Minggu demi minggu

Penjagaan Bayi Bulan Ke-13

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pembesaran & Tingkah Laku

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Di umur 13 bulan, anak anda mungkin mengubah tabiat pemakanannya. Dia mungkin secara tiba-tiba menjadi memlilih dalam soal makanan. Ini mungkin kedengaran agak pelik tapi ia adalah normal. Ini adalah masa yang baik untuk mula meneroka jenis-jenis makanan yang berbeza atau memperkenalkan semula makanan lama yang tidak disukainya sebelum ini. Ini hanya menunjukkan bahawa deria rasanya sedang berkembang. Anda boleh mencuba rempah atau hidangan yang berbeza. Anda hanya perlu risau jika dia kehilangan berat badan dan mengalami simptom-simptom lain seperti demam atau cirit-birit. Ini boleh jadi disebabkan jangkitan yang menghilangkan selera makannya. Sila hubungi doktor jika ia berlaku.

Bukan sekadar tabiat pemakanan, tabiat tidur juga mungkin berubah. Anak anda mungkin dahulunya seorang yang kuat tidur dan secara tiba-tiba mula berjalan di tengah-tengah malam. Umur antara 12 ke 14 bulan, bayi mula bermimpi dan ia sebenarnya boleh membuat anak anda terkejut dan bangun serta menjerit. Anda harus menenangkannya dengan baring bersamannya sehingga dia tidur. Perkara ini akan hilang selepas beberapa ketika.

Apakah yang anak saya patut bersedia untuk lakukan?

Kadangkala, mempunyai anak yang memilih soal makanan boleh menjadi satu tekanan. Cuba untuk tidak memaksa anak anda untuk makan banyak. Tetapi biarkan seleranya menentukan berapa banyak makanan yang diambil. Walaupun anda tidak boleh mengawal berapa banyak anak anda makan, anda semestinya berkuasa menentukan apa yang boleh dimakan. Teruskan memberi pelbagai jenis makanan sihat di setiap waktu makan. Cuba untuk tidak membiarkan anak anda mengambil gula-gula dan makanan lain yang tidak sihat. Jangan risau! Selagi mana anak anda masih membesar, kemungkinan besar dia dalam keadaan yang sihat.

Tabiat tidur yang baik adalah penting untuk kegembiraan dan kesihatan anak anda. Tetapkan waktu tidur dan wujudkan satu rutin. Rutin waktu tidur termasuk waktu mandi, minum segelas susu, menggosok gigi dan cerita sebelum tidur. Anak anda mungkin menolak pada awalnya tetapi selepas beberapa minggu, dia akan menunggu cerita tersebut sebelum tidur.

Anda boleh membelikan kasut untuk anak anda, bukannya memakai stokin sebelum sebelum ini.

Temu Janji Doktor

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Anak anda berkemungkinan telah menjalani pemeriksaan umur 1 tahun pada bulan lepas. Jika anda tidak menetapkan jadual temu janji lain dengan doktor, bulan ini adalah waktu yang baik untuk melakukannya. Anda harus memberitahu doktor tentang sebarang perubahan pada diet, tabiat tidur dan tingkah laku anak anda.

Apa yang harus saya beritahu kepada doktor?

Terdapat beberapa makanan yang boleh menyebabkan alahan. Ini adalah sebab mengapa doktor berkemungkinan  menasihatkan anda untuk tunggu sehingga anak anda mencapai umur 1 tahun. Kini, anak anda sudah berumur 13 bulan. Anda boleh perlahan-lahan memberikan makan tersebut. Adalah penting untuk anda tahu bagaimana ingin memberikan makanan tersebut. Anda harus lakukan perkara berikut:

  • Ketahui makanan apa yang boleh menyebabkan alahan. Makanan ini termasuk telur, kacang, strawberi, madu, susu lembu dan tomato.
  • Mulakan sejenis makanan pada satu masa. Anda boleh memerhatikan apa-apa tindak balas dengan cara ini. Kebiasaannya anda akan memulakan makanan baru selepas 4-5 hari.
  • Tulis diari. Adalah penting untuk mengenal pasti sebarang tindak balas terhadap makanan tertentu. Ini mungkin merupakan tindak balas alahan terhadap makanan atau mungkin tidak. Anda boleh membawa diari makan tersebut kepada doktor untuk dievaluasi.

Apa yang diharapkan

Apa yang saya bimbangkan?

Anda mungkin bimbang tentang anak anda jatuh atau berlanggar dengan apa-apa objek. Jangan cuba untuk melindungi anak anda secara berlebihan. Mereka semestinya akan cedera dan luka. Ini adalah sebahagian dari hidup. Mereka akan belajar untuk lebih berhati-hati. Cara yang terbaik untuk membantu anak anda ialah dengan membiarkan mereka bermain dengan bebas. Ini akan membantu pembesarannya. Bermain dan jatuh akan membantu anak anda belajar tentang badan dan persekitaran mereka. Ia akan mengajar mereka bagaimana ingin bangun semula setelah jatuh.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Tarikh Reviu: 16/04/2018 | Kali terakhir kemaskini: 25/07/2019

Rujukan

Artikel lain untuk anda

anak

Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 15/05/2020 . 3 mins read
pergaulan dengan keluarga ipar

Batas Pergaulan Keluarga Besar, Ipar-Duai Jangan Sampai Berlaga Pipi Lain Jantina

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 26/02/2020 . 4 mins read
wujudkan-hubungan-sihat-dengan-ibu-bapa

Mak Ayah ‘Kaki Kontrol’? Ketahui 7 Tip Wujudkan Hubungan Sihat Dengan Mereka

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/02/2020 . 3 mins read
Rahsia Ibu Tunggal yang Perlu Anda Ketahui

Rahsia Ibu Tunggal yang Perlu Anda Ketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/09/2019 . 4 mins read

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ingin Kekal Cergas? Bagaimana Jika Anda Lakukannya Bersama Ahli Keluarga

Melakukan aktiviti kecergasan fizikal bersama ahli keluarga boleh meningkatkan keyakinan diri anak anda. Apakah kepentingan kecergasan fizikal yang lain?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Tips Keibubapaan 20/09/2019 . 3 mins read

8 Sebab Kenapa Lagu Kanak-Kanak Seperti ‘Baby Shark’ Penting Untuk Tumbesaran Anak Anda

Lagu kanak-kanak adalah sangat penting buat perkembangan mereka. Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 27/07/2019 . 4 mins read

Sekitar 30 Juta Bayi Pramatang dan Sakit Memerlukan Rawatan Setiap Tahun

Kira-kira 30 juta bayi dilahirkan terlalu awal, kecil atau dalam keadaan sakit setiap tahun dan memerlukan penjagaan khusus untuk hidup, menurut laporan oleh satu pakatan global termasuk Pertubuhan Kesihatan Dunia ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Berita, Berita Antarabangsa 14/12/2018 . 2 mins read

Bagaimana Ingin Bercuti Tanpa Stres?

Tahun 2018 bakal melabuhkan tirai dalam 2 minggu sahaja lagi, cuti sekolah juga bakal berakhir. Dengan berbaki cuti yang ada, tentu anda ingin menggunakan peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan orang ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/12/2018 . 2 mins read