Apakah yang Perlu Tahu Mengenai Vaksin HPV

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Apakah itu HPV?

Salah satu virus yang paling popular merebak melalui hubungan seksual ialah papilomavirus human genital (HPV). Dijangka terdapat lebih kurang 40 jenis HPV, dan sudah tentu, semua ini merebak melalui hubungan seksual.

Kebanyakan jangkitan HPV tidak menunjukkan simptom, dan lebih cenderung untuk hilang dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, ramai orang mengambil berat mengenai virus ini kerana virus ini berpotensi besar untuk mengakibatkan kanser servik bagi wanita. Kanser servik boleh menyebabkan jumlah kematian yang ketara dalam kalangan wanita di seluruh dunia.

Akibat lain bagi HPV termasuk jenis kanser yang kurang popular bagi lelaki dan wanita – kanser penis, faraj, anus, dan lain-lain, contohnya – ketuat genitalia (dengan rawatan yang cukup) dan bahkan ketuat yang terletak pada bahagian atas saluran pernafasan. Sekali anda menghidapi jangkitan HPV, anda tidak boleh sembuh daripada virus ini lagi. Walau bagaimanapun, terdapat rawatan yang ada untuk keadaan yang disebabkan oleh jangkitan HPV.

Kenapakah vaksin HPV sangat penting?

Dijangkakan di Amerika Syarikat sahaja, lebih kurang 12,000 wanita telah didiagnosis dengan kanser servik, dan lebih kurang 4,000 wanita telah meninggal dunia akibat penyakit ini setiap tahun.

Vaksin HPV, vaksin tidak teraktif, mempunyai manfaat dalam melindungi pengguna daripada empat jenis HPV yang utama. Lebih kurang 70% kanser servik disebabkan oleh dua jenis ini, manakala 90% ketuat genitalia terjadi akibat daripada dua jenis yang lain. Vaksin HPV menawarkan pelindungan yang dipercayai sempurna. Walau bagaimanapun, oleh sebab vaksin ini tidak boleh melindungi anda daripada semua jenis HPV, saringan kanser servik masih lagi diperlukan.

Siapakah yang boleh menerima vaksin HPV?

Vaksinasi HPV disarankan kepada kanak-kanak perempuan berumur 11 dan 12 tahun. Kanak-kanak perempuan pada umur 9 tahun juga boleh diberi vaksin HPV. Kanak-kanak lelaki yang berumur 9 hingga 26 juga boleh mendapatkan vaksin HPV4 dalam tiga dos. Vaksin HPV4 biasa digunakan bagi mencegah kanak-kanak perempuan daripada ketuat genitalia.

Adakah wanita yang aktif seks mendapat manfaat daripada vaksin ini?

Perempuan disarankan agar mendapatkan vaksin ini sebelum mereka mula aktif dalam hubungan seksual dan telah terdedah kepada HPV. Adakah perempuan yang aktif dalam hubungan seksual akan mendapat manfaat daripada vaksin ini? Ya, sudah tertentu, tetapi mereka akan dapat kurang manfaat kerana perempuan yang aktif dalam hubungan seksual mungkin telah terdedah kepada beberapa jenis HPV yang mana merupakan tujuan vaksin ini. Walau bagaimanapun, jumlah wanita muda yang aktif dalam hubungan seksual, yang mana telah menerima vaksin ini, yang telah dijangkiti dengan semua jenis HPV adalah rendah. Ini menunjukkan bahawa vaksin ini masih boleh melindungi kebanyakan wanita.

Bolehkah wanita hamil menerima vaksin ini?

Wanita hamil tidak boleh menggunakan vaksin ini walaupun terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bayi tidak akan berhadapan dengan apa-apa risiko sekalipun. Walau bagaimanapun, sehingga kehamilan ini selesai, mereka tidak seharusnya mengambil sebarang dos vaksin HPV.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut