Gout

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 mins read

Definisi

Apa itu Gout?

Gout adalah sejenis arthritis, atau keradangan, yang menyebabkan serangan yang amat sakit secara mengejut, kemerahan, rasa sakit disebabkan sentuhan dan pembengkakan di sendi. Ibu jari kaki merupakan sendi yang paling kerap terlibat, tetapi gout juga boleh menjejaskan sendi lain di kaki (lutut, pergelangan kaki, kaki). Kawasan di lengan (tangan, pergelangan tangan, dan siku) bagaimanapun kurang kerap terlibat manakala tulang belakang jarang terjejas.

Apakah kebarangkalian Gout?

Gout menjejaskan kira-kira 1 dalam 200 orang dewasa. Ia boleh menjejaskan semua golongan, tanpa mengira usia dan jantina, tetapi lelaki lebih berkemungkinan menghidapnya berbanding wanita dan orang dewasa pada usia pertengahan daripada remaja. Ia boleh diselesaikan dengan mengurangkan faktor gaya hidup. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Gout?

Simptom gout adalah:

  • Sakit sendi yang mendadak, yang sering kali berlaku pada awal pagi;
  • Bengkak, sendi sakit;
  • Sendi kemerahan;
  • Kehangatan di sekeliling sendi

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami beberapa simptom yang disebutkan di atas, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Gout boleh menyebabkan kerosakan sendi jika tidak dirawat. Juga, jika anda mempunyai demam dan sendi anda panas dan keradangan, dapatkan rawatan perubatan dengan segera kerana ia boleh menjadi tanda jangkitan.

Punca

Apakah Punca Gout?

Gout disebabkan oleh bahan kimia dalam darah yang dipanggil asid urik (urat). Asid urik biasanya tidak berbahaya dan dihasilkan di dalam badan. Kebanyakannya dilepaskan bersama air kencing manakala sesetengahnya dengan najis. Bagi pengidap gout, jumlah asid urik dalam darah bertambah dari masa ke masa. Jika mencapai tahap terlalu tinggi, grit kecil menyerupai kristal daripada urik asid boleh terbentuk. Kristal biasanya terkumpul di dalam sendi dan boleh menyebabkan keradangan, bengkak dan sakit.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Gout?

Terdapat banyak faktor risiko gout, seperti:

  • Obesiti;
  • Berat badan yang berlebihan;
  • Pengambilan alkohol berlebihan;
  • Tekanan darah tinggi;
  • Fungsi buah pinggang yang tidak normal;
  • Ubat-ubatan tertentu seperti pil air;
  • Sejarah perubatan;
  • Dehidrasi;
  • Selepas pembedahan atau trauma.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Gout didiagnosis?

Ujian darah tidak dapat mengesahkan anda menghidap gout atau tidak. Sebaliknya, doktor anda mungkin mengambil sedikit cecair daripada sendi anda yang bengkak. Ini dilakukan melalui jarum suntikan. Cecair ini kemudian diperiksa di bawah mikroskop untuk mengesahkan diagnosis gout.

Bagaimana pesakit Gout dirawat?

Tiada penawar yang kekal untuk gout, tetapi ia boleh dikawal. Selepas rawatan, anda boleh merasakan bahawa rasa sakit dan keradangan telah menurun dan jika anda mengamalkan tabiat hidup yang sihat, serangan gout pada masa hadapan boleh dicegah.

Rawatan utama gout ialah ubat-ubatan yang terdiri daripada:

  • Non-steroid anti-inflammatory drugs (NSAIDs) untuk merawat serangan gout yang mengejut dan teruk;
  • Steroid boleh digunakan sebagai alternatif untuk NSAIDs;
  • Colchicine membantu mengurangkan risiko serangan gout daripada berulang;
  • Ubat  yang mengawal tahap asid urik dalam darah seperti allopurinol, probenecid dan febuxostat.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Gout?

Gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi gout:

  • Menghadkan makanan tinggi purin.
  • Mengamalkan diet rendah lemak dan produk tenusu rendah lemak
  • Gantikan gula halus dengan gula semulajadi yang terdapat dalam sayur-sayuran dan bijirin.
  • Elakkan makan makanan laut dan daging merah.
  • Mengekalkan pengambilan air kosong yang cukup.
  • Mengurangkan atau mengelakkan alkohol, terutamanya bir.
  • Apabila anda mengalami gout dengan mengejut, ada beberapa cara untuk membantu anda mengatasinya jika anda tidak mempunyai ubat-ubatan gout di tangan:
  • Tinggikan anggota terlibat untuk mengurangkan bengkak.
  • Tuam  pek ais ke atas sendi yang mengalami keradangan selama 20 minit.
  • Ulangi seberapa kerap yang diperlukan tetapi pastikan suhu bahagian yang terlibat telah kembali normal sebelum mengulang kembali langkah ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    5 Senaman Melegakan Sakit Sendi

    Senaman rutin biasanya boleh membantu melegakan sakit sendi dan simptom rheumatoid arthritis (RA) lain, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). Adakah mengurangkan pergerakan boleh mengurangkan kesakitan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 13/06/2018 . 2 mins read

    5 Makanan Terbaik Untuk Sendi

    Menurut Runner’s World, sendi pada dasarnya adalah poket yang dipenuhi dengan cecair yang dikenali sebagai cecair sinovial, yang mana “kusyen dan menyihatkan tulang rawan anda”, yang membolehkan tulang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 05/06/2018 . 2 mins read

    Shepherd’s purse

    KegunaanApakah kegunaan Shepherd’s purse? Shepherd’s purse adalah sejenis tumbuhan. Bahagian-bahagian tumbuhan ini yang tumbuh di atas tanah biasa digunakan untuk membuat ubat. Shepherd’s purse digunakan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 28/05/2018 . 3 mins read

    Cowslip

    KegunaanApakah kegunaan Cowslip? Cowslip adalah  sejenis tumbuhan. Bunga dan akar digunakan untuk membuat ubat. Bunga cowslip digunakan untuk: Saluran hidung meradang atau sinusitis. Penyelidikan membangun mencadangkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Nur Bashirouh
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 28/05/2018 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    psoriasis

    Petisyen Muzikal Buat Pesakit Psoriasis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 4 mins read
    sakit sendi

    Adakah Berat Badan Saya Menyebabkan Sakit Sendi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 29/03/2019 . 2 mins read

    Jus Ceri Mengurangkan Risiko Gout

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 27/08/2018 . 2 mins read

    Senaman Tangan untuk Artritis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 21/08/2018 . 2 mins read