Anaplasmosis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date September 13, 2019

Ketahui asasnya

Apakah itu anaplasmosis?

Anaplasmosis, juga dikenali dengan penyakit Ehrlichiosis, iaitu satu penyakit daripada anjing, binatang ternakan, biri-biri, kambing, dan kuda. Anaplasmosis dipindahkan ke manusia melalui gigitan kutu, HE sekarang dikenali anaplasmosis, yang pertama kalinya dijumpai pada 1994.

Terdapat dua (2) jenis penyakit yang penting iaitu:

  • Human monocytic ehrliciosis (HME)
  • Human granulocytic ehrliciosis (HGE)

Bakteria Ehrlichia chaffeensis mengakibatkan HME manakala HGE disebabkan oleh bakteria anaplasma phagocytophilum.

Apakah kebarangkalian anaplasmosis?

Anaplasmosis biasanya berlaku kepada golongan tua. Purata umur penghidap anaplasmosis ialah 67 tahun. Ia boleh menjangkiti pesakit tidak mengira  usia dan jantina. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom anaplasmosis?

Selepas digigit, selepas satu ke dua minggu akan berlalu tanpa sebarang simptom kelihatan. Kemudian, pesakit akan mempunyai demam yang tiba-tiba dengan sakit kepala, sakit otot, kedinginan, dan lemah tubuh badan. Loya, muntah, batuk, cirit-birit, dan hilang selera juga berlaku.

Simptom tersebut boleh menjadi dikelirukan dengan simptom selesema.

Mungkin terdapat simptom atau tanda yang tidak dinyatakan. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang tanda tersebut, sila berhubung dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

Simptom pertama anaplasmosis biasanya bermula dalam satu hingga dua minggu selepas gigitan kutu yang dijangkiti. Gigitan kutu biasanya tidak sakit, dan sesetengah pesakit yang mempunyai anaplasmosis tidak mengingati sebarang gigitan.

Jika anda mempunyai sebarang tanda dan simptom yang dinyatakan atau mempunyai sebarang soalan, sila berhubung dengan doktor anda.

Ketahui puncanya

Apakah punca berlakunya anaplasmosis?

Anaplasmosis dipindahkan kepada manusia melalui gigitan kutu. Kutu memindahkan A.Phagocytophilum kepada manusia melalui gigitan. Kutu ini adalah kutu yang mempunyai kaki berwarna hitam bernama Ixodes scapularis dan Ixodes pacifus.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap anaplasmosis?

Terdapat banyak faktor risiko terhadap anaplasmosis, seperti berada di luar ketika musim panas sekiranya anda tinggal atau melawat kawasan yang mempunyai jumlah kutu yang banyak. Populasi kutu paling banyak adalah ketika musim bunga dan panas.

Memahami diagnosis dan rawatannya

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah anaplasmosis didiagnosis?

Selepas mendapatkan sejarah kesihatan yang sempurna dan pemeriksaan fizikal, untuk mendapatkan diagnosis, doktor akan menjalankan ujian darah. Ini termasuklah kiraan sel darah penuh, ujian fungsi buah pinggang dan hati, dan ujian khas seperti reaksi rantai polimerase (PCR).

Ujian lain yang membantu mengecualikan penyakit yang menyerupai anaplasmosis mungkin diperlukan. Penyakit tersebut adalah penyakit Lyme, mononucleosis, kanser darah, hepatitis viral, keradangan pada duktus hempedu, dan community-acquired pneumonia.

Sekiranya terdapat tanda atau simptom neurologi, doktor mungkin akan menjalankan punktur lumbar untuk memastikan tiada meningitis (keradangan pada lapisan luar otak). Semasa punktur lumbar, doktor akan memasukkan jarum ke dalam koluma spinal melalui kawasan bawah belakang untuk mendapatkan cecair spinal.

Bagaimanakah anaplasmosis dirawat?

Antibiotik akan diberikan dengan segera sekiranya penyakit tersebut ialah anaplasmosis. Anaplasmosis boleh menjadi penyakit yang berbahaya yang menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan betul, walaupun sebelum ini pesakit itu sihat.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani anaplasmosis?

Langkah di bawah ini membantu anda menangani anaplasmosis:

  • Berjumpa doktor jika anda digigit kutu dan selepas itu demam, atau mempunyai sakit kepala dengan demam, loya, dan muntah
  • Beringat bahawa simptom boleh terjadi sehingga dua bulan tanpa rawatan
  • Beringat untuk memakai pakaian yang berwarna cerah semasa berada di kawasan yang dipenuhi kutu. Anda boleh melihat kutu pada pakaian anda

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Ejakulasi Pun Bahaya Buat Lelaki, Lagi-lagi Jika Selalu Pancut Disebabkan Onani

    Jika saya kerap melancap, adakah terdapat sebarang kesan melancap yang buruk boleh berlaku? Bagaimana pula dengan manfaatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Dah Lama Sangat Cuti, Anak Ingat Lagi Ke Buku? Ini Kaedah ‘Fun’ Belajar Di Rumah Sepanjang Musim PKP

    Anak-anak mudah menjadi bosan dan hilang fokus dalam pembelajaran. Oleh itu, apa kata gunakan kaedah pembelajaran online untuk tarik minat pelajar sekolah

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Ya, AEFI Pada Vaksin Memang Wujud, Tapi Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kesan Sampingan Vaksin

    Vaksin merupakan satu bentuk rawatan pencegahan yang berkesan untuk menghindari masalah penyakit berjangkit. Namun, ia juga mempunyai kesan sampingan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Cyst Ovari Ancaman Setiap Wanita, Ini 11 Tanda Bahaya Jika Alaminya

    Selalu rasa sakit bawah perut? Anda mungking mengalami sista ovari. Jom ketahui simptom dan cara kecutkan cyst yang boleh dicuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

    Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Ini 5 Jenis Masalah Kulit Yang Sering Berlaku Jika Terlalu Lama Pakai Topeng Muka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020
    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 21, 2020