backup og meta

5 Tip Mengawal Emosi Dan Marah Sewaktu Berpuasa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 19/12/2019

    5 Tip Mengawal Emosi Dan Marah Sewaktu Berpuasa

    Ternyata memang susah untuk menahan emosi setiap hari, apatah lagi ketika sedang berpuasa. Pasti ada perkara yang membuatkan emosi meluap dan mulut ingin berkata yang tidak baik. Malangnya, salah satu syarat agar puasa dikatakan sempurna adalah dengan menahan emosi dan marah menggunakan kesabaran. Apakah tip mengawal emosi ketika berpuasa?

    5 Tip Mengawal Emosi Ketika Berpuasa

    1. Elakkan situasi yang boleh mencetuskan emosi

    Tip pertama ini memerlukan kepekaan dan kesedaran tentang kesan situasi tertentu. Contohnya, jika anda tahu kalau anda mudah  marah ketika dalam keadaan tergesa-gesa, sebaiknya anda elakkan situasi yang membuatkan anda beremosi.

    Contohnya, anda selalu merasa kesal apabila lewat ke pejabat. Seharusnya sepanjang bulan puasa anda keluar rumah 10-30 minit lebih awal bagi mengelakkan kelewatan yang mencetuskan emosi. Dengan perubahan kecil seperti ini, anda boleh mengelakkan situasi yang merangsang emosi dan puasa dapat berjalan dengan lancar.

    2. Jangan terlalu menganggap serius terhadap sesuatu perkara, kaitkan dengan jenaka

    Selama berpuasa, banyakkan bergurau. Gunakan jenaka atau gurauan untuk membantu anda menghadapi perkara yang kemungkinan boleh mencetuskan emosi. Elakkan juga bacaan gosip, dan masalah-masalah umum yang berkaitan dengan kebencian, agar ibadah puasa anda tetap sah tanpa terkesan dengan masalah emosi.

    3. Latih diri untuk kekal bertenang

    Melatih diri sendiri untuk tetap tenang, boleh menjadi salah satu tip mengawal emosi sewaktu berpuasa bagi yang panas baran. Pada mulanya, anda perlu mempraktikan latihan pernafasan, ketika merasakan ada perkara yang akan mencetuskan emosi. Lalu, anda boleh menghembus nafas dan mengatakan kata-kata ajaib untuk menstabilkan emosi seperti santai, tenang, rileks, atau sebutkan sahaja all is well. Anda juga boleh mengalihkan emosi dengan tidur atau mendengar muzik.

    4. Sukan

    Sukan nyatanya penting untuk menjaga kecergasan tubuh saat puasa. Selain itu, bersukan sewaktu berpuasa juga boleh menjadi salah satu cara untuk mengawal emosi dan marah yang keluar kerana sukan boleh membuang hormon stres di dalam badan. Maka, emosi dan amarah sewaktu berpuasa pun boleh sedikit sebanyak dikawal. Sewaktu berpuasa, anda boleh melakukan sukan ringan sebelum dan selepas waktu berbuka.

    5. Jangan mudah marah, jadilah orang yang pemaaf

    Sewaktu berpuasa, cara paling mudah agar emosi tidak meluap adalah dengan menjadi orang yang pemaaf. Ini adalah kerana, jika anda membiarkan amarah dan perasaan negatif lain menguasai diri, hal hal positif lain akan berkurang. Tidak jarang, sehari-hari atau bahkan di bulan puasa, anda akan menjadi orang yang moody dan menjengkelkan.

    Sebaiknya, tanamkan di fikiran anda bahawa menjadi orang pemaaf lebih baik menjadi orang yang emosional. Selain dapat mengelakkan anda daripada kesan buruk tertentu, dengan memaafkan anda juga boleh menambah pahala ibadah yang terjamin pada bulan penuh rahmat ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 19/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan