Benarkah Payudara Saya Berubah Jika Menyusukan Bayi?

Penulis: Dian Sonnerstedt Pakar Yoga

Salah faham terbesar mengenai penyusuan susu ibu adalah ia menyebabkan perubahan fizikal kepada payudara wanita seperti tidak sama rata dan kendur. Walhal, kehamilan itu sendiri adalah faktor utama yang boleh mengubah bentuk payudara anda. Cuba fahami penyebab di sebalik perubahan yang berlaku kepada payudara anda dalam konteks peranannya sebagai salah satu sumber terpenting dalam pemakanan dan tumbesaran bayi anda.

Adakah penyusuan susu ibu punca payudara anda berubah?

Secara amnya, tidak terdapat otot pada payudara. Payudara dihubungkan kepada dada anda oleh jalur nipis yang dipanggil sebagai ligamen Cooper. Semasa hamil, lapisan nipis ini meregang dan darah dipam ke dalam payudara, menjadikan payudara anda lebih berat dan penuh. Kehadiran susu juga menjadikan tisu payudara lebih penuh dan memperlihatkan payudara anda kelihatan kendur. Lemak dan penghubung tisu boleh berubah beransur-ansur selepas habis fasa penyusuan. Tidak kira jika anda menyusukan bayi atau tidak, perubahan-perubahan ini masih berlaku. Kesan kehamilan kepada penampilan payudara menjejaskan setiap wanita dengan cara yang berbeza dan bergantung kepada pelbagai faktor. Antara faktor yang mempengaruhinya termasuklah:

  • Indeks jisim tubuh
  • Bilangan kehamilan sebelumnya
  • Saiz payudara sebelum kehamilan
  • Umur
  • Sejarah merokok

Adakah penyusuan susu ibu menyebabkan payudara saya tidak sekata atau berubah bentuk? 

Perubahan bentuk biasanya disebabkan oleh payudara terlalu penuh dengan susu. Walau bagaimanapun, setiap payudara adalah berbeza. Jadi, tidak semestinya jika sebelah payudara anda berubah, sebelah yang lain akan ikut berubah.

Semasa hamil, ligamen yang menghubungkan payudara anda dengan dada akan meregang, akhirnya mengecut selepas penyusuan. Ini boleh mengubah kontur garisan payudara dan menyebabkan payudara tidak sama rata. Bagi kebanyakan wanita, payudara tidak sama rata adalah biasa berlaku tanpa mengira kehamilan. Selepas penyusuan, terdapat kebarangkalian sebelah payudara akan kembali kepada saiz asal sementara sebelah lagi kelihatan lebih leper.

Apakah terdapat rawatan untuk payudara berubah bentuk atau tidak sama rata? 

Banyak prosedur kecantikan yang ada kini boleh membantu wanita mengembalikan semula penampilan fizikal mereka seperti sebelum hamil, termasuklah memejalkan payudara atau mesoterapi. Jika anda ingin mempertimbangkan prosedur pembedahan, anda perlu merujuk kepada doktor bagi mendapatkan konsultasi tentang pencegahan sebarang kesan yang tidak diingini. Jika anda melihat perubahan pada payudara anda selepas penyusuan, ingatlah bahawa perubahan-perubahan ini adalah semula jadi dan jarang sekali membahayakan kesihatan.

Kehamilan dan penyusuan adalah proses sukar dan meninggalkan kesan kepada tubuh anda, tetapi susu ibu adalah sumber pemakanan paling penting untuk bayi anda dan ia merupakan sumber yang ideal untuk kesihatan dan tumbesaran optima bayi. Ramai wanita yang belajar untuk menyayangi dan menerima tubuh seadanya selepas kehamilan/  penyusuan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Februari 11, 2019 | Kali terakhir kemaskini: November 27, 2019

Rujukan
Dian Sonnerstedt Pakar Yoga
Dian Sonnerstedt adalah pengamal yoga sejak tahun 2016. Cinta beliau terhadap yoga membawa beliau daripada bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah ...
Lihat Lebih Lagi
Dian Sonnerstedt Pakar Yoga

Dian Sonnerstedt adalah pengamal yoga sejak tahun 2016. Cinta beliau terhadap yoga membawa beliau daripada bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah korporasi ternama, kepada seorang pengajar yoga sepenuh masa. Beliau menerima pengiktirafan daripada One Song Yoga School pada tahun 2014, diikuti  Prenatal/Postnatal Yoga, Sunshine Network for Thai Yoga Massage, dan Yin Mindful Immersion Yoga pada tahun 2015. Dian kini merupakan pengamal berdaftar di YogaAlliance.org.

Dian mengajar pelbagai jenis yoga termasuk Hatha, Vinyasa, Yin dan juga Prenatal Yog. Beliau telah membuka kelas sendiri termasuk kelas untuk pejabat dan dalam studio @Yoga42 Senayan Arcadia. Beliau berminat untuk berkongsi pengetahuan yoga beliau dan juga untuk menyunting inspirasi kdalam diri orang lain kerana ianya turut memberi impak yang positif kepada fizikal dan mental pengamal. Dalam kolum ini, Dian akan berkongsi semua tentang yoga, kenapa ianya bagus untuk anda dan bagaimana untuk mengamalkan yoga bagi mereka yang mempunyai pengalaman mahupun untuk mereka yang tidak pernah menyentuh pun tikar yoga.

Ketahui lebih lanjut tentang Yoga bersama Dian Sonnerstedt di akaun Instagram beliau di @diansonnerstedt (https://www.instagram.com/diansonnerstedt/)

Lihat Lebih Lagi
Artikel Terkini