Minggu 35

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019 . 2 minit bacaan

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Bayi anda kini bersaiz seperti tembikai kecil, dengan berat 3.8 kg dan kepanjangan lebih kurang 46 cm. Dengan saiz ini, tidak ada ruang dalam uterus untuk bayi bergerak. Disebabkan itu, bilangan pergerakan bayi mungkin berkurang, tetapi bertambah kuat.

Lemak sedang terkumpul di sekeliling badan bayi anda, terutamanya sekitar bahu. Jika bayi anda pada posisi kelahiran kepala dahulu, kepalanya akan berada pada tulang pubik untuk persiapan kelahiran.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Uterus anda yang dilindungi oleh pelvis akan mencapai tulang rusuk anda. Jika anda boleh mengintai keadaan dalam rahim, anda akan melihat bahawa bayi anda sekarang sedang mengambil ruang yang lebih banyak berbanding air amniotik. Uterus anda yang membesar ini juga menyempitkan ruang untuk organ dalaman anda, menyebabkan anda perlu kencing lebih kerap dan mengalami pedih hulu hati dan masalah pencernaan yang lain. Jika anda tidak menghadapi masalah-masalah ini, anda adalah golongan yang beruntung.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Adakah bayi menangis kali pertama sewaktu lahir ke dunia ini? Tangisan pertama bayi mungkin berlaku dalam rahim. Kajian menunjukkan bahawa bayi telah menunjukkan reaksi menangis seperti menggoyangkan dagu, membuka mulut, mengambil beberapa nafas sebelum mengeluarkannya dan bertenang kembali atau terkejut dengan bunyi halus yang didengari dalam abdomen ibunya. Reaksi ini berlaku pada tahap awal sekalipun dalam bayi pramatang, maka tidak hairanlah tangisan mungkin berlaku dalam rahim jauh sebelum kelahiran bayi ke dunia.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Walaupun tarikh kelahiran bakal datang, terdapat bayi yang berterusan membesar hingga bulan ke-10. Jika ini berlaku, mungkin bayi anda ingin tinggal lebih lama dalam uterus. Tanyakan persediaan yang bersesuaian jika anda telah melepasi tarikh kelahiran yang sepatutnya. Tetapi adalah lebih baik jika bayi meninggalkan uterus sesegera mungkin tanpa sebarang masalah.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Doktor akan menganggar saiz bayi anda dan meramalkan waktu kelahiran. Anda mungkin perlu menjalani pelbagai ujian bergantung kepada keperluan anda dan kehendak doktor, ini termasuklah:

  • Timbang berat (penambahan berat badan akan berhenti atau berkurang pada waktu ini);
  • Tekanan darah (mungkin lebih tinggi berbanding timester kedua);
  • Ujian air kencing untuk memeriksa tahap gula dan protein;
  • Vena varikos pada kaki, bengkak pada tangan dan kaki;
  • Pemeriksaan degupan jantung janin;
  • Ukuran saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk dibandingkan dengan waktu kelahiran;
  • Ketinggian fundus (bahagian atas rahim);
  • Saiz fetus, arah kelahiran (kepala atau punggung dahulu), kedudukan (muka ke bawah atau ke atas) melalui pemeriksaan dengan sentuhan dari luar.
  • Simptom atau tanda yang tidak normal;
  • Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Posisi tidur

Dalam trimester pertama kehamilan, anda boleh berbaring terlentang kerana berat bayi anda tidak begitu berat. Bagaimanapun, pada trimester kedua kehamilan, apabila bayi anda semakin berat, anda harus memilih posisi tidur yang lain.

Bagaimanakah perkembangan bayi anda minggu hadapan?

Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Perut Berangin Sering Buat Mak Buyung Rasa Tidak Selesa? Ini Ada 5 Cara Mudah Nak Atasinya!

    Masalah perut berangin semasa mengandung lazim dialami oleh ibu hamil. Bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, 5 langkah ini boleh diambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 06/08/2020 . 3 minit bacaan

    Ganja Bukan Saja Buat Ketagih, Tapi Juga Boleh Buat Lelaki & Wanita Mandul, Benar Ke?

    Dadah seperti ganja sering diambil oleh orang ramai untuk relaks terutamanya jika mereka sedang stress dan ingin melarikan diri daripada realiti.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Bayi Menendang Dalam Perut Bukan Saja-saja! Ini 9 Fakta Menarik Si Manja Di Alam Rahim

    Pergerakan bayi dalam kandungan merupakan satu parameter penting yang perlu dipantau oleh ibu hamil. Ketahui 9 fakta menarik mengenainya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 24/07/2020 . 3 minit bacaan

    Mama, Usah Risau Kalau Posisi Bayi Songsang, Ada Cara Nak Tukar Ke Kedudukan Normal!

    Kelahiran bayi songsang berlaku dalam kalangan 3-4% ibu hamil. Jika tidak diuruskan dengan betul, komplikasi serius boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    bayi dalam kandungan

    Baby Sudah Pandai Menangis Sejak Dalam Rahim? Ini Sebab Mengapa Tangisan Si Manja Terjadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
    air ketuban sedikit

    AWAS Masalah Air Ketuban Sedikit Petanda Bahaya Pada Janin! Nak Atasinya? Ikut 5 Tip Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit endometriosis

    Risau Kakak Masih Belum Hamil Sebab Endometriosis, Ibu Pun Pernah Alaminya, Ini Penyakit KETURUNAN?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan
    suntikan depo

    Darah Haid Banyak Lepas Guna Suntikan Elak Hamil? Ini 15 Kesan Sampingan Jika Suntik Depo

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 07/08/2020 . 3 minit bacaan