Slipped Disc: Gelinciran Cakera yang Menyebabkan Sakit Belakang

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/04/2019

Apabila bercakap tentang sakit belakang, antara perkara pertama yang difikirkan ialah slipped disc atau gelinciran cakera. Sebenarnya, kebanyakan sakit belakang berpunca daripada tekanan yang kuat ke atas tulang belakang dan akan hilang selepas beberapa minggu. Ia disebut sebagai sakit belakang biasa.

Slipped disc bukanlah keadaan yang sangat kerap berlaku jika dibandingkan dengan punca sakit belakang yang lain dan ia mungkin lebih serius berbanding sakit biasa.

Apa itu slipped disc/ gelinciran cakera?

Tulang belakang manusia terdiri daripada 26 tulang bermula dari leher hingga ke pinggul. Antara tulang ini terdapat cakera atau disc yang berfungsi membantu pergerakan tulang belakang dengan menyerap tekanan serta mengelakkan tulang bergeser antara satu sama lain yang boleh menyebabkan rasa sakit.

Cakera tersebut mempunyai dua bahagian iaitu bahagian dalam yang lembut dan bahagian keras di luar. Slipped disc berlaku apabila bahagian luar menjadi lemah atau koyak menyebabkan bahagian dalam tergelincir keluar. Rasa sakit berlaku apabila cakera tersebut menekan urat saraf berhampiran. Sakit juga mungkin disebabkan oleh dua tulang belakang yang bergeser antara satu sama lain.

Sakit belakang menjalar

Kebiasaannya, mereka yang mengalami slipped disc akan mengadu sakit belakang yang menjalar ke bahagian belakang punggung, paha, dan kadangkala betis. Dalam kes yang lebih teruk, mereka mungkin mengalami lemah otot dan rasa kebas pada sebelah atau kedua-dua belah kaki.

Ada juga kes di mana individu terbabit tidak dapat menahan air kencing dan najis. Keadaan seperti ini memerlukan pembedahan disebabkan tekanan yang serius ke atas urat saraf.

Jika anda melakukan kerja-kerja fizikal yang berat atau terlibat dalam sebarang kemalangan dan mengalami rasa sakit belakang seperti yang disebutkan di atas, mendapatkan nasihat perubatan ialah jalan yang paling selamat terutamanya jika sakit tersebut tidak hilang selepas sebulan.

Slipped disc boleh diuruskan dengan baik jika rawatan awal diberikan. Jika bertangguh, urat saraf yang terbabit mungkin akan mengalami kecederaan yang lebih serius.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sakit Bahagian Bawah Belakang

    Apa itu sakit bahagian bawah belakang?  Sakit bahagian bawah belakang adalah pengalaman yang cukup universal – hampir semua orang pernah merasainya dalam kehidupan. Bahagian bawah belakang – bermula ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Rasa Sakit Paling Kerap Berlaku Disebabkan Penuaan

    Jika anda mengalami rasa sakit, anda tidak berseorangan. Hampir semua orang pernah mengalaminya dan ia sebenarnya merupakan sebahagian daripada proses penuaan yang berlaku. Jika mesin atau barang yang anda beli ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Slipped Disc: Pastikan Postur Badan Anda Betul

    Jika anda selalu mengalami sakit belakang, cuba perhatikan bagaimana postur badan anda. Bagi mereka yang bekerja di dalam pejabat dan duduk menghadap komputer sepanjang hari, postur badan yang salah boleh menyumbang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Slipped Disc: Apakah Rawatannya?

    Apabila disc atau cakera di antara tulang belakang tergelincir keluar, ia berpotensi menekan urat saraf berhampiran sehingga menyebabkan rasa sakit serta boleh mengganggu fungsi urat saraf terbabit. Keadaan ini ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Artikel lain untuk anda

    sakit bahu

    Sakit Bahu? Ini Penyebab Dan Cara Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 13/12/2019

    Jangan Selalu Ambil Painkiller Kalau Sakit Belakang atau Lenguh-lenguh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/09/2019
    kesakitan kronik

    Selalu Lenguh di Bahagian Belakang Badan? Ini Mungkin Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/09/2019
    sakit belakang

    Sakit Belakang? Posisi Tidur Anda Mungkin Memainkan Peranan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 29/03/2019