Pankreatin

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Pankreatin?

Pankreatin biasanya diperolehi daripada pankreas babi atau lembu.

Pankreatin digunakan untuk merawat masalah pencernaan yang terhasil apabila pankreas telah dibuang atau tidak berfungsi dengan baik. Fibrosis sistik atau pembengkakan berterusan (pankreatitis kronik) adalah dua keadaan yang boleh menyebabkan pankreas tidak berfungsi dengan baik.

Pankreatin juga digunakan untuk gas usus (flatulens) atau sebagai bantuan pencernaan.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana Pankreatin berfungsi. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa Pankreatin mengandungi amilase, lipase, and protease – bahan kimia yang membantu mencerna makanan. Bahan-bahan kimia ini biasanya dihasilkan oleh pankreas.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Pankreatin?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan bayi anda. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam Pankreatin atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Pengawalan bagi makanan tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil makanan tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Pankreatin selamat digunakan?

Pankreatin mungkin selamat apabila diambil melalui mulut oleh penghidap masalah pankreas yang tidak boleh mencerna makanan dengan baik. Walau bagaimanapun, sesetengah produk ubat Pankreatin yang dicemari oleh bakteria Salmonella telah menyebabkan penyakit.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Mengandung dan menyusu badan: Tidak banyak yang diketahui tentang keselamatan menggunakan Pankreatin semasa anda mengandung dan menyusu badan. Jadi lebih baik elakkan penggunaannya, melainkan anda telah didiagnos dengan masalah pankreas yang penting untuk menggunakan Pankreatin.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Pankreatin?

Pankreatin boleh menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, kerengsaan mulut dan kulit serta tindak balas alergi. Dos yang tinggi boleh mengakibatkan masalah seperti meningkatkan paras bahan yang dipanggil asid urik dalam darah, serta kerosakan usus.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Pankreatin?

Pankreatin mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.

Produk yang bertindak balas dengan Pankreatin termasuk:

  • Acarbose (Precose, Prandase)

Acarbose (Precose, Prandase) digunakan bagi membantu merawat diabetes jenis 2.

Acarbose (Precose, Prandase) berfungsi dengan mengurangkan seberapa pantas makanan dihancurkan. Pankreatin seolah-olah membantu badan menghancurkan beberapa makanan. Dengan membantu tubuh menghancurkan makanan, Pankreatin mungkin mengurangkan keberkesanan Acarbose (Precose, Prandase).

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Pankreatin yang biasa digunakan?

Dos yang disyorkan:

Melalui mulut:

Bagi membantu penghadaman apabila pankreas telah dibuang atau tidak berfungsi dengan baik (kekurangan pankreas): Dos permulaan Pankreatin biasanya 8,000 hingga 24,000 unit USP aktiviti lipase yang diambil sebelum atau dengan setiap hidangan atau snek. Lipase adalah salah satu daripada bahan kimia yang terdapat dalam Pankreatin yang membantu pencernaan.

Bagi mengawal najis berlemak yang kadang-kadang dikaitkan dengan kekurangan pankreas, dos boleh ditingkatkan seperti yang diperlukan atau sehingga loya, muntah, atau cirit-birit berlaku. Kesan sampingan rawatan ini menunjukkan dos paling tinggi yang boleh diterima telah tercapai. Pankreatin boleh didapati sebagai tablet yang dirawat untuk menahan kerosakan oleh asid perut (bersalut enterik), serbuk atau kapsul yang mengandungi granul berbentuk serbuk atau bersalut enterik.

Perhatikan bahawa setiap mg Pankreatin mengandungi sekurang-kurangnya 25 unit USP aktiviti amilase, 2 unit USP aktiviti lipase dan 25 unit USP aktiviti protease. Pankreatin yang lebih kuat dilabelkan sebagai pelbagai daripada tiga aktiviti minimum, seperti Pankreatin 4X.

Dos bagi Pankreatin mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Makanan tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Pankreatin?

Pankreatin boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Kapsul
  • Tablet

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019