Cacar Air: Cegah Anak Anda Dengan Vaksin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 10/10/2018 . 2 minit bacaan

Cacar air atau chickenpox adalah penyakit berjangkit yang kerap berlaku khususnya dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Ia disebabkan oleh sejenis virus bernama varicella-zoster (VZV).

Apakah itu vaksin cacar air?

Vaksin cacar air atau varicella adalah cara terbaik untuk mencegah diri dan anak anda daripada dijangkiti virus varicella-zoster. Diambil dalam 2 dos, ia memberikan sehingga 90 peratus perlindungan. Vaksin ini dihasilkan daripada virus hidup yang telah dilemahkan.

Virus yang telah dilemahkan tidak menyebabkan penerima vaksin jatuh sakit. Ia dimasukkan ke dalam badan untuk merangsang sistem imun. Rangsangan ini menghasilkan antibodi yang akan melindungi anda daripada jangkitan virus cacar air seumur hidup.

Masih ada peratusan kecil dalam kalangan mereka yang menerima vaksin mendapat jangkitan. Namun, jangkitan yang dialaminya adalah lebih ringan dan proses pemulihan berlaku dengan lebih segera.

Mengapa vaksin ini diperlukan?

Kebanyakan kes cacar air menyebabkan simptom yang agak ringan dan tidak terlalu parah. Simptom kebiasaannya hilang dalam tempoh 5 hingga 10 hari. Namun dalam kes tertentu, ia boleh menyebabkan komplikasi serius sehingga boleh mengancam nyawa.

Golongan paling berisiko adalah bayi berumur bawah 2 tahun, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah.

Antara sebab lain untuk mendapatkan vaksin adalah penyakit cacar air ini sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung atau di udara melalui bersin dan batuk. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang menghidap cacar air perlu diasingkan daripada sekolah atau tempat awam seperti tadika dan rumah jagaan.

Meskipun bukan satu penyakit yang serius, ia masih menyebabkan ketidakselesaan, demam dan gatal-gatal dalam tempoh sehingga 10 hari. Anda juga mungkin terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anak.

Tidak wajib tetapi sangat digalakkan

Vaksin varicella tidak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun, ia bukanlah bermakna bahawa ia tidak penting.

Selain mengelakkan potensi risiko yang ada, vaksin adalah langkah terbaik dan paling menjimatkan duit. 2 suntikan vaksin varicella yang berharga sekitar RM200 dapat menjimatkan duit rawatan dan mungkin dapat menyelamatkan hari cuti anda.

Dapatkan vaksin varicella untuk anak anda hari ini!

Hello Heath Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dah Sembuh Dari Jangkitan COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Faham Agar Tak Lagi Bimbang

    Pasti anda ingin mengetahui maksud yang dikatakan sebagai sembuh jangkitan COVID-19, bukan? Berikut 7 jawapan berkaitan proses pemulihan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 29/04/2020 . 4 minit bacaan

    8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

    Tidak ramai yang sedar akan kepentingan vaksin bagi virus influenza semasa musim wabak. Artikel ini melampirkan 8 soalan lazim berkenaan dengannya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Suntikan vaksin melindungi anda daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ketahui 10 jenis vaksin bayi dan orang dewasa yang boleh anda ambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/04/2020 . 5 minit bacaan

    Kaum Adam, Ini Senarai LENGKAP 21 Pemeriksaan Kesihatan & Vaksin Perlu Buat!

    Bukan wanita sahaja yang perlu kerap berjumpa doktor, orang lelaki juga perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengambil imunisasi badan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 14/04/2020 . 5 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    vaksin corona

    COVID-19 Di US Makin Kritikal, Bilion USD Dilabur Untuk Tempah Vaksin, Pelaburan Yang Berbaloi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin anak

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit berjangkit

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 21/05/2020 . 3 minit bacaan
    vaksin coronavirus

    Sediakan Berjuta Vaksin Walaupun Belum Ada Bukti Klinikal, Ini Cara UK Hadapi COVID-19

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 08/05/2020 . 3 minit bacaan