Bagaimana Perentak Jantung (Pacemaker) Berfungsi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/12/2019 . 2 mins read

Perentak jantung (pacemaker) merupakan alat elektronik yang membantu jantung berdetak dengan normal. Antara keperluan penggunaan perentak jantung adalah heart block dan bradikardia. Pendetak jantung memantau dan merawat rima jantung agar anda dapat menjalani kehidupan yang normal.

Apa itu Bradikardia?

Bradikardia adalah denyutan jantung yang perlahan, biasanya kurang daripada 60 denyutan seminit. Oleh kerana ruang jantung anda tidak mengalami kontraksi dengan kekerapan yang mencukupi  untuk membekalkan jumlah darah yang betul, tubuh anda tidak mendapat oksigen dan nutrien yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Akibatnya, anda mungkin berasa letih atau pening, mempunyai sesak nafas, atau pengsan.

Bagaimana Perentak Jantung (Pacemaker) Berfungsi

Alat perentak jantung mengandungi komputer dengan bateri kecil, yang biasanya dipasang dalam dada anda, dan satu atau dua wayar, yang disambungkan kepada alat tersebut. Perentak jantung terus memantau rima jantung anda dan menyampaikan tenaga elektrik (seperti yang diprogramkan oleh doktor anda) untuk mempercepatkan jantung anda jika ia berdegup terlalu perlahan.

Perentak jantung anda juga menyimpan maklumat mengenai jantung anda. Ini membolehkan doktor anda menilai terapi yang ditetapkan untuk rima jantung anda dan mengubah tetapan perentak jantung jika perlu.

Bateri Perentak Jantung (Pacemaker)

Seperti mana-mana bateri, bateri perentak jantung anda akan kehabisan. Disebabkan bateri tersebut terkandung dalam perentak jantung secara kekal, ia tidak boleh digantikan apabila tenaganya habis. Jadi jika bateri anda habis, seluruh alat perentak jantung anda perlu diganti. Hayat bateri ini bergantung pada tetapan program doktor anda dan berapa banyak terapi yang anda terima.

Perentak jantung anda akan selalu memeriksa baterinya sendiri. Di samping itu, doktor anda akan menyemak untuk melihat berapa banyak tenaga bateri anda yang tersisa pada setiap lawatan susulan.

Risiko Implantasi Perentak Jantung

Walaupun komplikasi jarang berlaku, penting untuk mengetahui bahawa terdapat risiko yang berkaitan dengan implantasi sebarang alat. Anda harus berbincang dengan doktor tentang risiko-risiko ini, termasuk yang berikut.

Beberapa risiko yang dihadapi semasa prosedur implan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:

  • Pendarahan
  • Pembentukan darah beku
  • Kerosakan kepada struktur berdekatan (tendon, otot, saraf)
  • Tertusuk pada paru-paru atau vena
  • Kerosakan jantung (penembusan atau kerosakan tisu)
  • Aritmia berbahaya
  • Serangan sakit jantung
  • Strok
  • Kematian

Beberapa risiko yang dihadapi selepas sistem perentak jantung dimasukkan termasuklah:

  • Anda mungkin mengalami jangkitan
  • Anda mungkin mengalami hakisan kulit berhampiran peranti anda
  • Perentak jantung boleh bergerak daripada tapak implan asal
  • Elektrod mungkin bergerak keluar dari jantung
  • Elektrod mungkin menyebabkan kesan kerengsaan atau merosakkan pada tisu sekitarnya, termasuk tisu jantung dan saraf
  • Anda mungkin menghadapi kesukaran menghadapi alat peranti yang diimplan
  • Alat ini mungkin dihalang daripada berdetak kerana gangguan elektromagnet
  • Anda mungkin menerima terapi perentak apabila tidak diperlukan
  • Alat ini mungkin tidak dapat mengesan atau merawat rima jantung anda dengan sewajarnya
  • Kerosakan alat boleh mengganggu terapi

Pastikan anda berbincang dengan doktor anda supaya anda memahami sepenuhnya semua risiko dan faedah yang berkaitan dengan implantasi sistem perentak jantung. Doktor anda akan bekerjasama dengan anda untuk menentukan jenis perentak jantung yang terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BELASUNGKAWA, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Semasa Tidur

    Seorang pelakon tanah air iaitu Ashraf Sinclair telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Takziah diucapkan buat ahli keluarga arwah.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Berita Tempatan 18/02/2020 . 4 mins read

    Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 5 Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

    Sukan tinju adalah aktiviti lasak yang sangat bagus untuk sistem kardiovaskular. Selain dapat melatih otot, terdapat banyak lagi manfaat sukan tinju!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 09/02/2020 . 3 mins read

    Pneumothorax

    Pneumothorax berlaku apabila terdapat aliran udara antara paru-paru dan dinding dada. Terdapat 2 jenis pneumothorax: Pneumothorax idiopatik dan sekunder

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 13/12/2019 . 3 mins read

    Jantung: Majoriti Suplemen Tidak Meningkatkan Kesihatan Keadaan Penyakit Ini

    Jantung adalah organ yang mengepam darah ke seluruh tubuh melalui sistem peredaran darah, membekalkan oksigen dan nutrien ke tisu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 23/07/2019 . 4 mins read

    Artikel lain untuk anda

    tanda serangan jantung

    Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada?! Ini 7 Cara Kesan Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 mins read
    jenis penyakit jantung

    Awasi Simptom Aritmia! Jantung Kadang Laju, Kadang Perlahan- Ini Mungkin Petanda Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 mins read
    mentega dan marjerin

    Nak Buat Kuih Raya Dengan Mentega Atau Marjerin? Mana Lebih Sihat? #StayAtHome

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 20/03/2020 . 3 mins read
    serangan jantung, sakit jantung

    Sakit Jantung! Apa Langkah Awal Yang Perlu Anda Buat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/02/2020 . 4 mins read