Listeriosis

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Listeriosis?

Listeriosis ialah jangkitan serius yang berlaku apabila memakan makanan yang dicemari oleh bakteria Listerium. Bakteria ini sering kali ditemui pada daging yang tidak cukup dimasak dan dalam produk tenusu. Listeriosis adalah jangkitan yang berbahaya tetapi jarang berlaku.

Apakah kebarangkalian Listeriosis?

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti. Bagaimanapun, sesetengah orang seperti wanita hamil dan kandungannya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Listeriosis menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau kematian janin sejurus selepas kelahiran. Bayi baru lahir akan menjadi sangat sakit jika dijangkiti sebelum kelahiran. Golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah juga berisiko tinggi seperti pesakit kanser, AIDS, selepas pemindahan organ dan orang tua.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Listeriosis?

Sesetengah pesakit menjadi sakit dengan simptom flu seperti demam, sakit otot, loya, muntah, cirit-birit dan sakit perut. Jika bakteria masuk ke dalam sistem saraf, simptom lebih teruk akan dialami pesakit. Pening kepala, kejang leher, sawan, hilang kestabilan dan merasa keliru dan hilang arah boleh berlaku.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami demam, sakit otot, loya atau cirit-birit selepas memakan makanan yang mungkin tercemar, seperti susu yang tidak dipasteurkan atau sosej daging, atau makanan yang tidak dipanaskan, hubungi doktor anda.

Jika anda mengalami demam panas, pening kepala yang teruk, leher kejang, merasa keliru atau sensitif kepada cahaya, dapatkan bantuan kecemasan. Tanda dan simptom ini mungkin menunjukkan meningitis disebabkan bakteria- komplikasi daripada listeriosis.

Punca

Apakah Punca Listeriosis?

Punca penyakit ini ialah disebabkan memakan makanan yang dicemari dengan bakteria Listeria monocytogenes. Listeria dijumpai di dalam tanah dan air dan boleh didapati pada sayur-sayuran yang menggunakan baja manure (najis haiwan). Listeria juga boleh mencemarkan daging mentah, produk tenusu dan makanan yang diproses (keju, sosej).

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Listeriosis?

Perempuan hamil dan golongan dengan imun sistem lemah mempunyai risiko yang paling tinggi terhadap listeriosis.

Bagi perempuan hamil: Walaupun listeriosis hanya menyebabkan simptom sederhana terhadap si ibu, namun kesannya kepada janin adalah sangat serius, seperti keguguran, kematian bayi sewaktu lahir atau kelahiran pramatang.

Selain itu, risiko dijangkitit listeriosis juga berlaku kepada mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah termasuklah:

  • Usia: usia lebih 65 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi
  • Pesakit AIDS
  • Menjalani kemoterapi
  • Mempunyai penyakit lain seperti diabetes atau penyakit buah pinggang
  • Penggunaan ubat tertentu untuk reumatoid artritis.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Listeriosis didiagnosis?

Doktor akan bergantung kepada simptom yang anda alami untuk diagnosis. Selain itu, doktor juga akan meniliti keadaan kesihatan anda. Jika diperlukan, doktor mungkin akan melakukan ujian darah dan tulang sumsum untuk ketepatan diagnosis.

Bagaimana pesakit Listeriosis dirawat?

Rawatan dengan antibiotik adalah rawatan paling cepat dan berkesan. Pesakit kebiasaannya dirawat di hospital. Antibiotik disuntik terus ke dalam saluran darah. Rawatan dengan antibiotik selalunya diperlukan selama 2 minggu. Pesakit dengan imuniti rendah mungkin memerlukan rawatan lebih lama kerana sakit yang selalunya berulang.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Listeriosis?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani listeriosis:

  • Maklumkan pada doktor semua ubat yang anda ambil (termasuklah ubat preskripsi dan produk herba)
  • Hubungi doktor jika anda masih mempunyai simptom selepas menghabiskan antibiotik.
  • Masak bahan daripada haiwan seperti telur, daging dan ayam
  • Basuh buah dan sayur sebelum makan.
  • Basuh tangan dan peralatan makan dengan air panas dan sabun setelah makan, terutamanya selepas digunakan untuk daging mentah dan makanan yang diproses.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut