Risau Anak Tidak Sihat Sebab COVID-19? Ini Tip Ambil Bacaan Suhu Badan Si Kecil Di Rumah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/04/2020

Rasa macam si kecil tidak sihat tetapi bagaimana untuk periksa suhu badannya di rumah? Ini cara mengetahui bacaan suhu badan anak yang boleh anda lakukan segera tanpa pergi ke klinik.

Periksa suhu di rumah

Si kecil adalah individu yang paling aktif di rumah dan hari ini, dia nampak tidak bermaya. Tidak mahu makan mahupun bermain. Mungkin dia tidak sihat tetapi bagaimana untuk periksa suhu badannya?

Untuk periksa suhu badan, perkara pertama tentulah anda memerlukan termometer. Ada 5 jenis termometer yang boleh membantu memudahkan urusan anda untuk mengambil bacaan suhu badan anak.

3 Termometer digital:

  • Rektum (dimasukkan pada bahagian punggung) – kaedah paling tepat untuk kanak-kanak di bawah usia 3 tahun
  • Oral (dimasukkan ke mulut) – kaedah terbaik untuk kanak-kanak berusia 4 atau 5 tahun ke atas yang boleh memberikan kerjasama
  • Axillary (di bawah ketiak) – pilihan yang kurang bagi termometer digital 
  • Termometer telinga elektronik (tympanic) – mengukur gelombang haba dari telinga sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas

periksa suhu

Terdapat juga beberapa jenis termometer yang tidak disaran untuk digunakan kerana kurang tepat, seperti:

  • Termometer pelekat
  • Termometer puting (pacifier)
  • Aplikasi termometer telefon pintar

Termometer merkuri kaca adalah yang paling biasa. Tetapi hindari daripada menggunakannya kerana risiko pendedahan merkuri.

Mengambil bacaan suhu badan anak

Bacaan suhu rektum

Eh…bahayalah ambil bacaan suhu melalui punggung? Jika anda tahu cara yang betul sudah tentu tidak akan mendatangkan bahaya. Ia 1 proses mudah dan selamat.

mengambil-bacaan-suhu-badan-anak

  1. Basuh bahagian hujung termometer dengan sabun dan bilas dengan air.
  2. Lembapkan bahagian hujungnya dengan cecair seperti gel petroleum.
  3. Terdapat 2 cara kedudukan anak untuk memudahkan anda periksa suhu badan mereka:
    • Baringkan mereka dalam posisi meniarap pada paha anda (pastikan anda duduk dalam permukaan yang rata) dan pastikan anda memegang bahagian belakang badan si manja
    • Baringkan mereka dalam posisi menelentang dan bengkokkan sebelah kaki ke arah dada mereka, pegang bahagian paha untuk menahannya
  4. Dengan menggunakan tangan lagi sebelah, masukkan termometer ke dalam punggung mereka, kedalaman sekitar ½ hingga 1 inci atau sehingga hujung termometer masuk ke dalam punggung. 
  5. Jangan paksa jika anda berasakan ada sesuatu yang menghalang.
  6. Tahan termometer menggunakan celahan jari sambil memegang punggung anak. Pastikan si kecil dalam keadaan tenang.
  7. Tunggu sehingga anda mendengar bunyi ‘bip’ atau sebarang signal menandakan bacaan suhu badan anak sudah diperolehi.
  8. Catatkan suhu dan masa anda periksa suhu si kecil.

Bacaan suhu oral

Mengambil suhu menggunakan termometer oral adalah mudah untuk anak yang lebih besar dan dapat memberikan kerjasama.

  1. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas anak anda selesai makan atau minum sebelum periksa suhu menggunakan kaedah ini.
  2. Pastikan tiada gula-gula getah atau sebarang gula-gula di dalam mulut anak.
  3. Letakkan hujung termometer pada bahagian bawah lidah dan minta anak untuk menutup mulut.
  4. Ingatkan anak untuk tidak menggigit atau bercakap ketika suhu diambil dan pastikan mereka dalam keadaan tenang dan bernafas seperti biasa.
  5. Tunggu sehingga bunyi ‘bip’ atau sebarang signal menandakan suhu badan sudah sedia diperolehi.
  6. Catatkan suhu dan masa anda periksa suhu si kecil.

Bacaan suhu axillary

Merupakan cara paling mudah untuk mengambil bacaan suhu badan anak. Walaupun ia mungkin tidak setepat bacaan suhu rektum atau oral, tapi sesetengah ibu bapa lebih senang menggunakan kaedah ini.

  1. Bukakan baju anak dan letakkan termometer di bawah ketiak. Ia mestilah menyentuh kulit dan bukannya lapisan baju.
  2. Rapatkan lengan anak ke dada untuk memastikan termometer berada di tempatnya.
  3. Tunggu sehingga bunyi ‘bip’ atau sebarang signal menandakan suhu badan sudah diperolehi. Jangan lupa catatkan suhu dan masa, okay?

Kombinasi kaedah bacaan suhu badan anak

mengambil-bacaan-suhu-badan-anak

Jika anda tidak yakin dengan bacaan suhu menggunakan 1 kaedah sahaja. Anda boleh menggabungkan 2 kaedah ketika periksa suhu badan si kecil.

  • Baru lahir hingga 2 tahun – gabungan kaedah rektum dan axillary
  • 2 hingga 5 tahun – kombinasi kaedah rektum dan axillary
  • 5 tahun dan ke atas – gunakan kaedah oral dan axillary

Tanpa mengira kaedah yang digunakan, pastikan anda tidak mengambil atau periksa suhu badan anak, dalam 2 situasi, iaitu:

  1. Selepas anak selesai mandi atau dia didakap kuat. Ini kerana ia boleh menjejaskan bacaan suhu
  2. Membiarkan si kecil sendirian ketika bacaan suhu diambil. Bahaya!

Setelah suhu badan diambil, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera jika:

  • Anak anda berusia di bawah 3 bulan dan suhu badan 38℃ atau lebih
  • Anak anda di bawah usia antara 3 hingga 6 bulan dan suhunya 39℃ atau lebih
  • Anak anda berusia 6 bulan hingga 2 tahun dan suhunya melebihi 39℃

Langkah penjagaan

Demam adalah 1 perkara biasa dan tidak mendatangkan bahaya kepada anak. Ia adalah 1 cara badan untuk melawan jangkitan. Walau bagaimanapun, demam juga boleh menjadi petunjuk kepada keadaan yang serius

Jika anda tidak pasti atau mempunyai sebarang kebimbangan berkaitan keadaan si kecil, bawalah mereka berjumpa doktor. Jangan terus menganggap ia perkara biasa dan memandang remeh isu ini, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Artikel lain untuk anda

    Suhu Normal Bayi Apa yang Perlu Anda Ketahui

    Suhu Normal Bayi: Apa yang Perlu Anda Ketahui?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/06/2019