Apa yang Perlu Anda Tahu Mengenai Kanser Ovari

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Apakah itu kanser ovari?

Kanser ovari berasal berpunca daripada ovari. Kebanyakan masa, ia tidak didiagnosis sehingga sel-sel kanser telah merebak ke pelvis dan abdomen, yang menjadikannya sukar untuk dirawat, bahkan membawa maut.

Bagaimana untuk saya mengetahui jika saya menghidap kanser ovari?

Pada peringkat awal, kanser ovari sangat jarang menunjukkan sebarang simptom. Sekiranya ia menimbulkan simptom-simptom, ia biasanya disalah erti sebagai tanda keadaan tidak berbahaya seperti sembelit. Simptom biasa bagi kanser ovari termasuk:

  • Kembung perut.
  • Bengkak pada kawasan abdomen.
  • Cepat kenyang.
  • Kurang berat badan.
  • Ketidakselesaan pelvis.
  • Masalah dengan pergerakan usus.
  • Kekerapan kencing.

Sekiranya anda mengalami sebarang simptom yang membuatkan anda bimbang, pergi berjumpa doktor anda, terutamanya jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser ovari dan kanser payudara.

Bagaimana untuk mendiagnosis kanser ovari?

Anda perlu melakukan pemeriksaan fizikal di mana doktor anda akan memeriksa kawasan pelvik anda. Doktor anda juga perlukan ujian pengimejan, ujian darah mahupun biopsi untuk diagnosis yang tepat.

Apakah pilihan rawatan bagi kanser ovari?

Bergantung pada peringkat kanser ovari anda ketika didiagnos, pilihan rawatan anda mungkin berbeza-beza.

Terdapat 4 peringkat kanser ovari:

  • Peringkat 1: Kanser terhad pada 2 ovari.
  • Peringkat 2: Sel kanser telah merebak ke kawasan pelvik lain.
  • Peringkat 3: Sel kanser telah merebak ke kawasan abdomen.
  • Peringkat 4: Sel kanser telah merebak ke luar kawasan pelvik dan abdomen.

Pilihan rawatan termasuk pembedahan dan kemoterapi.

  • Pembedahan melibatkan penyingkiran kedua ovari, tiub falopian, uterus dan mana-mana kawasan sekitar yang terdapat sel kanser. Sekiranya anda didiagnos kanser pada peringkat awal, anda mungkin perlu membuang sahaja ovari dan tiub falopian yang terjejas. Anda masih mampu mendapat anak selepas itu.
  • Kemoterapi diperlukan selepas pembedahan bagi membuang sebarang lebihan sel kanser. Ubatan kemoterapi boleh diberikan melalui intravena atau secara terus ke dalam ruang abdomen atau keduanya. Wanita yang menghidap kanser ovari lanjutan memerlukan kemoterapi sebagai rawatan permulaan.

Menghadapi kanser ovari

Didiagnos dengan kanser ovari mungkin salah satu pengalaman paling dahsyat dalam hidup anda. Adalah penting bagi anda untuk mencari seseorang yang anda percayai untuk membicarakan tentangnya. Sekiranya anda tidak selesa berkongsi dengan keluarga atau rakan anda, cari kumpulan sokongan di mana anda boleh bertemu dan berbincang dengan orang yang memahami apa yang sedang anda hadapi. Melawan kanser sangat meletihkan. Anda perlu membiarkan orang lain membantu anda dengan apa cara yang mereka boleh. Di samping itu, ia membantu untuk memastikan matlamat anda realistik supaya anda tidak hanyut. Akhirnya, cuba yang terbaik untuk berpegang kepada diet yang sihat, dan dapatkan rehat yang cukup untuk menguruskan tekanan serta keletihan yang datang dengan rawatan kanser.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mac 11, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 28, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut