backup og meta

Anak Warisi Perangai Tantrum & Mengamuk Dari Ibu Ayah Yang Tak Boleh Kawal Sikap Marah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/04/2021

    Anak Warisi Perangai Tantrum & Mengamuk Dari Ibu Ayah Yang Tak Boleh Kawal Sikap Marah!

    Pasti anda pernah ditegur supaya mengawal kemarahan agar anak tidak terikut dengan perangai tersebut. Tetapi boleh ke sikap pemarah itu diwarisi anak-anak? Hello Doktor ada perinciannya.

    Jadi ikutan

    Mempunyai anak yang berusia antara 2 hingga 6 tahun merupakan tempoh penting dalam tumbersarannya. Ini kerana ia merupakan waktu kritikal yang akan membentuk sikap dan sifat anak. 

    Sejujurnya tingkah laku anak-anak terbentuk secara semula jadi dan juga melalui persekitaran. Ini melibatkan faktor berkaitan genetik serta pengalaman hidup yang dilalui oleh anak-anak sewaktu membesar. 

    Genetik yang diturunkan pada anak akan membentuk sifat dalam diri anak. Ditambah pula dengan keadaan persekitaran serta kehidupan yang dilalui. Jadi tidak mustahil jika ibu seorang yang garang dan bapa pula seorang yang baran, maka akan terbentuk anak yang akhirnya akan menjadi seorang individu pemarah dan baran.

    Sikap sebagai teladan

    Untuk membentuk sikap dan sifat positif dalam diri anak, ia sudah tentu harus dimulakan oleh ibu bapa itu sendiri. Berikut adalah beberapa cara yang boleh di amalkan:

    Berbicara 

    Cuba untuk luangkan masa bersama anak dan berbual. Pilihlah topik yang bersesuaian dengan pemikiran anak. Gunakan nada suara yang rendah dan lembut. Elakkan berbicara mengenai perkara yang membosankan. 

    Nasihat 

    Jika anak melakukan kesalahan, usah ditegur dengan cara memarahi atau menengking. Sebaliknya, gunakan cara yang berhemah. Jangan terus melenting. Ini kerana ia hanya memburukkan keadaan. 

    Percayalah, jika anda cuba untuk menasihati anak selepas memarahinya, teguran itu tidak akan didengar. Malahan kecenderungan untuk anak kembali melakukan kesalahan yang sama adalah tinggi. Jadi tegurlah dengan baik, okay? 

    Aktiviti 

    Biasanya kalau hujung minggu, apakah aktiviti yang anda selalu lakukan bersama anak-anak? Tak ada? Haaa…ini contoh yang tidak baik. Tahu tak, apabila anda meluangkan masa melakukan aktiviti bersama anak-anak, ia seperti anda sedang memberikan perhatian kepada mereka.

    Melakukan aktiviti bersama anak, secara tidak langsung dapat melatih pancaindera anak dan melahirkan rasa ingin tahu dalam diri anak. Sebagai contoh, jika anak gemarkan aktiviti seni, tak salah kalau anda tunjukkan bakat anda dalam melukis, mewarna atau mungkin menghasilkan kapal terbang kertas. Ini secara tidak langsung dapat mengasah kreativiti anak.

    Kawal kemarahan

    Adakalanya kita tidak dapat mengawal rasa marah. Namun, sebaiknya apabila di depan anak-anak, cuba untuk mengawal sedaya yang termampu. Ini adalah penting mengekalkan rasa hormat dalam diri anak.

    Jika ada perkara yang mungkin anda tidak sukai, seperti makanan yang tidak sedap, usah merungut di depan anak. Ini penting untuk mengajar anak erti bersyukur dan berterima kasih atas segala yang diperolehi.

    Dalam hubungan suami isteri, kita sudah tentu tidak dapat mengelak daripada berlakunya perselisihan faham. Walau bagaimanapun, jangan sesekali bergaduh di hadapan anak. Lakukan sebarang perbincangan di dalam ruang yang tertutup dan tidak dapat dilihat atau didengar anak-anak.

    Jadi cara yang terbaik adalah untuk mengawal kemarahan dan emosi anda. Ini kerana anda adalah contoh yang akan menjadi ikutan anak. Jangan biarkan anak membesar dan dipengaruhi dengan sikap dan tingkah laku yang tidak elok itu. 

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan