Adakah Anak Anda Rabun Jauh?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, kita lebih terdedah dengan penggunaan teknologi. Malah, anak-anak kita juga tidak terlepas dari mengikuti kemajuan teknologi ini. Walau bagaimanapun, jika terlebih penggunaannya, ia akan mendatangkan kesan buruk, antaranya adalah berkaitan dengan mata, myopia (rabun jauh).

Mengapa kanak-kanak memerlukan cermin mata?

Ramai kanak-kanak menghabiskan masa berjam-jam menghadap telefon pintar, tablet, komputer atau televisyen setiap hari. Jika ada kelapangan, mereka akan memilih untuk bermain permainan video sepanjang hari.

Tetapi sedarkah anda bahawa peranti teknologi ini mempunyai medan magnet? Jika mata terdedah kepadanya untuk jangka masa yang panjang, mata boleh cedera. Ia akan menyebabkan penglihatan menjadi terhad, kabur dan akan menyukarkan anda untuk menentukan kedudukan tepat objek yang ingin anda lihat.

Kanak-kanak yang berdepan dengan masalah myopia ini tidak dapat melihat skrin televisyen atau papan putih. Oleh itu mereka memerlukan alat yang dapat membantu mereka memperbaiki penglihatan mereka, iaitu cermin mata.

Punca myopia

Masalah ini berlaku apabila kornea menjadi terlalu melengkung, jadi cahaya yang memasuki masa tidak boleh difokuskan dengan tepat menyebabkan objek menjadi kabur.

Buat masa ini, masalah penglihatan seperti ini dipercayai berlaku kerana keturunan. Jika seorang atau kedua ibu bapa memiliki masalah rabun, ini bermakna anak akan berpotensi untuk mendapat rabun jauh juga.

Punca kedua, rabun jauh boleh terjadi apabila membaca dalam persekitaran yang kurang cahaya, terlalu mengharap skrin tv, tablet dan sebagainya.

Sebagai tambahan, keadaan ini juga berlaku pada individu dewasa yang berdepan dengan tekanan visual, katarak atau mempunyai diabetes.

Perlukan cermin mata atau tidak?

Jika anak anda mempunyai tanda yang tidak normal berkaitan dengan mata, anda perlu membawanya berjumpa doktor untuk diperiksa. Sama ada di hospital atau di klinik, doktor akan mengukur penglihatan mata mereka dengan ujian.

Anak anda akan menutup sebelah mata dan membaca papan abjad pelbagai peringkat, dari tulisan bersaiz besar hingga kecil. Kemudian doktor akan menjalankan ujian lain dengan monitor.

Keputusan terakhir akan membantu untuk mengetahui sama ada anak anda memerlukan cermin mata atau tidak. Penglihatan terbaik individu normal adalah dari 9/10 ke 10/10.

Bagaimana membiasakan diri dengan myopia?

Apabila anda mengetahui bahawa anda mesti menggunakan cermin mata, anda harus belajar untuk membiasakan diri dengannya dan memperbaiki kesihatan mata anda. Lakukan perkara-perkara di bawah:

  • Sentiasa pastikan cermin mata dalam keadaan bersih
  • Gunakan titisan mata (eye drop) yang disyorkan doktor untuk memastikan mata sentiasa bersih
  • Pastikan mata mendapat rehat yang secukupnya
  • Dapatkan peranti skrin
  • Jangan menggunakan telefon pintar, tablet, atau komputer riba dalam cahaya yang suram dan gelap
  • Perbanyakan mengambil makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak, tomato, betik, dan sebagainya
  • Mengambil makanan tambahan atau makan yang mengandungi Omega-3 yang banyak terdapat dalam minyak ikan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish