backup og meta

BAHAYA! Berat Menyusut Sewaktu Hamil, Itu Bukan Perkara Menggembirakan, Ibu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/02/2021

    BAHAYA! Berat Menyusut Sewaktu Hamil, Itu Bukan Perkara Menggembirakan, Ibu

    Kalau mengandung mesti dikaitkan dengan berat yang meningkat. Tetapi bagaimana pula kalau mengalami kehilangan berat semasa hamil, adakah ia berkaitan dengan hyperemesis gravidarium?

    Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.

    Proses kehamilan dan kehilangan berat semasa hamil

    Berat badan yang bertambah adalah sebahagian daripada proses kehamilan. Ia perkara normal yang akan berlaku sama ada kepada setiap wanita mengandung dan seharusnya tidak perlu dibimbangkan. 

    Apabila bayi semakin membesar di dalam rahim dan badan wanita melalui perubahan, secara semula jadi berat pastinya akan bertambah.

    Peningkatan jumlah darah, cecair amniotik dan tumbesaran bayi pastinya akan membawa kepada kenaikan berat badan yang stabil sepanjang kehamilan. 

    Tetapi tidak dinafikan terdapat juga wanita kehilangan berat semasa hamil.

    Yang menjadi persoalan, adakah ia 1 perkara normal atau ia sesuatu yang perlu dibimbangkan?

    Mabuk kehamilan (morning sickness), gaya pemakanan dan keperluan bayi dalam kandungan boleh menjadi punca penurunan berat badan, khususnya pada trimester pertama kehamilan. 

    Jadi, amat penting untuk ibu mengandung memastikan keperluan kalori dan nutrien mencukupi untuk menyokong kesihatan diri dan bayi.

    Sedikit penurunan berat kepada wanita dengan berat berlebihan atau obes ketika mengandung adalah baik untuk kesihatan dan kesejahteraan ibu dan bayi. 

    Jika anda kehilangan berat semasa tempoh awal kehamilan, ia sesuatu yang tidak perlu dibimbangkan.

    Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, kehilangan berat semasa hamil boleh menjadi 1 masalah yang memerlukan perhatian perubatan.

    Kehilangan berat semasa hamil

    Mungkin sesuatu yang mengejutkan untuk berat badan menyusut pada trimester pertama kehamilan, namun sebenarnya ia boleh menjadi perkara biasa.

    Ini terutama kepada wanita yang mengalami mabuk kehamilan. 

    Hampir 70 hingga 80% wanita mengandung akan mengalami simptom mabuk kehamilan dan ia adalah perkara yang biasa untuk berlaku, lebih-lebih lagi pada bulan-bulan pertama disahkan mengandung. 

    Kebiasaannya, gejala mabuk kehamilan ini akan bertambah baik.

    Namun, adakalanya, morning sickness yang dialami boleh dikaitkan dengan keadaan kesihatan yang lebih serius, dikenali sebagai hyperemesis gravidarium (HG).

    Menurut doktor di Center for Fetal Medicine and Women’s Ultrasound, Dr Chris Han, “Seseorang individu disyaki mengalami HG jika dia mengalami muntah berterusan dan penyusutan berat melebihi 5% daripada berat badan prakehamilan.”

    Keadaan ini menjadi lebih pasti sebagai HG apabila terdapat kandungan keton di dalam air kencing mereka.

    Sebagai contoh, seorang wanita dengan berat 140 kilogram (kg) pada awal kehamilan, akan kehilangan berat lebih kurang 7 kg.

    kehilangan-berat-semasa-hamil-itu-bahaya

    Memahami hyperemesis gravidarium

    Hyperemesis gravidarium bermakna muntah secara berlebihan. Ia bukan 1 situasi biasa dalam kehamilan.

    Individu dengan HG akan mengalami kesukaran untuk menelan sebarang makanan, walaupun air liur sendiri tanpa rasa mual dan muntah.

    Lazimnya, ibu akan mual-mual dan muntah sebelum usia kehamilan 9 minggu. 

    Ia akan berkurangan pada minggu ke-14 hingga ke-16, manakala kebanyakan kes melibatkan HG akan berhenti sepenuhnya sekitar minggu ke-20 kehamilan. 

    Walau bagaimanapun, antara 10 hingga 20% individu hamil dengan hyperemesis gravidarium, akan melaluinya untuk sepanjang tempoh kehamilan, iaitu 9 bulan. Namun, kes ini adalah jarang berlaku. 

    Impak kepada bayi dan ibu mengandung?

    Mendengar mengenai hyperemesis gravidarium, pasti membuatkan anda berasa teruk sekali.

    Namun jika pesakit mendapatkan rawatan yang betul dengan pemantauan doktor, ia mungkin tidak akan membahayakan bayi.

    Sekiranya anda kehilangan berat semasa hamil, wujud risiko untuk bayi yang dilahirkan akan bersaiz lebih kecil daripada biasa. Tetapi keadaan itu tidak akan menjejaskan bayi.

    Manakala bagi ibu mengandung pula, HG mungkin akan membuatkan wujudnya rasa keletihan, tertekan dan tidak dapat menikmati proses kehamilan dengan baik. Ia cenderung menyebabkan rasa kemurungan.

    Untuk tempoh jangka panjang, HG boleh mengakibatkan kesukaran menjaga diri sendiri untuk melakukan perkara asas seperti mandi dan memakai baju.

    Kesan psikologi pula, ia mungkin membuatkan anda tidak mahu hamil lagi pada masa hadapan. 

    Mengapa HG berlaku?

    Punca sebenar mengapa ia berlaku masih tidak dapat dikenal pasti. Ia mungkin melibatkan banyak faktor seperti perubahan hormon. 

    Anda mungkin lebih berkemungkinan mengalami HG jika:

    • Hamil anak kembar dua atau lebih
    • Mempunyai sejarah keluarga yang mengalaminya seperti ibu atau kakak
    • Pernah mengalami HG pada kehamilan sebelum ini
    • Mengalami mabuk kereta atau migrain
    • Mempunyai penyakit berkaitan hati

    hyperemesis gravidarium

    Jangan ambil mudah kehilangan berat semasa hamil

    Jadi buat ibu hamil yang mungkin mengalami penyusutan berat dan muntah berterusan, adalah penting untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor dengan segera. Jangan memandang enteng isu ini.

    [health_tool_article id=’78935″]

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/02/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan