Gangguan tidur adalah keadaan biasa yang dialami oleh hampir semua wanita semasa kehamilan mereka. Disebabkan kepercayaan lazim bahawa waktu tidur ibu penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan, maka ramailah wanita hamil yang mengambil bantuan tidur ketika ini. Pun begitu, adakah pengambilan bantuan tidur seperti pil tidur baik dan tidak menjejaskan kehamilan?
Faktor penyebab tidak dapat tidur semasa hamil
Perlu ambil pil tidur untuk lena? Berikut adalah antara beberapa punca atau faktor-faktor penyebab kepada gangguan tidur bagi ibu hamil:
- Gangguan emosi dan mental: Kemurungan, gangguan dan tekanan emosi semasa hamil.
- Apnea tidur: Apnea tidur melibatkan dengkuran kuat dan pernafasan spontan terhenti semasa tidur. Dalam kes kehamilan, gejala ini berlaku cenderung disebabkan pembengkakan laluan nasal.
- Restless Legs Syndrome (RLS): Keadaan ini berlaku kepada kira-kira 1 dalam setiap 4 kes kehamilan bermula daripada permulaan trimester ketiga mereka. Ciri-cirinya ialah kaki, betis rasa menyengat dan panas terbakar, menyebabkan ibu hamil menggesa untuk menggerakkan kaki mereka. Walau bagaimanapun, RLS semasa hamil akan pulih dalam tempoh 30 hari selepas bersalin. Anda boleh mengurangkan kesakitan akibat simptom ini dengan cara mengambil jumlah zat besi yabg secukupnya dalam diet anda.
- Kekejangan kaki: Masalah ini selalu berlaku pada peringkat kedua dan ketiga kehamilan, iaitu ketika rahim ibu semakin membesar dan mula menempatkan tekanan pada otot kakinya. Ia juga berlaku disebabkan kekurangan nutrien kehamilan.
- Punca lain: Punca biasa lain yang menyebabkan kesukaran tidur semasa hamil termasuklah pedih hulu hati, ketakcernaan, loya, dan kekerapan membuang air kecil di waktu malam (nocturia).
Adakah selamat untuk mengambil pil tidur semasa hamil?
Sebaik-baiknya, ibu hamil disarankan untuk tidak mengambil sebarang jenis perubatan (termasuklah ubat bukan preskripsi), terutama jika anda berada dalam trimester pertama atau ketiga.
Walau bagaimanapun, ibu hamil masih boleh sesekali mengambil jenis bantuan tidur tertentu sebagai pilihan terakhir.
Anda perlu ingat perkara di bawah ini jika ingin memilih untuk menggunakan ubat bagi mendapatkan tidur yang lebih baik:
- Tidak kiralah jika ia sejenis ubat, herba ataupun suplemen, namun ibu hamil disarankan untuk sentiasa merujuk kepada doktor sebelum mengambil pil tidur. Sesetengah perubatan adalah selamat untuk kehamilan, sementara sesetengah yang lain boleh memberikan kesan sampingan yang menjejaskan janin.
- Jika ubat tersebut dibenarkan untuk diambil, ibu perlu mengambil dos paling kecil untuk tempoh masa terpendek. Sementara penggunaan ubat untuk jangka masa panjang akan membawa kepada masalah terlalu kebergantungan, yang akan memberi impak kepada perkembangan fizikal dan mental bayi.
- Pil tidur dengan benzodiazepines, non-benzodiazepines, dan amobarbital telah dipreskripsikan secara meluas untuk ibu hamil, memandangkan ubat ini termasuk dalam kategori selamat. Pun begitu, kajian tahun 2015 membuktikan bahawa pengambilan ubat ini masih meningkatkan risiko berat badan rendah semasa lahir, kelahiran pramatang dan kecacatan kelahiran pada bayi baru lahir. Selain itu, ibu yang kerap mengambil pil tidur juga menunjukkan kecenderungan untuk bersalin secara pembedahan.
Tip untuk wanita hamil tidur lena
Jika gangguan tidur anda tidak begitu teruk, anda disarankan untuk mencuba cara-cara di bawah berbanding mengambil risiko untuk makan pil tidur:
- Tidur mengiring dan selitkan sebiji bantal antara lutut anda semasa tidur.
- Jangan makan makanan berat sebelum tidur.
- Minum secawan kopi panas sebelum tidur.
- Gunakan teknik relaksasi seperti pernafasan atau regangan bagi meningkatkan kualiti tidur.
[embed-health-tool-ovulation]