Apa yang Patut Anda Tahu tentang Suntikan Kontraseptif

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 mins read

Pada masa ini, anda mungkin merancang untuk tidak hamil. Tetapi anda dan pasangan anda tidak menyukai kondom, pembedahan, atau alat kontraseptif yang diletakkan dalam badan. Dalam keadaan ini, anda berdua boleh mempertimbangkan suntikan kontraseptif. Walau bagaimanapun, sebelum mencuba kaedah kawalan kelahiran ini, baca artikel ini dengan untuk mendapatkan beberapa maklumat asas.

Apakah itu suntikan kontraseptif?

Suntikan kontraseptif, yang juga dikenali sebagai Depo, atau suntikan Medroxyprogesterone, mengandungi hormon progestogen versi sintetik. Terdapat dua jenis suntikan kontraseptif: Depo-Provera dan Depo-Ralovera.

Bagaimana suntikan kontraseptif berfungsi?

Apabila ubat disuntik ke dalam badan anda, ia berfungsi seperti implan. Anda boleh mendapatkan suntikan pada bila-bila masa sepanjang tempoh haid selagi mana doktor mengesahkan bahawa anda tidak hamil. Kesan suntikan berlangsung daripada 12 hingga 14 minggu.

Suntikan kontraseptif berfungsi dengan:

-Mencegah ovari anda daripada mengeluarkan telur setiap bulan (menghentikan ovulasi)
-Menebalkan lendir pada pembukaan rahim untuk menghentikan sperma daripada melalui rahim untuk bertemu telur.
-Membuat lapisan rahim menjadi lebih nipis untuk mencegah implantasi telur yang disenyawakan.

Jika anda mendapat suntikan semasa 5 hari pertama haid anda, ia boleh berfungsi dengan serta-merta dan anda boleh mencegah kehamilan dengan segera.

Siapa yang boleh menggunakan suntikan kontraseptif?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh mengambil suntikan kontraseptif. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai keadaan berikut, kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk anda:

-Anda mengesyaki bahawa anda mengandung.
-Anda tidak mahu terlepas haid.
-Anda mengalami pendarahan selepas seks.
-Anda mempunyai penyakit jantung atau strok.
-Anda mempunyai darah bergumpal.
-Anda mempunyai penyakit hati.
-Anda mempunyai kanser payudara.
-Anda mempunyai diabetes dan sedang mengalami komplikasi.
-Anda mempunyai risiko osteoporosis yang lebih tinggi.

Bagaimana anda boleh mendapatkan suntikan?

Suntikan diberikan ke bahagian punggung atau lengan atas. Anda perlu disuntik setiap 3 bulan.

Apakah kelebihan suntikan kontraseptif?

Suntikan kontraseptif mempunyai beberapa kelebihan, termasuklah:

– Cara ini sangat berkesan.
-Cara ini mudah. Satu suntikan berkesan selama 3 bulan.
– Suntikan kontraseptif selamat semasa menyusu badan.
-Ia tidak terjejas oleh ubat-ubatan lain.
-Ia boleh membantu anda mencegah haid. Sesetengah wanita menyukai ciri ini.
-Ia berguna jika anda sukar mengingati untuk mengambil pil kontraseptif setiap hari.
-Ia boleh membantu menghalang kanser rahim tertentu dan penyakit pelvis.
-Ia boleh membantu merawat beberapa masalah dengan haid anda.
-Ini tidak menjejaskan kehidupan seks anda.

Apakah risiko kesan sampingan yang mungkin berlaku?

Walaupun kaedah ini selamat, kesan sampingan mungkin berlaku:

-Ia boleh menyebabkan penyusutan tulang jika anda menggunakan kaedah ini untuk tempoh yang lama. Oleh itu, tulang anda lebih cenderung untuk rapuh pada satu ketika dalam hidup anda.
-Ia boleh menyebabkan haid anda menjadi tidak teratur.
-Anda mungkin mengalami simptom yang tidak menyenangkan seperti sakit kepala dan jerawat.
– Berat badan anda boleh mungkin meningkat.
-Anda sering merasa gugup.
-Anda merasa tidak selesa pada perut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 27/05/2020 . 3 mins read

    Suntikan Kontraseptif Mungkin Boleh Bantu Cegah Kanser Serviks

    Pengambilan pil kontraseptif untuk mencegah kehamilan. Tetapi ada kajian mengatakan ia membantu melawan sel penyebab kanser serviks. Adakah ia sahih?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 14/11/2019 . 2 mins read

    Perasan Parut di Lengan Kiri Anda? Ini Sebab Kenapa Dulu Kita Kena Suntik BCG

    Sebelum ini, ada yang mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mempunyai parut di bahagian lengan kiri, akan disuntik dengan suntikan vaksin BCG. Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 14/10/2019 . 2 mins read

    Tak Sangka! Sebenarnya Kita Berjaya HAPUSKAN Satu Penyakit Ini Di Peringkat Global!

    Untuk pengetahuan anda, terdapat penyakit yang tidak lagi wujud dan diisytihar telah dibasmi secara total di muka bumi ini. Apakah penyakit itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    Ingin Rancang Keluarga Secara Natural Tanpa Sebarang Kaedah? Cubalah 3 Cara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 4 mins read
    kondom plastik

    Alah Kepada Kondom Getah? Cuba Guna Kondom Plastik! Ada Kelebihan Menarik MESTI TAHU

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 mins read
    seks dengan kondom

    Bila Isteri Tidak Suka Bersetubuh Guna Kondom, Apa 5 Perkara Encik Suami Perlu Buat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 mins read
    kondom bocor

    Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/06/2020 . 3 mins read