Pawpaw Amerika

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Pawpaw Amerika?

Pawpaw Amerika adalah sejenis tumbuhan. Kulit kayu, daun dan bijinya biasa digunakan bagi membuat ubatan herba.

Ia biasanya digunakan untuk merawat demam, muntah, dan sakit dan bengkak (keradangan) mulut dan tekak. Homeopati adalah kaedah rawatan alternatif yang menggunakan pencairan ubat yang ekstrem.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pawpaw Amerika mempunyai bahan kimia yang mungkin bertindak balas terhadap sesetengah kanser paru-paru dan payudara.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Pawpaw Amerika?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pawpaw Amerika atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubatan farmasi. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Pawpaw Amerika selamat digunakan?

Bahan pawpaw Amerika mungkin selamat apabila digunakan pada kulit oleh orang dewasa dan kanak-kanak, dalam jangka masa yang pendek.

Satu syampu yang mengandungi ekstrak pawpaw Amerika, timol (thymol), dan minyak pokok teh didapati telah digunakan dengan selamat pada kepala hingga tiga kali dalam masa 16 hari.

Kehamilan dan penyusuan bayi:

Belum cukup maklumat diketahui tentang penggunaan bahan pawpaw Amerika semasa mengandung dan menyusu. Ambillah jalan yang lebih selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Pawpaw Amerika?

Pawpaw Amerika boleh menghasilkan kesan sampingan yang berikut:

  • Muntah-muntah
  • Ruam atau kegatalan semasa digunakan pada kulit
  • Loya
  • Bintat urtikaria
  • Sakit kepala
  • Pengsan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Pawpaw Amerika?

Pawpaw Amerika mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Khususnya jika anda mempunyai masalah saluran penghadaman atau sejarah reaksi pada kulit.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Pawpaw Amerika yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai

Apakah bentuk penyediaan Pawpaw Amerika?

Suplemen herba ini boleh tersedia dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Tinktur

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019