backup og meta

Pilihan Rawatan Psoriasis Bagi Kanak-kanak

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/05/2022

    Pilihan Rawatan Psoriasis Bagi Kanak-kanak

    Apakah itu psoriasis?

    Psoriasis ialah keadaan kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel-sel kulit. Psoriasis menyebab sel berkembang biak dengan pantas di permukaan kulit. Sel-sel kulit yang berlebihan menghasilkan sisik tebal berwarna perak dan tompok gatal berwarna merah. Ia juga menyakitkan.

    Simptom-simptom psoriasis bagi kanak-kanak

    Psoriasis datang dalam banyak jenis. Setiap jenis mempunyai simptom tersendiri. Simptom-simptom major psoriasis bagi kanak-kanak ialah:

    −Patch kulit timbul yang kebiasaan berwarna merah dan dilitupi sisik berwarna putih keperakan (selalu terkeliru dengan ruam lampin bayi)

    −Kulit kering dan merekah yang kadangkala berdarah

    −Gatal, pedih atau rasa terbakar di kawasan kulit yang terjejas dengan psoriasis

    −Kuku jari tebal dan berbintik

    Diet pilihan bagi penyakit psoriasis

    Merawat psoriasis dalam kalangan kanak-kanak adalah lebih mencabar berbanding orang dewasa. Ini adalah kerana sistem mereka lebih mudah terjejas. Di samping itu, pilihan rawatan yang diluluskan oleh FDA adalah tidak diluluskan untuk kanak-kanak. Dalam kes yang ringan, rawatan topikal kebiasaannya efektif. Untuk membantu sistem dan penyeleggaraan kulit kanak-kanak, memasukkan minyak ikan, probiotik, vitamin D dan suplemen nutrisi lain di dalam diet adalah membantu.

    Rawatan topikal bagi penyakit psoriasis

    Dalam kebanyakan waktu, penggunaan rawatan topikal seperti kortikosteroid memberikan hasil yang positif. Walau bagaimanapun, elakkan penggunaan kortikosteroid dengan kepekatan tinggi kerana potensi kesan sampingannya. Kortikosteroid sintetik adalah tidak disyorkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak kerana ia boleh mengganggu kebolehan semula jadi badan untuk melawan jangkitan. Rawatan topikal tar arang batu secara umumnya adalah selamat. Namun, kepekatan 5% atau lebih boleh meningkatkan risiko kanser.

    Pilihan fototerapi untuk psoriasis

    Fototerapi dipercayai sebagai pilihan yang selamat dan efektif bagi sesetengah pesakit. Ia boleh digunakan secara sendirian atau bersama pilihan rawatan lain. Ia boleh digunakan untuk merawat jenis psoriasis yang berbeza bagi kanak-kanak. Jenis-jenis tersebut termasuk plak refraktori, penyakit guttate dan pustule atau psoriasis palmoplantar. Namun, ia tidak sesuai dgunakan untuk jenis pustule atau erytherodemic.

    Radiasi UVB dan PUVA adalah pilihan yang efektif. Sila ingat bahawa ia mesti digunakan di bawah pengawasan rapi profesional perubatan, lebih baik diawasi oleh doktor pakar kulit yang berpengalaman dalam psoriasis kanak-kanak kerana terdapat banyak kontraindikasi dan kesan sampingannya jika tidak diberikan dengan betul. Cahaya ultraviolet boleh menyebabkan kecederaan genetik, kehancuran kolagen serta kehancuran vitamin A dan C di dalam kulit dan penghasilan radikal bebas.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan