Gangguan Muskuloskeletal Akibat Bebanan Kerja

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Gangguan muskuloskeletal (MSD) adalah keadaan yang mempengaruhi saraf, tendon, otot dan struktur sokongan seperti cakera di belakang anda.Ia berpunca daripada satu atau lebih tisu-tisu yang perlu bekerja keras daripada kemampuannya.

Faktor risiko MSD

Seseorang terdedah kepada faktor risiko MSD adalah dengan berasa keletihan pada mulanya. Apabila keletihn mengatasi sistem pemulihan tubuh seseorang, dia akan mengalami ketidakseimbangan muskuloskeletal. Dari semasa ke semasa, apabila keletiha terus berkembang dan ketidakseimbangan muskuloskeletal berterusan, gangguan muskuloskeletal akan berkembang.

Selain itu, keadaan MSD juga mungkin termasuk:

  • Terseliuh dan ketegangan otot, ligamen dan tendon
  • Kecederaan belakang termasuk kerosakan pada otot, tendon, ligamen, cakera tulang belakang, sendi dan tulang
  • Kecederaan atau kemerosotan sendi dan tulang, termasuk kecederaan pada bahu, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut, pergelangan kaki , tangan dan kaki
  • Kecederaan atau pemampatan saraf seperti sindrom carpal tunnel
  • Gangguan otot dan vaskular akibat getaran lengan
  • Hernia tisu lembut
  • Kesakitan kronik

4 gangguan muskuloskeletal lazim berlaku

Individu yang bekerja dalan setiap industri daripada industri pembuatan hingga ke restoran, dan juga kakitangan hotel berdepan dengan risiko MSD. Mengenal pasti dan merawat MSD pada peringkat awal atau mencegahnya boleh memastikan seseorang bekerja tanpa sebarang kesakitan.

Berikut MSD yang sering menyerang seseorang:

1. Sindrom Carpal Tunnel

Sindrom Carpal Tunnel adalah MSD yang menjejaskan tangan akibat tekanan pada saraf median yang mengawal pergerakan dan rasa/deria ibu jari dan tiga jari pertama. Ia berlaku disebabkan oleh pembengkakan atau apa-apa yang menyebabkan carpal tunnel lebih kecil.

Simptom

  • Kebas di pergelangan tangan, lengan, atau tangan pada waktu malam
  • Jari kaku pada waktu pagi selepas bangun
  • Sakit atau rasa kebas yang meningkat apabila menggunakan pergelangan tangan atau tangan
  • Kesakitan antara pergelangan tangan dan siku
  • Kebas kesemutan yang berlaku sekali-sekali

Pencegahan

  • Rehat seketika apabila perlu
  • Rehatkan cengkaman anda
  • Gunakan postur yang betul
  • Kekalkan kekuatan otot pergelangan tangan, tangan dan jari anda

2. Tendinitis

Ia adalah keadaan di mana tendon meradang akibat penggunaan yang berlebihan. Tendinitis yang teruk boleh menyebabkan tendon pecah. Beberapa jenis tendinitis termasuk siku tenis (tennis elbow), bahu perenang (swimmer’s shoulder), dan lutut pelompat (jumper’s knee).

Simptom

  • Ngilu beransur-ansur atau berlaku secara tiba-tiba
  • Kehilangan pergerakan sendi
  • Pembengkakaan di kawasan terjejas

Pencegahan

  • Lakukan regangan sebelum memulakan aktiviti lasak
  • Rehat seketika atau tukar tugasan
  • Bersenam meningkatkan kekuatan otot

3. Ketegangan tulang belakang

Keadaan ini berlaku apabila otot belakang meregang terlalu jauh akibat penuaan fizikal yang melampau, jatuh, postur yang tidak sepatutnya, lenturan berulang kali, mengangkat objek berat atau duduk pada kedudukan sama dalam tempoh yang panjang.

Simptom

  • Kaku bahagian belakang
  • Kesakitan hingga ke kaki
  • Kesakitan mencucuk
  • Sakit otot

Pencegahan

  • Bersenam dan membina kekuatan otot
  • Duduk dengan betul
  • Mengangkat dengan kaki, bukannya belakang anda

4. Rotator Cuff Tear

Ia berlaku apabila tendon sama ada secara separuh atau sepenuhnya terputus disebabkan oleh tindakan secara tiba-tiba seperti terjatuh atau mengangkat sesuatu yang berat, atau dari semasa ke semasa ia haus dan terkoyak.

Simptom

  • Kesakitan bahu yang mendalam
  • Ketidakupayaan untuk tidur akibat bahu terjejas
  • Kelemahan pada lengan

Pencegahan

  • Regangkan bahu setiap hari
  • Regangkan otot bahu dengan senaman

Oleh itu, dengan mengetahui keadaan MSD dan pencegahnnya dengan lebih awal akan menurunkan peratusan risiko mengalaminya dan membantu anda mengelakkan daripada kecederaan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan