5 Tanda Anda Mengandung Anak Kembar, Penjagaan & Komplikasi Penting Anda WAJIB Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 2 minit bacaan

Sebagai ibu bapa pasti berasa teruja jika mengetahui mengandung kembar. Bagaimana nak ketahui tanda hamil kembar? Ini penjelasannya.

Berita kehamilan

Tanda mengandung bagi setiap kehamilan adalah pengalaman indah yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Kebanyakan individu menjangkakan akan diberitahu mengenai keadaan bayi mereka sewaktu janji temu ultrasound dengan doktor.

Jadi, bagaimana pula jika doktor memaklumkan mereka bakal memiliki bukannya satu, tetapi dua bayi – atau kembar!

Bagi segelintir ibu bapa, ia mungkin bukanlah berita yang mereka harapkan – disebabkan kekangan kewangan atau sebab-sebab lain, mungkin mereka hanya mahukan seorang.

Tetapi bagi kebanyakan ibu bapa, mereka mungkin akan berasa terkejut dan teruja dalam masa yang sama.

Mempunyai dua bayi pada masa yang sama memang sukar – dari proses kehamilan, kelahiran, dan membesarkan anak pastinya akan anda alami secara berganda.

Tetapi ini akan menjadi pengalaman yang sangat menakjubkan, bahkan adakala mempunyai anak kembar adalah lebih mengujakan anda suami isteri. 

Tanda hamil kembar

mengandung kembar

Sekiranya anda hamil anak kembar, anda mungkin akan mengalami tanda mengandung seperti berikut:

  • Mual dan muntah-muntah yang awal dan berlebihan pada trimester pertama anda
  • Pertambahan berat badan yang berlebihan
  • Sakit belakang
  • Saiz rahim lebih besar dari yang sepatutnya ketika tarikh kelahiran
  • Berlaku pergerakan janin yang lebih banyak dari yang sepatutnya pada trimester kedua dan seterusnya

Apakah yang menyebabkan kehamilan anak kembar?

Anda berpotensi untuk mempunyai tanda mengandung kehamilan anak kembar sekiranya:

  • Anda berusia 35 tahun ke atas
  • Anda mempunyai keturunan Afrika
  • Anda pernah hamil anak kembar sebelum ini
  • Ahli keluarga sebelah ibu anda mempunyai anak kembar

Kemungkinan komplikasi kehamilan anak kembar

Komplikasi yang mungkin berlaku sekiranya anda mempunyai tanda mengandung bagi kehamilan anak kembar termasuklah:

  • Pra-eklampsia dan tekanan darah tinggi
  • Masalah plasenta seperti placenta abruption atau placenta previa
  • Anemia
  • Terlalu banyak air ketuban di dalam rahim (polyhydramnios)
  • Jangkitan saluran air kencing (UTI)
  • Kehilangan darah yang banyak selepas bersalin (postpartum hemorrhage)
  • Perlu melakukan pembedahan caesarean (C-section)

Diagnosis tanda hamil kembar

Ujian ultrasound boleh dilakukan untuk memastikan anda mempunyai tanda mengandung anak kembar sekiranya rahim anda lebih besar daripada normal atau terdapat lebih daripada satu degupan jantung janin. Ketika melakukan ujian ini, gelombang bunyi akan digunakan untuk memperlihatkan imej rahim dan bayi anda.

Penjagaan kehamilan anak kembar

anak kembar

Jika anda hamil anak kembar, anda disarankan untuk:

  • Mengambil kalori bernutrisi, asid folik, zat besi dan kalsium secukupnya untuk perkembangan anda dan bayi
  • Mengehadkan aktiviti fizikal anda selepas minggu ke-24 kehamilan atas nasihat doktor
  • Berehat secukupnya terutama selepas minggu ke-24 kehamilan
  • Atur jadual kerja dan aktiviti anda berdasarkan perkembangan kehamilan anda
  • Berjumpa pakar perubatan dengan kerap bagi melihat perkembangan kehamilan anda pada setiap minggu

Selain itu, anda juga perlu mengelakkan perkara-perkara yang mampu memudaratkan kandungan seperti:

  • Minum alkohol
  • Merokok
  • Mengambil kafein dalam kadar yang banyak
  • Mengambil ubat-ubatan tanpa preskipsi doktor
  • Terdedah kepada bahan kimia, produk kosmetik dan X-ray
  • Terdedah kepada cuaca yang terlalu panas

Penjagaan diri harus diutamakan

Tidak kira anda mengandung kembar atau tidak, perkara paling utama adalah untuk menjaga aspek kesihatan diri ibu mengandung. Jika boleh lakukan sedikit aktiviti fizikal secara berkala setiap hari dan menjaga pemakanan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Najis Ibu Hamil Boleh Bertukar Kepada Warna Hijau Tau! Ini 6 Puncanya

Ada segelintir ibu hamil yang mengalami masalah warna najis bertukar menjadi hijau. Mengapa perkara tersebut berlaku? Adakah ia normal atau tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 23/06/2020 . 3 minit bacaan

Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat? BAHAYA! 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

Muntah ketika hamil perkara biasa bagi wanita mengandung. Jika terlalu kerap, ia mungkin berpunca daripada hiperemesis gravidarum. Bahaya jika dibiarkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 22/06/2020 . 3 minit bacaan

SETITIS Air Mani Boleh Buatkan Wanita Mengandung? Boleh Jadi Ke?

Pernahkah anda mendengar kenyataan seperti SETITIK air mani boleh hamil atau buatkan wanita mengandung? Ikuti kupasan kami dalam artikel di bawah.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil, Nak Turunkan Paras Gula Darah? Ikut 7 Cara Simple Ini, Barulah Tak Alami Diabetes Gestasi!

Anda seorang wanita hamil dan risau alami diabetes gestasi? Jangan risau, ikut sahaja 7 cara menurunkan gula darah pada ibu hamil yang simple ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

scan bayi

Ibu Mesti Tak Sabar Nak Scan Baby, Kan? Nak Pilih 2D, 3D Atau 4D? Ada Bezanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/06/2020 . 3 minit bacaan
mengandung anak kembar

Nak Dapat Anak Kembar Lagi Macam Dr Sheikh Muszaphar? Ada Tip Boleh Dicuba, Pasti Berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
ibu hamil

Mak Buyung Gemar Bermekap? AWAS! Ada Kandungan BAHAYA Dalam Alat Solek PATUT Dihindari

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/06/2020 . 3 minit bacaan
hamil

Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, ‘Confirm’ Lekat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 25/06/2020 . 3 minit bacaan