Anak Disahkan Menghidap Jantung Berlubang, Luluh Hati Seorang Ibu Untuk Berterus Terang…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/03/2020 . 2 minit bacaan

Menjadi seorang ibu atau bapa adalah satu anugerah yang tidak mampu dibeli oleh wang ringgit. Apabila strip ujian kehamilan menunjukkan dua garisan positif, dunia seolah-olah bertukar menjadi syurga.

Kegembiraan tersebut tidak mampu digambarkan, hanya yang melaluinya sahaja tahu.

Di sebalik perasaan itu, keadaan berubah menjadi hiba apabila ujian ultrasound menunjukkan bahawa bayi di dalam perut mempunyai penyakit jantung berlubang.

Kesedihan itu bagai tidak mampu disorokkan. Lebih-lebih lagi apabila ahli keluarga dan kenalan tidak berhenti bertanyakan tentang keadaan bayi.

Anak adalah anugerah

Walau apa pun keadaannya, masih ramai pasangan di luar sana yang tidak mampu mendapatkan anak.

Perkara pertama yang perlu ditanamkan di dalam hati dan minda adalah bersyukur atas kurniaan berharga ini.

Tidak perlu membandingkan anak anda dengan anak orang lain. Terima seadanya apa yang ada pada anak anda.

Setiap anak adalah istimewa mengikut cara yang berbeza.

Anda mungkin tidak keseorangan. Penyakit jantung berlubang atau congenital heart disease (CHD) agak kerap berlaku. Menurut Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, satu daripada 100 bayi yang lahir di negara ini mengalami masalah jantung.

Berterus terang

Tiada apa yang perlu disembunyikan. Anda harus berterus-terang dengan ahli keluarga. Jika rakan anda bertanya, katakan sahaja perkara sebenar. Mereka ini boleh menjadi sistem sokongan dari sudut emosi dan mungkin kewangan jika perlu.

Penularan gambar-gambar bayi di media sosial menjadikan ramai malu apabila anaknya mempunyai sedikit kekurangan.

Oleh sebab itu, budaya berkongsi gambar anak di media sosial harus dikurangkan.

Selain mengelakkan orang lain cemburu, ia juga dapat mengelakkan kes-kes culik dan pedofilia.

Jika perlukan bantuan atau sokongan, jangan berasa segan untuk mendapatkannya daripada orang sekeliling.

Apabila anda membuka hati anda untuk orang lain membantu, ramai orang yang lebih daripada rela untuk sedia menyumbang.

Masa depan kini lebih terjamin

Ibu bapa yang mempunyai anak jantung berlubang mungkin boleh lebih tenang dan menarik nafas lega dengan perkembangan teknologi perubatan pada hari ini.

Pelbagai jenis rawatan tersedia di Institut Jantung Negara (IJN) dan hospital-hospital kerajaan mahupun swasta.

Sesetengah jenis jantung berlubang tidak memerlukan apa-apa rawatan dan akan tertutup dengan sendiri. Bagi kes yang lebih parah pembedahan mungkin diperlukan.

Malah, kini banyak pembedahan boleh dilakukan tanpa perlu membelah dada bayi tetapi hanya menggunakan alatan khas atau kateter melalui prosedur yang disebut sebagai catheterisation.

Mempunyai anak yang sakit bukanlah penyebab untuk membiarkan mereka duduk di dalam rumah dan bergantung selamanya kepada anda.

Berikan mereka peluang dan ruang untuk membina keyakinan diri dan hidup seperti biasa di dalam masyarakat. Cara anda melayan mereka memberikan impak besar dalam membina keupayaan untuk menghadapi penyakit tersebut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Senaman Ringan Dapat Bantu Murid Lebih Cepat Belajar & Sentiasa Fokus Dalam Kelas!

    Tak sangka rupa-rupanya senaman ringan memberi banyak manfaat kepada kanak-kanak terutama dapat membuatkan mereka lebih fokus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 14/07/2020 . 2 minit bacaan

    Jangan Terkejut, Terlebih Minum Air Boleh Jadi Punca Mabuk Yang Bawa Maut!

    Hmmm...sebenarnya berapa keperluan air bagi seseorang individu? Bagaimana kalau terlebih minum air? Adakah ia boleh mendatangkan bahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 14/07/2020 . 2 minit bacaan

    Jangan Ambil Mudah Isu Gangguan Seksual, Ia Mungkin Akan Sebabkan Perkara Ini…

    Dunia ini bukan tempat yang selamat. Ini kerana terdapat banyak kesan gangguan seksual terhadap mangsa. Sila klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 13/07/2020 . 3 minit bacaan

    Daddy Jangan Menggelabah Bila Isteri Sudah Sakit Hendak Bersalin, Ikut Tip Ini!

    Ikuti 7 tip mudah dari kami kepada bakal bapa sebagai persiapan sewaktu isteri bersalin. Biar nanti tiba saat itu, bapa lebih bersedia!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 13/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    anak sakit

    Tunda Vaksinasi Si Kecil Semasa COVID-19 Bukan Idea Yang Bijak! Ikut Panduan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    punca berdengkur

    Terlalu Penat Kerja Boleh Sebabkan Berdengkur Pada Waktu Malam?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    ketulan di leher

    Ada Ketulan Tiba-Tiba Muncul Pada Leher! Adakah Ini Tanda Kanser?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan
    regangan pagi

    Rasa Lesu Ketika Bangun Tidur? Lakukan Senaman Regangan Ini Untuk Kekal Segar, 10 Minit Saja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/07/2020 . 3 minit bacaan