan yang terdedah terhadap radiasi tenaga tinggi adalah sel-sel dalam lapisan saluran usus anda, termasuk perut dan sel-sel yang menghasilkan sel sumsum tulang.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko sindrom radiasi akut?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana sindrom radiasi akut didiagnosis?

Apabila seseorang individu telah mengetahui pendedahan kepada dos radiasi yang tinggi dari kemalangan atau serangan, kakitangan perubatan mengambil beberapa langkah untuk menentukan dos radiasi yang diserap. Maklumat ini penting untuk menentukan betapa teruknya sindrom itu, rawatan yang harus digunakan dan tahap kemungkinan untuk hidup.

Maklumat penting untuk menentukan dos yang diserap termasuk:

  • Pendedahan yang diketahui. Butiran mengenai jarak dari sumber radiasi dan tempoh pendedahan boleh membantu memberikan anggaran kasar tentang keterukan sindrom radiasi
  • Muntah dan simptom lain. Masa antara pendedahan radiasi dan permulaan muntah adalah alat pemeriksaan yang agak tepat untuk menganggarkan dos radiasi yang diserap. Semakin singkat masa sebelum berlakunya simptom ini, bermakna semakin tinggi dos. Keterukan dan masa tanda dan simptom lain juga dapat membantu kakitangan perubatan menentukan dos yang diserap
  • Ujian darah. Ujian darah yang kerap selama beberapa hari membolehkan kakitangan perubatan mencari pengurangan dalam sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan perubahan yang tidak normal dalam DNA sel darah. Faktor ini menunjukkan tahap kerosakan sumsum tulang, yang ditentukan oleh tahap dos yang diserap
  • Peranti yang dipanggil dosimeter boleh mengukur dos radiasi yang diserap tetapi hanya jika ia terdedah kepada kejadian radiasi yang sama seperti individu yang terjejas
  • Meter tinjauan. Peranti seperti Geiger boleh digunakan untuk tinjauan individu bagi menentukan lokasi zarah radioaktif dalam badan
  • Jenis radiasi. Sebahagian daripada tindak balas kecemasan terhadap kemalangan atau serangan radioaktif termasuk memasukkan jenis pendedahan radiasi. Maklumat ini akan membantu dalam membuat keputusan untuk merawat individu dengan sindrom radiasi

Bagaimana sindrom radiasi akut dirawat?

Matlamat rawatan untuk penyakit radiasi adalah untuk mencegah pencemaran radioaktif yang lebih lanjut; merawat kecederaan yang mengancam nyawa, seperti dari luka bakar dan trauma; mengurangkan simptom; dan menguruskan kesakitan.

Penyahtoksinan

Penyahtoksinan adalah prosedur untuk menyingkirkan seberapa banyak zarah radioaktif luaran yang mungkin. Membuang pakaian dan kasut dapat menghilangkan kira-kira 90 peratus pencemaran luaran. Secara perlahan basuhkan badan dengan air dan sabun untuk membuang zarah radiasi tambahan daripada kulit.

Penyahtoksinan menghalang penyebaran bahan radioaktif dan menurunkan risiko pencemaran dalaman daripada penyedutan, pencernaan atau luka terbuka.

Rawatan untuk sumsum tulang yang rosak

Protein yang dipanggil kolonik-faktor penstabilan granulosit (granulocyte colony-stimulating factor), yang menggalakkan pertumbuhan sel darah putih, dapat mengatasi kesan radiasi pada sumsum tulang. 

Rawatan dengan ubat-ubatan berasaskan protein ini, yang termasuk filgrastim (Neupogen), sargramostim (Leukine) dan pegfilgrastim (Neulasta), boleh meningkatkan pengeluaran sel darah putih dan membantu mencegah jangkitan seterusnya.

Sekiranya anda mempunyai kerosakan teruk pada sumsum tulang, anda juga boleh menerima pemindahan darah merah atau platelet darah.

Rawatan untuk pencemaran dalaman

Sesetengah rawatan boleh mengurangkan kerosakan kepada organ dalaman yang disebabkan oleh zarah radioaktif. Kakitangan perubatan akan menggunakan rawatan ini jika anda terdedah kepada radiasi jenis tertentu. Rawatan ini termasuk yang berikut:

  • Potassium iodide (Thyroshield, Iosat). Ini adalah bentuk iodin bukan radioaktif. Kerana iodin adalah penting untuk fungsi tiroid yang betul, tiroid menjadi “destinasi” untuk iodin dalam badan. Sekiranya anda mempunyai pencemaran dalaman dengan iodin radioaktif (radioiodine), tiroid anda akan menyerap radioiodine sama seperti ia adalah bentuk iodin lain. Rawatan dengan potassium iodide boleh mengisi “kekosongan” dalam tiroid dan mencegah penyerapan  radioiodine. Radioiodine akhirnya disingkirkan dari badan melalui air kencing. Walau bagaimanapun, potassium iodide bukanlah penawar kepada semua iodin radioaktif dan ia paling berkesan jika diambil dalam tempoh awal pendedahan
  • Prussian blue (Radiogardase). Pewarna ini akan terikat kepada zarah-zarah unsur radioaktif yang dikenali sebagai cesium dan thallium. Zarah radioaktif kemudian disingkirkan dalam najis. Rawatan ini mempercepat penyingkiran zarah radioaktif dan mengurangkan jumlah sel radiasi yang mungkin diserap
  • Dietilenetriamine pentaacetic acid (DTPA). Bahan ini terikat kepada logam. DTPA mengikat zarah unsur radioaktif plutonium, americium dan curium. Zarah-zarah radioaktif disingkirkan daripada badan melalui air kencing, dengan itu mengurangkan jumlah radiasi yang diserap

Rawatan sokongan

Sekiranya anda mempunyai sindrom radiasi, anda mungkin menerima ubat tambahan atau campur tangan untuk rawatan:

Penjagaan akhir hayat

Seseorang individu yang menyerap dos radiasi yang besar (10 Gy atau lebih tinggi) mempunyai peluang yang nipis untuk pulih semula. Bergantung kepada tahap keparahan penyakit, kematian boleh berlaku dalam masa dua hari atau dua minggu. 

Individu yang mempunyai dos radiasi yang boleh membawa maut akan menerima ubat untuk mengawal rasa sakit, loya, muntah dan cirit-birit. Mereka juga mungkin akan diberikan penjagaan psikologi atau pastoral.

Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani sindrom radiasi akut?

Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi sindrom radiasi:

Sekiranya berlaku kecemasan radiasi, pastikan anda kekal mendengar radio atau televisyen untuk mengetahui apa tindakan perlindungan yang dicadangkan oleh pihak berkuasa tempatan, negeri dan persekutuan. Tindakan yang disyorkan bergantung kepada keadaan, tetapi anda akan diberitahu sama ada untuk terus tinggal atau mengosongkan kawasan anda.

Tempat perlindungan 

Jika anda dinasihatkan untuk tinggal di mana anda berada, sama ada anda berada di rumah atau bekerja atau di tempat lain, lakukan yang berikut:

  • Tutup dan kunci semua pintu dan tingkap
  • Matikan kipas, penyaman udara dan unit pemanasan yang membawa udara dari luar
  • Bawa haiwan kesayangan di dalam rumah
  • Pindah ke bilik dalaman atau ruang bawah tanah
  • Kekal mendengar atau menonton dengan rangkaian berita setempat anda

Pengosongan tempat

Jika anda dinasihatkan untuk berpindah, ikuti arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan anda. Cuba untuk bertenang dan bergerak dengan cepat dan dengan teratur. Di samping itu, pastikan anda tidak membawa barangan yang tidak penting, tetapi mengambil bekalan, termasuk:

  • Lampu suluh
  • Radio mudah alih
  • Bateri
  • Kit pertolongan cemas
  • Ubat-ubatan yang diperlukan
  • Makanan seperti makanan dalam tin, dan air botol
  • Manual pemboleh buka
  • Tunai dan kad kredit
  • Pakaian tambahan

Perlu diketahui bahawa kebanyakan kenderaan kecemasan dan tempat perlindungan tidak akan menerima haiwan kesayangan. Bawa mereka hanya jika anda memandu kenderaan anda sendiri dan pergi ke tempat lain selain tempat perlindungan.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Artikel lain untuk anda

    radioaktif

    Kebocoran Bahan Radioaktif Di Sepang, Apa Kesannya Kepada Kesihatan Manusia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 07/11/2019 . 3 minit bacaan
    Radiasi Tahap Rendah, Rangsang Sel Kanser

    Radiasi Tahap Rendah, Rangsang Sel Kanser?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/07/2019 . 3 minit bacaan
    bunga

    Larangan Bunga Segar Untuk Pesakit Kanser, Apa Lagi Yang Perlu Dipertimbangkan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 16/04/2019 . 2 minit bacaan
    radiasi

    Radiasi, Kesan Pendedahan Terhadap Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 13/02/2019 . 3 minit bacaan