Ini menunjukkan kepada kita bahawa keluarga tetap menjadi keutamaan dan tulang belakang kepada seseorang individu walau sesibuk mana pun diri kita bekerja.
Dengan adanya ahli keluarga di sisi, ia dapat memberikan ketenangan dan mengurangkan tekanan yang dialami ketika bekerja.
Apa hobi Anwar Ibrahim?
Anwar amat gemar berbasikal jika mempunyai sedikit masa terluang.
Aktiviti berbasikal sememangnya amat baik untuk kesihatan kerana ia menguatkan otot, jantung selain membantu membakar kalori dengan lebih cepat.
Bukan itu sahaja, aktiviti berbasikal seperti yang dilakukan oleh Anwar ini sebenarnya boleh mengeratkan hubungannya bersama anggota masyarakat yang lain.
Pernah menulis beberapa buah buku

Mungkin ramai yang tidak tahu, Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10 juga pernah menerbitkan beberapa buah buku sebagai cara menterjemahkan pemikirannya untuk bacaan orang ramai.
Pada tahun 1996, beliau pernah menulis sebuah buku yang bertajuk Gelombang Kebangkitan Asia sebelum dipecat daripada UMNO pada 1998.
Setelah itu, beliau meneruskan penulisannya menerusi buku ‘Warkah Anwar: Surat-Surat Dari Penjara 1998-2004’.
Antara judul buku lain yang ditulisnya termasuklah ‘Membangun Semula Makna Diri Malaysia’, ‘Jelaskan Wadah Perbaharui Tekad’, ‘Keadilan Bagi Orang yang Bersolat’ dan yang terkini, ‘Membangun Negara Madani’.
Aktiviti penulisan buku seperti ini boleh mengasah minda kita untuk berfikir dengan lebih tajam selain mendorong kita untuk membaca lebih banyak sumber bacaan lain.
Apa yang boleh dipelajari daripada Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10?
Kini anda telah mengetahui siapa Anwar Ibrahim.
Walaupun sudah berusia 75 tahun, Anwar masih lagi mampu bergerak ke seluruh negara dan berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Antara rahsianya adalah dengan menjaga dan menyeimbangkan kesihatan fizikal dan juga mental seperti yang dilakukan oleh beliau.
Kita boleh mengambil beberapa nilai positif daripada kehidupannya untuk diamalkan dalam kehidupan kita pula.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen