Adik beradik: Bagaimana Ibu Bapa Menangani Persaingan yang Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/06/2020 . 8 minit bacaan

Adik beradik merupakan antara kawan rapat dan peneman antara anak-anak anda dan pergaduhan antara adik beradik adalah sesuatu perkara yang normal dalam sesebuah keluarga. Peranan ibu bapa amat penting bagi mengawal pergaduhan atau persengketaan yang terjadi dalam kalangan anak-anak agar ia tidak menjadi sesuatu yang dipendam yang akhirnya menjadi sebuah dendam. Sebelum kita pergi lebih jauh berkenaan persengketaan adik beradik, adalah lebih baik untuk kita mengetahui perkara-perkara lain terlebih dahulu untuk membantu kita lebih memahami anak-anak.

Apakah kesan jika jarak umur anak-anak setahun atau kurang daripadanya?

Jika anda membayangkan anak-anak anda membesar bersama dan mempunyai cukup tenaga untuk menguruskan mereka, maka jarak usia yang kecil bukanlah masalah untuk anda.

Anda berkemungkinan akan sibuk untuk beberapa tahun terawal dalam membesarkan anak. Namun, anda akan gembira melihat anak-anak membuat sepah, bising dan menikmati hari-hari yang meletihkan dalam tempoh yang pendek semasa membesarkan mereka.

Anak anda yang lebih tua akan gembira menjadi kakak atau abang sulung dan mula menunjukkan tanda-tanda ingin berdikari. Anda akan lihat si kecil anda mula ingin makan dan bersiap sendiri, serta menjadi lebih berdikari.

Jika bayi kecil anda semakin membesar dan sudah boleh berkawan dengan si abang/ kakak, anak anda yang tua akan lebih gembira untuk berkongsi mainan dengan adiknya. Disebabkan jarak umur anak anda adalah dekat, maka selepas kira-kira 18 bulan, mereka cenderung mempunyai minat yang sama. Mungkin akan ada berlaku perbalahan pada anak anda, namun hubungan mereka akan akrab. Adik-beradik yang sedar bahawa mereka memerlukan satu sama lain untuk mereka terus bermain akan bermotivasi mencari jalan bagi berdamai.

Walau bagaimanapun, dengan menimang anak lain sebelum anak anda yang terkini berusia 18 bulan adalah sesuatu yang memerlukan anda untuk berkerja keras, terutama semasa permulaan membesarkan anak. Malahan, tahun-tahun terawal semasa membesarkan anak akan berlalu dalam kekaburan. Penjagaan anak anda akan dipenuhi dengan kurang tidur di malam hari, menukar lampin, penyusuan, memberi anak makanan pejal dan menguruskan hal dobi anak-anak. Ini bermakna, anda tidak mendapat masa yang secukupnya untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama si manja. Tambahan pula, semasa awal tempoh pembesaran bayi, anda dan pasangan akan cenderung untuk berasa letih membesarkan dua anak kecil sekali gus.

Apakah kesan jika jarak usia anak dua atau tiga tahun?

adik beradik

Jika anda mahu meluangkan masa dan berseronok dengan setiap anak anda, maka jarak usia dua atau tiga tahun mungkin sesuai untuk anda. Apabila bayi kedua anda lahir, anda sudah mendapatkan tidur yang secukupnya. Anak pertama anda juga akan jadi lebih berdikari.

Anak pertama atau anak terkecil anda ketika ini mungkin sudah tidak memakai lampin dan boleh makan serta menguruskan diri sendiri. Malahan, anak anda juga mungkin sudah boleh bercakap dan memberitahu anda apa yang mereka mahukan. Jika begitu, anda sudah mempunyai tenaga untuk kembali semula ke dunia ‘tidak dapat tidur malam’, alam penyusuan dan menukar lampin bayi.

Anak anda yang lebih tua akan rasa lebih yakin dan bersedia untuk menerima ahli keluarga baru. Dan, anda boleh membayangkan bagaimana anak anda akan menjalankan tugasnya sebagai abang/ kakak kepada si adik dan mereka bermain bersama-sama.

Dengan jarak umur seperti ini bermakna anda perlu menunggu sedikit masa untuk melihat anak-anak anda main bersama. Selain itu, mainan untuk kanak-kanak usia lima tahun, contohnya, adalah berbeza dengan mainan untuk kanak-kanak dua tahun. Ketika ini, anda mungkin akan mendapati bahawa anak anda yang lebih muda akan berminat untuk meniru dan menyertai adik-beradiknya bermain. Namun, anak anda yang lebih tua akan kurang berminat untuk main bersama-sama, terutama jika adiknya tidak mempunyai kemahiran yang sama dalam bermain mainan seperti si abang/ kakak. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja kedua-duanya semakin meningkat usia, perbezaan ini tiada lagi. Kanak-kanak berumur 7 tahun dan 10 tahun boleh bermain dan bergembira bersama-sama, serta berkongsi mainan.

Bagaimana jika jarak umur anak-anak lima tahun atau lebih?

Jika anda ingin membesarkan seorang anak sehingga dia memasuki usia prasekolah atau sudah boleh berdikari, jarak usia lima tahun adalah yang terbaik. Anda akan dapat menumpukan perhatian kepada penjagaan anak anda dahulu sehingga dia sudah bersekolah, sebelum anda mula menerima bayi baru dalam keluarga.

Ini bermakna, anda akan menjadi lebih relaks dan kurang cenderung untuk risau tentang perkara-perkara kecil. Anak anda yang lebih tua ketika ini sudah tidak lagi memakai lampin, tidak meragam atau menunjukkan tantrum dan sudah tumbuh semua giginya, jadi tiada masalah untuk anda menumpukan perhatian kepada penjagaan bayi baharu. Anda sudah boleh memberikan perhatian yang cukup kepada bayi baru lahir terutama semasa si abang/ kakak berada di sekolah.

Anak anda yang tua juga akan berasa gembira dengan kehadiran bayi baru dalam keluarga. Namun, jangan mengharapkan anak anda untuk bersama-sama menjaga bayi meskipun anda melihat anak anda sudah boleh berdikari sendiri.

Anak-anak anda berada dalam peringkat perkembangan yang berbeza dan mempunyai minat yang berbeza. Malahan, anda mungkin mendapati mereka mempunyai sedikit sahaja persamaan. Anak yang tua mungkin sudah tidak tinggal bersama anda semasa anak yang bongsu berada dalam sekolah menengah.

Menjaga hubungan yang baik antara anak-anak anda dan adik beradik

adik beradik

Ketika menginjak usia remaja, hubungan anak anda dengan adik-beradiknya akan mula berubah. Antara cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mengekalkan keharmonian sesama mereka. Artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut apa sebenarnya yang berada dalam fikiran anak remaja anda.

Perbandingan dalam kalangan adik-beradik

Sudah menjadi perkara yang normal apabila anak remaja dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain. Meskipun niat ibu bapa membandingkan anak-anak mereka antara satu sama lain atas tujuan anak berkompetensi, ini akan mendatangkan kesan negatif. Perbuatan ini akan mendatangkan perasaan iri hati dan tercabar dalam diri anak-anak.

Seorang ahli psikologi kanak-kanak, Anthony E.Wolf, PhD, menyatakan bahawa perbuatan membanding-bandingkan anak antara satu sama lain hanya akan mencetuskan perasaan benci terhadap sesama mereka.

Hidup di bawah bayang-bayang adik-beradik lain akan membuatkan anak anda berkecil hati justeru mengundang kecenderungan mereka mengalami kemurungan. Seorang lagi ahli psikologi kanak-kanak iaitu Peter Goldenthal, PhD, pula menyatakan bahawa emosi anak-anak mudah terganggu terutamanya ketika mereka berasa kecil hati.

Isu kepercayaan

Isu kepercayaan dalam kalangan adik beradik juga merupakan isu yang kerap dialami oleh anak remaja anda. Anak remaja menganggap adik-beradik mereka yang masih kecil mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapa. Ini akan menyebabkan perasaan tidak percaya dalam diri anak remaja sekali gus menjarakkan hubungan sesama mereka. Sebagai contoh, anak yang masih kecil akan mengadu kepada ibu bapa setiap apa yang dilakukan oleh abang atau kakak mereka yang sebenarnya mahu disembunyikan. Sebagai ibu bapa, anda perlu mengelakkan perkara ini daripada terjadi dengan tidak melayan sekiranya anak kecil anda ingin mengadu untuk menunjukkan anda hormat akan privasi anak remaja anda kecuali perkara yang diadukan itu melibatkan kesihatan dan keselamatan anak remaja anda seperti penggunaan dadah dan sebagainya.

Anak remaja juga turut mempunyai perasaan cemburu terhadap adik-beradik yang lebih tua kerana mereka mempunyai lebih kebebasan dan privasi berbanding mereka yang lebih muda. Sudah tentu kematangan menjadi punca permasalahan ini. Oleh itu, ibu bapa perlulah lebih peka dan mendidik anak-anak agar tidak wujud sebarang perasaan iri hati di samping membina kematangan dalam diri anak-anak mereka.

Pergaduhan

Pertelingkahan dalam kalangan adik beradik selalunya bermula ketika mereka berumur lapan hingga dua belas tahun. Fizikal anak anda akan mula berubah menjadi lebih besar dan kuat. Ini akan membuatkan mereka bersifat lebih agresif terhadap adik-beradik mereka untuk menunjukkan sifat mereka yang dominan.

Kebiasaannya, pergaduhan dalam kalangan adik-beradik akan terjadi sekiranya mereka berada dalam kumpulan jantina dan umur yang lebih kurang sama serta mempunyai minat yang sama. Ini adalah normal dan perlu dijadikan sebagai latihan untuk mereka belajar mengekspresi serta mempertahankan diri mereka. Dengan bantuan anda, anak-anak akan lebih matang dalam menyalurkan kemarahan serta menyelesaikan perbalahan antara mereka.

Namun begitu anda perlu memastikan anak remaja tidak menghina, memalukan atau menyakiti fizikal adik-beradiknya. Sekiranya pertelingkahan mereka sudah tidak mampu dikawal, anda perlu lebih tegas untuk mengelakkan masalah ini daripada berlarutan.

Apa perlu dilakukan apabila anak-anak bertengkar?

adik beradik

Kebanyakan ibu bapa pasti akan segera meleraikan jika anak-anak mereka terlibat dalam pertengkaran. Namun begitu, ada pakar yang mengatakan bahawa ibu bapa tidak perlu masuk campur terlalu awal di dalam apa-apa konflik dalam kalangan anak-anak melainkan mereka berada di kawasan awam ataupun apabila keganasan melibatkan fizikal mula terjadi.

Tidak memberi peluang kepada anak anda untuk berkelahi sesama adik beradik akan menyebabkan mereka tidak dapat mengembangkan skil penyelesaian masalah mereka. Dengan berbuat begini, anak anda akan berpendapat bahawa jika mereka terlibat dalam apa-apa masalah, akan sentiasa ada individu yang boleh menyelamatkannya. Ini juga mungkin akan mengakibatkan salah faham antara anak-anak anda yang mungkin menganggap anda melebihkan seseorang anak itu berbanding yang lain.

Sebenarnya, lebih baik jika ibu bapa membenarkan anak-anak menyelesaikan apa-apa konflik sendiri. Namun begitu, jika ibu bapa masih perlu untuk masuk campur, pertimbangkan tip-tip ini:

  • Pisahkan anak-anak dan benarkan mereka kembali bermain bersama apabila sudah tenang.
  • Elakkan menjerit dan membebel sebelum mengetahui punca sebenar pertengkaran anak-anak.
  • Jangan sesekali bercakap bagi pihak anak-anak sebaliknya biarkan mereka meluahkan perasaan mereka sendiri.
  • Beritahu anak-anak bahawa tiada siapa yang bersalah dalam mana-mana pertengkaran kerana ia memerlukan dua individu untuk memulakannya.
  • Cipta satu penyelesaian situasi menang-menang agar tiada sebarang perasaan dendam atau cemburu dalam kalangan anak-anak.

Bagaimana mengendalikan persaingan adik beradik dalam kalangan anak-anak anda?

  • Pastikan anak anda yang lebih tua mengetahui akan kehadiran bakal adik mereka sebelum kelahiran. Anda boleh tunjukkan mereka gambar-gambar bayi atau biarkan mereka merasai tendangan bayi di dalam perut.
  • Ajar anak-anak skil menyelesaikan konflik seperti mengawal sikap agresif, berbincang serta berkompromi bagi memastikan mereka menghargai setiap perspektif individu lain serta bersikap adil.
  • Jangan sesekali melebihkan seseorang anak di hadapan anak yang lain. Jangan membandingkan penampilan, gred ataupun kelakuan mereka.
  • Bersikap adil, jangan sesekali melayan mereka sama sahaja dengan anak yang lain. Anda perlu tahu bahawa anak-anak anda adalah individu berbeza yang berlainan bakat, personaliti dan impian. Sebagai contoh, jika anda membeli baju untuk anak-anak, pastikan ia berbeza warna. Atau beli sahaja barangan yang lain. Raikan setiap keunikan anak-anak dan jangan sesekali ingin membentuk mereka menjadi individu yang anda sendiri inginkan.
  • Pastikan setiap anak-anak mempunyai masa dan ruang peribadi mereka sendiri. Semakin mereka membesar, semakin mereka memerlukan privasi. Mengumpulkan mereka bersama hanya akan mengakibatkan kekeliruan dan salah faham.
  • Berikan anak-anak peringatan dan amaran untuk mengelak sebarang konflik yang mungkin berlaku pada masa akan datang.

Apa yang perlu dilakukan jika situasi yang agak serius berlaku seperti anak anda bertumbuk antara adik beradik?

adik beradik

Halang pergaduhan daripada berlaku

Kanak-kanak akan mudah marah dan gagal mengawal perasaan ketika mereka berasa penat, lapar atau sakit hati. Antara punca utama anak-anak bertumbuk pula adalah akibat perasaan cemburu. Disebabkan itu, apabila anda perasan konflik bakal berlaku, pisahkan anak-anak anda. Sebaiknya, peluk seeratnya anak anda yang sedang marah dan pujuk mereka. Selepas itu, minta mereka bercerita tentang mengapa kemarahan itu timbul dan cari jalan penyelesaiannya.

Pujuk anak-anak anda mengikut turutan yang betul

Jika percubaan menghalang pergaduhan gagal, ibu bapa perlu bertindak memujuk anak-anak yang sedang bergaduh. Caranya, berikan perhatian kepada anak yang dipukul. Bantu dia dengan menggunakan perkataan yang lembut atau bantuan perubatan jika dia cedera. Yakinkannya bahawa anda ada bersama dan dia adalah selamat bersama anda. Untuk anak yang sedang marah pula, biarkan dahulu dia sehingga perasaan marah itu mulai reda. Berikan mereka masa untuk mengawal kembali diri mereka.

Pastikan anda sendiri kekal tenang

Ketika menghadapi situasi anak-anak bertumbuk sesama mereka, anda sendiri perlu kekal tenang. Jangan sesekali tunjukkan kemarahan anda terhadap kedua-dua mereka. Jika anda juga gagal mengawal kemarahan, bagaimana anda mahu mengawal kemarahan individu lain, bukan?

Tip bagi ibu bapa menghadapi situasi anak-anak bertumbuk sesama sendiri

adik beradik

  • “Time-out’’ perlu dilaksanakan. Sebagai ibu bapa, anda tidak disarankan untuk memberikan hukuman yang terlalu berat kerana ia hanya akan mendatangkan dendam lalu menyebabkan mereka saling membalas dendam. Biarkan mereka tenang terlebih dahulu, kemudian bercakap dengan mereka menggunakan nada yang tenang. Beritahu mereka bahawa anda faham akan perasaan mereka dan semuanya boleh diselesaikan.
  • Bertolak ansur dengan mereka. Jika mereka mahu menangis, biarkan mereka. Air mata yang mengalir keluar akan melegakan tekanan yang dihadapi. Jika tidak, mereka mungkin akan melampiaskan kemarahan mereka dengan menggunakan perkataan kesat terhadap adik-beradik mereka dan juga anda. Namun begitu, anda tidak perlu untuk mengambil hati dengan kelakuan mereka itu kerana ia hanyalah satu tindak balas mereka untuk melawan kesakitan dalaman yang dialami. Sebaliknya, anda sendiri perlu bersimpati dengan mereka.
  • Berikan mereka tip mengawal emosi. Kanak-kanak sudah boleh memahaminya. Biarkan mereka tahu bahawa terdapat banyak jalan penyelesaian yang lain selain daripada bertumbuk sesama sendiri. Sebagai contoh, ajar mereka untuk menggunakan teknik mengawal pernafasan setiap kali timbul perasaan marah.
  • Selesaikan masalah mereka. Selepas pergaduhan mulai reda, cari penyelesaian kepada masalah mereka. Jika boleh, berikan tanggungjawab itu kepada mereka. Paling penting, ajar mereka untuk saling bermaafan sesama sendiri untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Ibu bapa perlu bertindak sebagai perantara yang mendengar punca pertengkaran di kedua belah pihak dan mencari titik perdamaian secara bersama. Perbincangan yang sentiasa melibatkan anak-anak adalah salah satu langkah yang menunjukkan keprihatinan dan kesediaan ibu bapa untuk mendengar dan bukannya bertindak menyalahkan antara satu sama lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Takut Nak Bawa Anak Pergi Vaksin Masa COVID-19? Dengar Apa Jawapan Pakar Tentang Imunisasi

    Musim pandemik COVID-19 ini, ramai ibu bapa yang takut ke hospital untuk memberikan vaksin anak. Tenang, baca perkongsian pakar ini dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 29/05/2020 . 3 minit bacaan

    Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Boleh Ke Ibu Bapa Pilih Jantina Bayi?

    Tidak dinafikan, ada ibu bapa yang mahu pilih jantina anak yang dikandungkan. Persoalannya, adakah perkara ini boleh dilakukan? Klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 27/05/2020 . 3 minit bacaan

    Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

    Masa bersama keluarga merupakan salah satu aspek penting dalam mengecapi kebahagiaan pasangan dan anak. Ia boleh mempengaruhi perkembangan psikologi mereka.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 15/05/2020 . 3 minit bacaan

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jalinan-kasih-antara-ibu-dan-anak

    Semarakkan Rasa Jalinan Kasih Antara Ibu Dan Anak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 4 minit bacaan
    perancang keluarga

    Ingin Merancang Keluarga Secara Natural? Boleh Cuba Metode NFP

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 4 minit bacaan
    air liur bayi

    Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    kawan imaginasi

    Normalkah Jika Anak Berimaginasi Ada Teman Bermain? Ini Pandangan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan