Anestesia: Jenis-jenis Ubat Bius yang Patut Anda Ketahui

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pelbagai prosedur perubatan memerlukan penggunaan ubat bius atau anestesia. Ubat bius memang sangat diperlukan untuk melegakan kesakitan pesakit dalam proses tersebut. Tetapi dengan prosedur yang berbeza, ubat bius berbeza yang diperlukan. Oleh itu, anda patut belajar tentang jenis anestesia yang diperlukan.

Terdapat empat jenis utama ubat bius. Jenis yang digunakan bergantung kepada prosedur yang akan anda jalani, keadaan kesihatan, dan pilihan anda.

Anestesia setempat

Anestesia setempat (Local Anesthesia) adalah ubat yang disuntik berhampiran kawasan yang memerlukan rawatan. Ia mengurangkan kesakitan, walaupun deria rasa juga berkurangan. Ia biasanya dilakukan oleh doktor atau jururawat profesional. Selepas prosedur ini, anda tidak akan merasa sakit. Walau bagaimanapun, anda mungkin masih merasakan sentuhan tekanan. Anda boleh meminta doktor untuk memberikan ubat penenang untuk mengurangkan keresahan sewaktu proses tersebut.

Anestesia sebahagian

Prosedur ini (Regional Anesthesia) digunakan apabila pesakit memerlukan ubat bius pada bahagian yang besar atau bahagian dengan terlalu banyak saraf. Contohnya dalam pembedahan tangan. Ia memerlukan ubat bius dari ketiak untuk melumpuhkan seluruh saraf daripada ketiak ke telapak tangan.

Anestesia neuroksial

Apabila menggunakan prosedur ini, doktor akan menyuntik ubat bius ke akar saraf tulang belakang. Ia menyebabkan lumpuh bahagian yang lebih besar daripada anestesia sebahagian. Ubat bius epidural contohnya digunakan sewaktu bersalin atau untuk pembedahan besar di bahagian perut. Ubat bius spinal juga digunakan untuk prosedur melibatkan otot abdomen dan bahagian bawah seperti peha dan lutut.

Anda boleh membuat pilihan anda sendiri mengenai jenis ubat bius neuroksial yang anda mahukan bergantung pada prosedur yang akan anda hadapi. Dengan kedua-dua jenis ubat bius ini, anda hanya akan tidur dan tidak ingat apa-apa.

Anestesia am

Doktor atau jururawat akan menyuntik campuran ubat secara intravena untuk membuat anda tidak sedarkan diri dan tidak lagi merasa sakit. Doktor juga boleh mengesyorkan ubat pelalian otot semasa pembedahan. Prosedur ini biasanya dikaitkan dengan beberapa kesan sampingan seperti mual dan sakit kepala. Walau bagaimanapun, simptom ini boleh dikurangkan.

Kempat-empat proseder ini adalah kaedah utama bius untuk rawatan pembedahan yang biasa digunakan doktor di masa kini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda perlu menghubungi doktor anda untuk maklumat lanjut. Sentiasa berhati-hati sebelum mengambil sebarang ubat bius tanpa bantuan daripada kakitangan perubatan profesional.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Tarikh Reviu: Mac 19, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 28, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut