Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Silikon adalah sejenis bahan mineral. Suplemen silikon biasanya digunakan untuk:
Silikon boleh juga ditetapkan untuk kegunaan lain, sila rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana silikon ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa silikon mungkin mempunyai peranan dalam pembentukan tulang dan kolagen.
Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:
Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Silikon didapati mungkin selamat apabila diambil dalam jumlah yang ada pada makanan. Tahap keselamatannya sebagai ubat adalah tidak diketahui.
Kehamilan dan menyusu: Silikon didapati mungkin selamat apabila digunakan dalam jumlah yang ada pada makanan. Tahap keselamatannya dalam jumlah ubat yang lebih besar adalah tidak diketahui. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.
Walaupun jarang-jarang, batu karang ginjal boleh berlaku pada orang yang mengambil antasid yang mengandungi silikon dalam jangka waktu yang panjang.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Silikon mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos yang disyorkan:
Melalui mulut:
Untuk osteoporosis: pengambilan makanan yang mengandungi 40 mg silikon nampaknya menyumbang kepada tulang yang lebih kuat berbanding pengambilan dos yang lebih rendah.
Dos untuk produk silikon ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Produk silikon ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen