Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Ketuat kelamin ialah keadaan dimana anda mempunyai ketuat di bahagian sulit anda.
Ia mungkin seperti benjolan kecil berwarna daging atau berbentuk seperti kubis bunga.
Dalam banyak kes, ketuat tersebut terlalu kecil untuk dilihat.
Ia adalah antara jenis penyakit kelamin (sexually transmitted disease, STD) yang paling kerap berlaku disebabkan oleh (human papilloma virus, HPV).
Virus ini boleh menyebabkan ketuat kelamin dan kanser serviks bagi perempuan.
Penyakit ini kerap berlaku dan perempuan lebih berkemungkinan menghidapi penyakit ini berbanding lelaki.
Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko jadi sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Tanda-tanda dan kondisi ini yang kerap wujud adalah seperti berikut:
Perempuan boleh mengalami ketuat di vulva, dinding faraj, kawasan antara kelamin dan dubur, saluran dubur dan serviks.
Lelaki boleh mengalami ketuat di hujung atau batang zakar, skrotum atau dubur.
Ia juga boleh berlaku di mulut atau tekak mereka yang melakukan seks oral dengan seseorang yang dijangkiti.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Ia disebabkan oleh virus papiloma manusia (HPV).
Dilaporkan bahawa terdapat lebih 40 jenis HPV yang boleh menjangkiti kawasan kelamin.
Melalui hubungan seksual, HPV kelamin tersebar.
Jika sistem imun anda cukup kuat untuk membunuh HPV kelamin, anda tidak akan mengalami tanda atau simptom jangkitan ini.
Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan kes, HPV kekal dan tidak mendatangkan apa-apa simptom.
Terdapat banyak faktor risiko kondisi ini berlaku seperti berikut:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Pemeriksaan fizikal di bahagian yang anda mengesyaki ada ketuat dilakukan.
Sekiranya ketuat tumbuh di dalam tubuh perempuan, ujian pelvis diperlukan.
Doktor akan meletakkan larutan asid ringan yang membantu menjadikan ketuat tersebut lebih jelas dilihat.
Doktor mungkin juga mengambil swab di bahagian terbabit untuk mendapatkan sel dari serviks (Pap smear) untuk membuat diagnosis.
Ini boleh diuji untuk melihat kehadiran virus HPV.
Di samping itu, mereka boleh bertanya anda beberapa soalan untuk mengetahui tentang kesihatan dan sejarah seksual anda.
Doktor mungkin memberikan anda rawatan topical termasuk imiquimod (Aldara), podophyllin dan podofilox (Condylox), trichloroacetic acid (TCA).
Pembuang ketuat yang dibeli melalui kaunter adalah tidak digalakkan untuk merawat ketuat kelamin kerana tisu di bahagian kelamin adalah terlalu lembap.
Ubat-ubatan tersebut boleh menyebabkan rasa sakit dan iritasi.
Pembedahan diperlukan jika anda ada ketuat yang besar atau ketuat yang tidak memberi respon kepada ubat.
Jika anda sedang hamil, pembedahan juga disyorkan untuk mengelakkan pengambilan ubat yang boleh memberi kesan kepada bayi.
Pilihan pembedahan termasuk pembekuan dengan nitrogen cecair (cryotherapy) dan rawatan laser.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen