Rawatan Kegelisahan: Pilihan Yang Tersedia

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegelisahan adalah tindak balas semula jadi badan terhadap bahaya, isyarat automatik yang akan wujud apabila anda merasa terancam, di bawah tekanan, atau ketika berdepan situasi tertekan.

Gangguan kegelisahan yang berbeza memerlukan rejimen rawatan yang berbeza. Ada yang berfungsi untuk mencegah dan ada yang direka untuk menyembuhkan masalah.

Ubatan

Antidepresen

Antidepresen terutamanya selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs), digunakan secara meluas untuk merawat dan mencegah pelbagai gangguan kegelisahan. Contoh SSRI yang biasa digunakan untuk merawat keadaan kronik, termasuk:

  • Prozac ®
  • Zoloft®
  • Celexa®
  • Paxil®
  • Lexapro®;
  • Effexor® and Cymbalta®
  • Tofranil®

Ubatan ini perlu diambil setiap hari sama ada ketika merasa gelisah pada hari tersebut atau tidak, seperti yang telah ditetapkan oleh pakar perubatan.

Benzodiazepines

Jika mengalami kegelisahan akut (serangan panik), anda mungkin perlu mengambil ubat anti-kegelisahan. Antara kesan utama ubat anti-kegelisahan adalah untuk kelegaan segera yang dikenali sebagai benzodiazepines. Antaranya ialah:

  • Ativan®
  • Valium®
  • Librium®
  • Xanax®
  • Klonopin®
  • Buspar®

Terapi untuk kegelisahan

Psikoterapi, sama ada bersama ubatan atau tidak, sering dianggap sebagai aspek rawatan asas untuk gangguan kegelisahan umum.

Beberapa bentuk psikoterapi khusus telah dinyatakan dalam kajian penyelidikan sebagai bermanfaat untuk mengurangkan simptom GAD.

  • Psikoterapi psikodinamik
  • Terapi sokongan-ekspresif
  • Satu lagi bentuk psikoterapi yang dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif

Perubahan gaya hidup untuk mengurangkan kegelisahan

Bersenam setiap hari menjadi antara rawatan yang membantu merawat simptom kegelisahan. Dapatkan kadar denyutan jantung dalam lingkungan sasaran usia anda sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali bersenam. Cuba bentuk pernafasan yoga berikut:

  • Berbaring secara meniarap di tempat yang selesa
  • Bernafas secara perlahan menerusi hidung, gunakan diafragma anda untuk menyedut udara masuk ke dalam paru-paru sambil membenarkan perut anda untuk mengembang
  • Ketika menghembus nada, cuba terbalikkan proses: kempiskan abdomen ketika menghembuskan nafas secara perlahan dan lengkap
  • Ulangi untuk beberapa kali

Tip untuk mengendalikan kegelisahan

Apabila anda merasa tertekan atau gelisah, strategi ini akan membantu:

  • Ambil sedikit masa. Amalkan yoga, mendengar muzik, meditasi, dapatkan urutan, belajar teknik ketenangan. Keluar dari masalah dapat membantu anda mengosongkan kepala.
  • Makan makanan secara seimbang. Jangan melangkau waktu makan. Sentiasa simpan snek makanan yang sihat, memberikan tenaga dalam tangan.
  • Hadkan pengambilan alkohol dan kafein, yang boleh mencetuskan serangan panik dan memburukkan rasa kegelisahan.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi. Apabila tertekan, badan memerlukan rehat dan tidur tambahan.
  • Bersenam setiap hari dapat membantu anda merasa lebih baik dan mengekalkan kesihatan.
  • Tarik nafas secara mendalam. Menyedut dan menghembus nafas secara perlahan.
  • Kira sehingga 10 secara perlahan. Ulangi dan kira sehingga 20 jika perlu.
  • Lakukan yang terbaik. Daripada menyasarkan kesempurnaan, di mana adalah mustahil, berbangga dengan apa yang mampu anda capai.
  • Terima hakikat anda tidak boleh mengawal segalanya. Letakkan tekanan anda dalam perspektif. Adakah ia sesuatu yang amat buruk?
  • Berjenaka. Ketawa adalah cara yang terbaik.
  • Kekalkan sikap positif. Berusaha untuk menggantikan pemikiran negatif dengan sesuatu yang positif.
  • Bersosial. Menjadi sukarelawan atau mencari jalan untuk aktif dalam komuniti, yang akan membina perhubungan baru dan membantu untuk lari dari tekanan setiap hari.
  • Kenali apa yang mencetuskan kegelisahan anda. Adakah kerja, keluarga, sekolah atau sesuatu yang lain yang boleh anda kenal pasti? Catatkan apabila anda merasa tekanan atau cemas, dan cuba untuk cari corak gangguan.
  • Berkongsi. Beritahu rakan atau keluarga tentang apa yang anda rasai, dan benarkan mereka untuk membantu. Anda boleh dapatkan bantuan profesional seperti doktor atau ahli terapi.
  • Dapatkan bantuan secara dalam talian. Pelbagai program atau kelab sokongan yang dalam menawarkan bantuan bersesuaian dengan masalah yang anda hadapi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut