Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Hepatitis toksik adalah keradangan hati sebagai tindak balas kepada bahan-bahan tertentu yang anda terdedah. Hepatitis toksik boleh disebabkan oleh alkohol, bahan kimia, ubat-ubatan atau supplemen pemakanan.
Dalam sesetengah kes, hepatitis toksik berkembang dalam masa beberapa jam atau hari akibat pendedahan kepada toksin. Dalam kes lain, ia mungkin mengambil masa penggunaan biasa sebelum muncul tanda-tanda dan simptomnya.
Gejala hepatitis toksik sering hilang apabila pendedahan kepada toksin dihentikan. Tetapi hepatitis toksik boleh merosakkan hati secara kekal, yang membawa kepada parut tisu hati yang tidak dapat dipulihkan (sirosis) dan dalam beberapa kes kegagalan hati, yang boleh mengancam nyawa.
Simptom umum hepatitis toksik adalah:
Selain itu, pengambilan ubat-ubatan tertentu secara berlebihan seperti acetaminophen boleh menyebabkan kegagalan hati. Tanda-tandanya:
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai simptom hepatitis toksik, sila berjumpa doktor anda.
Banyak bahan kimia yang sengaja atau tidak sengaja dihidu atau dimakan boleh memberi kesan toksik pada hati. Antara bahan kimia ini adalah ubat-ubatan, pelarut industri dan bahan pencemar. Hampir setiap ubat-ubatan dibayangkan pada satu-satu masa atau lain telah ditunjukkan sebagai penyebab hepatitis toksik. Toksin kadang-kadang boleh menyebabkan penyakit hati kronik dan juga sirosis jika pendedahan kepadanya tidak dihentikan.
Toksin yang boleh merosakkan hati dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu:
Ia diketahui menyebabkan hepatitis toksik dan kerosakan hati dengan pendedahan yang mencukupi kepada satu atau lebih bahan kimia ini. Contoh bahan kimia yang terdapat di dalam kumpulan ini ialah pembersihan pelarut, karbon tetrachloride dan asetaminophen.
Toksin yang merosakkan hati dalam sekumpulan kecil individu yang terdedah kepada kimia. Kecederaan yang tidak dapat diramalkan yang dihasilkan oleh kebanyakan ubat adalah sangat kurang difahami tetapi data baru-baru ini mencadangkan bahawa tindak balas toksik kepada ubat mungkin bergantung pada jenis enzim seseorang yang diwarisi untuk memetabolisme ubat.
Hati terdedah kepada kecederaan oleh bahan kimia kerana ia memainkan peranan penting dalam metabolisme kimia. Hati juga mempunyai tugas unik memproses hampir semua bahan kimia dan ubat yang memasuki aliran darah dan mengeluarkan bahan kimia yang sukar untuk buah pinggang dikeluarkan. Hati mengubah bahan kimia ini menjadi produk yang dapat disingkirkan daripada tubuh melalui hempedu atau air kencing. Walau bagaimanapun, semasa proses kimia ini di hati, kadang-kadang menghasilkan produk yang tinggi toksik dan ianya boleh boleh menyerang dan mencederakan hati.
Pengambilan alkohol secara berkala kemungkinan akan meningkatkan peluang toksik ubat terutamanya dalam kes acetaminophen. Oleh itu, alkohol tidak boleh diambil apabila menggunakan ubat.
Terdapat banyak faktor risiko untuk hepatitis toksik, seperti:
Dalam melakukan diagnosis hepatitis toksik, doktor akan tanyakan berkenaan sejarah perubatan anda termasuk maklumat terperinci ubat-ubatan, penggunaan herba atau pengambilan makanan tambahan (supplemen) dan alkohol dan lain-lain. Doktor juga akan melakukan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh yang boleh membantu dalam menentukan kehadiran atau ketiadaan penyakit hati kronik yang kerata.
Ujian berikut boleh dilakukan untuk menilai kehadiran dan keparahan kerosakan hati:
Pemindahan hari segera perlu dipertimbangkan bagi pesakit yang mengalami kerosakan hati yang mengancam nyawa disebabkan oleh ubat, herba atau supplemen.
Pesakit sirosis tahap akhir akibat alkohol dipertimbangkan untuk pemindahan hati. Wlaaubagaimana pun, mereka dianggap sebagai calon untuk pemindahan jika mereka sepenuhnya larut dari alkohol dalam program rawatan bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.
Baca juga:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen