Makanan Perlu Dielak Bagi Pesakit Kanser Ovari

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diet yang bersesuaian adalah amat penting kepada pesakit dengan kanser ovari. Selain mengambil kira apa yang anda patut makan semasa rawatan kanser, adakah anda mengetahui tentang makanan yang patut anda elakkan jika anda mempunyai kanser ovari? Terdapat beberapa makanan dan minuman tertentu yang perlu disingkirkan dari senarai pengambilan makan harian anda. Jadi berikut adalah beberapa jenis makanan perlu dielakkan bagi pesakit kanser ovari.

Alkohol

Kemoterapi mungkin adalah antara pilihan rawatan untuk merawat kanser ovari yang anda pilih. Dalam kes ini, hati adalah organ penting yang bertanggungjawab untuk memetabolismekan semua toksin yang berpotensi dalam aliran darah anda. Kerana itu anda perlu menjaga hati anda supaya badan anda dapat mengurangkan kesan sampingan kemo. Jika anda mengambil alkohol, ia boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan pada hati dan menyukarkan hati untuk memproses ubatan kemo. Selain itu, rasa mual atau kesan sampingan gastrousus lain boleh meningkat kerana alkohol. Ia juga mungkin menjejaskan ubatan tertentu yang anda ambil bersama rawatan kemo. Sebaiknya jika anda mempunyai kanser ovari, elakkan terus pengambilan alkohol sepenuhnya.

Daging

Ada yang mengatakan, individu yang menghidapi kanser ovari harus mengelakkan makanan yang tidak menyumbang kepada sistem imun, atau memusnahkan sel kanser. Malah, daging dipercayai tidak menyumbang peranan dalam kanser, jadi kebiasaannya daging dilarang dalam diet kanser. Daging menggunakan dua enzim kritikal – trypsin dan chymotrypsin, yang membolehkan sistem imun untuk membunuh sel kanser, manakala protein sayuran tidak menggunakan enzim tersebut. Ini bermakna, memakan daging boleh melemahkan tenaga anda untuk melawan kanser ovari. Apabila menjalani rawatan kanser, anda patut elakkan mengambil terlalu banyak daging. Ini kerana daging mempunyai tahap lemak tepu yang tinggi dan tidak mengandungi banyak serat.

Khususnya daging merah seperti daging lembu, tidak perlu wujud dalam diet pemakanan anda. Daging yang diproses juga tidak patut dimakan. Kebanyakannya mengandungi sodium nitrite yang kerap dijumpai dalam sosej, yang dianggap tidak baik untuk kanser. Selain itu, menghadkan pengambilan daging diproses dan lemak tepu turut mendatangkan manfaat kepada hati.

Makanan dimasak bersuhu tinggi

Terdapat cadangan bahawa anda tidak patut mengambil makanan yang dimasak pada suhu yang tinggi. Jika anda memasak pada suhu yang tinggi, ia meningkatkan kehadiran karsinogen, yang boleh menjejaskan penyakit anda. Sebaliknya, anda perlu menyediakan makanan dengan cara yang sihat seperti mengukus, membakar, mendidih atau sauté. Mengoreng adalah satu cara masakan yang tidak sihat. Jika anda masih suka memanggang, makanan anda harus dimasak pada suhu yang rendah untuk mengelakkan wujudnya karsinogen.

Gula ditapis (refined sugar)

Ketumbuhan kanser berkembang dengan mengharapkan kandungan gula dalam darah. Oleh itu, anda pasti tidak mahu menggalakkan pembiakan kanser dengan memberinya ‘makan’. Oleh itu anda harus elakkan makanan manis yang mempunyai kandungan karbohidrat ringkas. Memakan makanan seperti ini boleh menyebabkan saluran darah anda dipenuhi dengan tenaga kimia yang diperlukan sel kanser. Anda perlu memakan diet rendak glisemik, terutamanya yang tidak mempunyai kandungan gula ditapis apabila anda mempunyai kanser ovari.

Makanan boleh membantu anda melawan kanser ovari, dan makanan juga boleh membuatkan kanser anda bertambah teruk jika anda tidak tahu apa yang perlu anda makan dan apa yang perlu anda elakkan. Jika anda boleh membuat diet yang sihat untuk keadaan kesihatan anda, anda sedang dalam laluan yang betul untuk mendapatkan kembali kesihatan yang baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Tarikh Reviu: Mac 27, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 27, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut