Melegakan Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Pedih Ulu Hati adalah masalah yang bakal menjadi gangguan kepada ibu mengandung pada masa-masa tertentu ketika mereka hamil. Sebab utamanya adalah kerana perubahan hormon kerana dalam keadaan biasa, sfinkter di bahagian atas perut akan tertutup dengan kemas untuk mengelakkan makanan dan asid perut daripada naik ke esofagus. Ketika mengandung, hormon progesteron akan menyebabkan otot sfinkter ini lebih cenderung untuk longgar dan makanan dan asid perut akan mempunyai peluang untuk naik semula ke bahagian esofagus, mengakibatkan rasa pedih ulu hati. Mujurlah, terdapat kaedah yang selamat dan berkesan untuk menolong wanita mengandung untuk melegakan pedih ulu hati mereka.

1. Mengawal pemakanan harian

Kurangkan saiz hidangan dalam masa yang sama, meningkatkan ketumpatan makanan bukan sahaja kaedah yang disarankan untuk kurangkan berat badan, ianya juga berkesan untuk membantu mereka yang mengalami pedih ulu hati. Ramai wanita hamil menyangkakan bahawa makan dengan lebih adalah baik untuk pembesaran bayi di dalam rahim. Makan terlalu banyak akan menyebabkan perut anda tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menampung saiz makanan yang anda makan, menyebabkan isipadu makanan itu ternaik ke kawasan esofagus akibat tekanan. Bahagikan hidangan anda kepada pecahan yang lebih kecil dan berkala untuk memudahkan badan anda untuk menerimanya. Dengan memastikan diet yang sihat, anda akan mengatasi pedih ulu hati dan ianya membantu anda untuk mempunyai tabiat pemakanan yang sihat sepanjang anda mengandung.

2. Kunya gula-gula getah setelah hidangan yang besar

Mengunyah gula-gula getah membantu untuk mengurangkan rembesan asid perut jadi jika anda terasa seperti kepedihan ulu hati mula datang, kunya satu gula-gula getah. Jika anda tidak inginkan pemanis tiruan dalamnya, kunya gula-gula getah yang tiada pemanis atau gula.

3. Cuba terapi urutan

Kaedah ini akan menenangkan badan anda secara menyeluruh. Respinya adalah tambahkan 3 hingga 4 titisan essential oils dengan lemon, buah oren dan halia pada satu sudu kecil minyak asas kemudian urutkan pada bahagian dada dan atas belakang.

4. Cuba rawatan semula jadi

Terdapat 3 jenis rawatan semula jadi dan petua yang digunakan untuk melegakan pedih ulu hati antaranya:

– Betik: Betik yang ranum bukan sahaja sedap, malah melegakan pedih ulu hati.
– Kacang Badam: Memakan badam selepas makan akan kurangkan rasa tidak selesa dalam perut di samping membekalkan lemak yang sihat dan kalsium.
– Madu: Satu sudu madu bercampur susu suam menolong melegakan kepedihan di samping membantu anda untuk tidur.

5. Ambil ubat anda

Sekiranya kaedah di atas tidak berkesan, masanya untuk anda berjumpa doktor dan dapatkan nasihat mereka. Rawatan bagi kepedihan ulu hati tidak berbahaya kepada bayi anda dan contoh ubatannya adalah proton-pump inhibitors(PPIs) atau H2 blockers.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Baca juga:

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut