Mononukleosis

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Mononukleosis?

Mononukleosis atau mono adalah jangkitan virus yang menyebakan demam, sakit tekak, dan bengkak pada kelenjar limfa, kebiasaanya berlaku pada kawasan leher. Jangkitan mono biasanya disebut sebagai penyakit bawaan ciuman. Virus yang menyebabkan mono dibawa melalui air liur, jadi anda boleh terkena melalui ciuman, tetapi anda juga boleh terkena sekiranya terdedah kepada batuk atau bersin, atau berkongsi perkakasan makanan atau minuman oleh individu lain yang mempunyai mono. Komplikasi yang paling teruk bagi mono ialah pembengkakan pada limpa. Walaubagaimanapun, keadaan ini biasanya tidak membimbangkan dan akan pulih dengan sendirinya.

Apakah kebarangkalian Mononukleosis?

Mono berlaku lebih kerap kepada individu yang berumur diantara 16 sehingga 17 tahun, tetapi jangkitan boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Anda boleh mengurangkan menghidap penyakit ini dan benjolan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Mononukleosis?

Simptom biasa bagi mono termasuklah:

  • Mengantuk
  • Demam
  • Kesakitan, rasa tidak selesa dan berasa tidak sihat
  • Hialng selera makan
  • Rasa sakit pada otot atau kekejangan
  • Ruam
  • Sakit tekak
  • Nodus limfa bengkak, biasanya berlaku disekitar leher atau ketiak

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai tanda atau simptom mono atau mempunyai soalan yang lebih lanjut, sila berjumpa dengan doktor. Setiap individu mempunyai kesan yang berbeza-beza.Jadi sangat tepat untuk berbincang dengan doktor apakah yang bersesuaian dengan situasi anda.

Punca

Apakah Punca Mononukleosis?

Penyebab mono adalah Epstein-Barr Virus (EBV). Virus ini dibawa melalui air liur, jadi anda boleh terkena melalui ciuman, tetapi anda juga boleh terkena sekiranya terdedah kepada batuk atau bersin, atau berkongsi perkakasan makanan atau minuman oleh individu lain yang mempunyai mono. 

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Mononukleosis?

Ketika ini maklumat masih tidak mencukupi untuk menentukan faktor-faktor spesifik yang meningkatkan risiko mono.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Mononukleosis didiagnosis?

Doktor akan mengambil maklumat rekod perubatan terdahulu dan melakukan pemeriksaan, dengan tumpuan pada kawasan leher, tekak, dan bahagian perut. Ujian darah dan kawasan kerongkong akan dilakukan untuk memastikan diagnosis dan ia bukan penyakit lain.

Bagaimana pesakit Mononukleosis dirawat?

Matlamat rawatan adalah untuk melegakan simptom. Ubat steroid (prednisone) mungkin akan diberikan sekiranya simptom teruk.

Untuk melegakan simptom yang biasa, anda seharusnya

  • Minum banyak air
  • Berkumuh dengan air suam dicampukan dengan garam untuk melegakan sakit tekak.
  • Mendapatkan rehat yang cukup.
  • Mengambil acetaminophen atau ibuprofen untuk melegakan sakit dan demam.

Anda seharusnya mengelakkan sukan yang berunsurkan sentuhan sekiranya limpa anda bengkak bagi mengelakkan ia pecah.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Mononukleosis?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi mononucleosis:

  • Mendapatkan rehat yang cukup dan minum lebih banyak air
  • Beritahu pada doktor anda mengenai semua ubat, termasuk yang di preskripsi atau tidak.
  • Mengelak daripada bercium atau berkongsi makanan atau perkakasan dengan individu lain yang sakit.
  • Basuh tangan sekerap mungkin.
  • Mengelakkan sukan yang berunsurkan sentuhan sehingga betul-betul pulih.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan