Galakkan Kanak-kanak Menjadi Aktif

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 mins read

Melatih anak untuk aktif secara fizikal adalah cabaran dalam era teknologi kini. Pada hari ini, kanak-kanak meluangkan lebih banyak masa untuk aktiviti sedentari seperti menonton televisyen, bermain game, menggunakan ipad, ataupun melayari internet. Tambahan pula, terlalu banyak belajar juga merupakan salah satu sebab yang mengurangkan aktiviti fizikal. Sebagai ibu bapa, kita mesti menggalakkan anak-anak kita untuk menjadi aktif.

Kenapa kanak-kanak perlu aktif?

Jika anak anda aktif, tubuh badan mereka akan sentiasa sihat dan boleh melaksanakan tugas-tugas normal. Sesetengah kebaikan anak aktif adalah seperti di bawah:

  • Mempunyai otot dan tulang yang kuat
  • Mendapat berat badan yang baik
  • Dapat mengelakkan risiko diabetes jenis 2
  • Tidur lena
  • Penampilan yang bagus

Melakukan aktiviti fizikal juga boleh membuatkan anak anda bermotivasi. Ia boleh membina keyakinan untuk setiap lingkungan umur. Anak anda boleh mendapat banyak manfaat apabila selalu melakukan senaman, tetapi anda boleh mendorong anak dengan melakukan sesuatu seperti di bawah.

  • Pilih aktiviti yang sesuai untuk anak anda mengikut umur, karakter, dan kegemaran mereka.
  • Cipta banyak peluang untuk anak anda menjadi aktif.
  • Jadikan sesi aktiviti sesuatu yang menyeronokkan.

Bagaimana untuk mengelaskan aktiviti mengikut umur?

Kita boleh mengelaskan aktiviti kepada tiga jenis kategori utama:

Prasekolah

Kanak-kanak yang tergolong dalam kumpulan ini perlu melakukan mainan aktif beberapa kali sehari. Mereka perlu dilatih dengan kemahiran motor penting seperti menendang, membaling bola, bermain tag, melompat ataupun menunggang dan berlari. Hampir semua kanak-kanak prasekolah tidak memahami peraturan yang kompleks, memberikan sepenuh perhatian, skil, dan juga kordinasi yang diperlukan dalam permainan sukan. Jadi, ketika ini anda perlu mengajar dahulu mereka tentang cara bermain, dan biarkan mereka mengembangkan kemahiran asas mereka.

Sewaktu sekolah 

Kanak-kanak dari usia 6 hingga 12 tahun termasuk dalam golongan ini. Mereka perlukan sejam untuk melakukan aktiviti fizikal dan bersenam setiap hari. Oleh sebab mereka akan mengambil tahu tentang apa yang mereka akan lakukan, jadi menjadi cabaran untuk ibu bapa mencari aktiviti fizikal yang seronok untuk anak anda dan dalam masa yang sama mereka berminat melakukannya. Sesetengah aktiviti yang memerlukan bantuan untuk anak anda memilih adalah besbol, bola keranjang, seni pertahanan diri, berbasikal dan lain-lain.

Remaja

Sama seperti kanak-kanak, remaja juga memerlukan satu jam setiap hari untuk melakukan senaman dan bermain. Golongan ini mempunyai lebih pilihan daripada sukan sekolah ataupun selepas-sekolah. Ramai juga remaja yang aktif menggemari yoga ataupun sukan papan luncur. Akan tetapi, anda perlu ingat bahawa aktiviti fizikal perlu dirancang dengan baik untuk mendapatkan matlamat terbaik.

Penting untuk mencipta suasana yang selesa buat anak remaja anda. Anda boleh menyediakan pengangkutan atau peralatan yang perlu untuk mereka. Untuk sesetengah aktiviti, pakaian dan kasut yang sesuai boleh membantu anak anda berasa yakin melakukan aktiviti seperti berbasikal, berenang ataupun semasa bermain gim.

Apapun personaliti kesihatan anak anda, setiap kanak-kanak boleh menjadi sihat fizikal. Ibu bapa perlu mengekalkan sikap yang positif dalam membantu kanak-kanak. Jika anda pupuk tabiat ini lebih awal, anak anda akan dapat manfaat daripada aktiviti yang mereka lakukan ini dengan menjadikannya sebagai rutin harian mereka.

Hello Health Group  tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nak Bermesra Dengan Pasangan Tapi Takut Hamil? Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Mengandung

    Kepada wanita di luar sana yang mungkin keliru adakah anda boleh hamil dengan melakukan aktiviti hubungan seks yang tertentu, artikel ini akan bantu anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 07/07/2020 . 3 mins read

    Nak Jaga Miss V, Bukan Hanya Kena Cuci, Tapi Ini Ada 8 Tip Pastikan Faraj Sihat & Tak Berbau!

    Adakah anda pasti selama ini cara menjaga Miss V anda adalah betul? Sebenarnya, ada sains di sebalik cara anda cuci kemaluan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/07/2020 . 3 mins read

    AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

    Anda pernah tak terlihat akan rambut halus pada tubuh bayi baru lahir? Itulah rambut lanugo. Bahaya ke rambut ni? Ini penerangannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 07/07/2020 . 3 mins read

    Ibu Hamil Mengidam Makan Paru Dan Hati Lembu? Nanti Dulu! Ada Risiko Pada Bayi

    Alahai kesian para ibu hamil yang mengidam nak makan itu ini! Tetapi, tak semua boleh ya ibu! Bayi berpotensi cacat sebab makanan? Betul ke, jom tengok!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 07/07/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    penyakit hawar

    Terbaru! Lagi Wabak Hawar Bubonik Muncul Dari China, Punca Akibat Makan Daging Haiwan Marmot!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read
    hidrosefalus

    Hidrosefalus: Kepala Besar Akibat Lebihan Cecair dalam Otak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 2 mins read
    Trombofilia

    Trombofilia: Pembekuan Darah yang Lebih Mudah daripada Biasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 2 mins read
    zakar bengkok

    Zakar Bengkok Boleh Kembali Lurus? Nak Tahu Mustahil Atau Tidak, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/07/2020 . 3 mins read